Cool, Info Semasa, Inspirasi, kagum, menarik, Viral

Dwayne ‘The Rock’ Johnson Bakal Bertanding Sebagai Presiden USA 2020?!

Nampak gayanya pencalonan presiden di USA untuk tahun 2020 bakal menjadi menarik! Dwayne ‘The Rock’ Johnson dikatakan bakal bertanding pemilihan presiden pada tahun 2020 di USA.

Lelaki yang merupakan bekas ahli gusti WWE dan seorang pelakon yang berkaliber yang sangat dikenali melalui filem Fast & Furious kini cuba untuk mencapai satu lagi tahap yang lebih tinggi dengan bertanding sebagai calon presiden!

Menurut satu laporan, satu jawatankuasa kempen telah ditubuhkan untuk Dwayne ‘The Rock’ Johnson oleh seorang lelaki yang berasal dari West Virginia dengan harapan yang pelakon dan bekas ahli gusti itu akan bertanding sebagai presiden di Amerika Syarikat!

Jawatankuasa kempen itu diberi nama “Run the Rock 2020” dan telah difailkan pada 9 Julai yang lalu oleh Kenton Tilford sebagai wakil Dwayne Johnson di Federal Election Commission (FEC) menurut satu laporan.

Walaupun berita ini masih samar-samar, ramai percaya yang The Rock adalah serius untuk bertanding kerana beliau sendiri pernah meluahkan hasratnya untuk bertanding sebagai presiden.

Dia juga baru-baru ini membuat kemunculan di Saturday Night Live dan duduk di belakang podium dengan tanda “The Rock Johnson 2020”. Walaupun dalam nada berjenaka, perkara itu dilihat sebagai satu petunjuk besar daripadanya kepada orang ramai.

Pelakon itu pernah suatu ketika dahulu memberikan ucapan di Republican National Convention pada tahun 2000 dan juga turut menyertai Democratic National Convention.

Latar belakang The Rock dikatakan cukup manis untuk menjadi pilihan rakyat AS dan ada juga yang mengatakan dia jauh lebih bagus berbanding presiden semasa, Donald Trump.

Apa-apa pun, pilihan raya presiden USA tahun 2020 pastinya akan menjadi menarik. Dan harap-harap semua orang boleh “smell what The Rock is cooking!”

Leave a Reply