Viral

(EDISI GIMIK)Meroyan Tak Dapat Beli Kasut, Wanita Dikecam Netizen

Biasanya kita dapati peniaga yang beriya-iya mempromosi produk dan mahu memasarkan produk mereka, namun status yang dimuat naik seorang pengguna Facebook ini berlainan pula.
KasutANIni ialah kerana ia menunjukkan seorang pembeli yang beriya-iya hendak membeli barangan di sebuah kedai sehingga menimbulkan kekecohan.



Tulis Ashryy Atan dalam satu status yang dimuat naik ke akaun Facebook miliknya:

First time ada customer macam ni. Lepas ni aku nak ajar staff aku supaya kalau jumpa customer macam ni tak payah nak dok senyumm senyum lagi. CUSTOMER ALWAYS RIGHT tapi kalau dah macam ni right apekebendanyaa??????

Padahal dah habes waktu kerja lepas tu staff aku dah tunggu tak berterima kasih pulak tu. Nasib baik ada admin aku si Aleya jadi bukti masa depa ni dok bising bising. Kalau depa bantai staff aku ni takdi memang aku pi report polis lah!

Depa dok kutuk kutuk kedai aku, tau tak aku meniaga bertapa susah nya dari aku meniaga online? Takpaaa hari ni hari korang, tengok nanti macam mana kena dekat korang balik.

Sedih aku.

Pelanggan itu dilihat menjatuhkan kasut ke lantai kedai sambil menyatakan tetap mahu membeli kasut pada waktu itu, walaupun staf kedai memberitahu kedai sudah ditutup. Video kejadian boleh ditonton di bawah:


Bagaimanapun, rata-rata Netizen menganggap ia hanya satu gimik sebagai strategi pemasaran bagi mempromosikan kedai kasut tersebut sahaja memandangkan aksi di dalam video itu dilihat seperti satu lakonan.

Netizen juga menganggap lakonan mereka yang terlibat nampak ‘kayu’.
Screen Shot 2017-01-25 at 1.25.17 PM
Screen Shot 2017-01-25 at 1.25.28 PM
Screen Shot 2017-01-25 at 1.53.41 PM116142712_10211962549317542_7951656519773308535_n
Jika benar ini hanyalah satu strategi pemasaran, mungkin pelakon yang lebih berkaliber patut digunakan? Kerana jika nampak palsu seperti ini, impaknya nanti bukan mempromosikannya secara baik, tetapi kesannya boleh jadi terbalik.

Bagaimanapun terpulang pada anda untuk membuat penilaian mengenai kesahihan video ini. Bagi penulis, video ini tidak meyakinkan.

Walaupun begitu, perkongsian Ashryy berjaya mendapat 2,300 likes dan 3,200 shares.-amazingnara.com

Sumber: Ashryy Atan


Leave a Reply