Info Semasa, Inspirasi, kagum, menarik, Tips

Facebook Kini Sudah Mencecah 2 Bilion Pengguna; 1/4 Jumlah Penduduk Di Dunia!

“Ianya satu penghormatan buat kami dalam pengembaraan ini bersama anda.”

Itulah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO Facebook, Mark Zuckerberg melalui kemas kini status Facebook beliau pada 2 minggu yang lalu ketika menjelaskan bahawa pengguna Facebook di seluruh dunia sudah mencecah 2 bilion orang.

Pencapaian terbaru syarikat tersebut mencapai 2 kali ganda pengguna sejak Oktober 2012. Facebook dikatakan satu alam maya dunia sosial yang mempunyai populasi pengguna paling ramai di mana jumlah penggunanya melingkungi satu perempat daripada jumlah penduduk di seluruh dunia.

Facebook kini memegang takhta sebagai satu platform media sosial dengan pengguna berdaftar paling ramai di seluruh dunia diikuti dengan YouTube (1.5 billion), WeChat (889 juta), dan Twitter (328 juta).

Menurut satu agensi statistik antarabangsa, Statista, pengguna Facebook paling ramai terdiri daripada penduduk Amerika Syarikat dengan jumlah 219 juta orang, diikuti dengan India (213 juta), Brazil (123 juta), Indonesia (111 juta), dan Mexico (76 juta).

Di Malaysia sahaja, pengguna Facebook dianggarkan lebih kurang 22 juta orang.

Tahniah Zuckerberg kerana berjaya dalam misi syarikat anda untuk ‘menyatukan umat manusia’!

Leave a Reply