Cool, Info Semasa, Inspirasi, kagum, Kreatif, menarik, Tips

Figurin Batman Yang Dicipta Oleh Artis Malaysia Ini Membuat Kemunculan Sulungnya Di Comic-Con

Royal Selangor bersama-sama dengan DC Comics sekali lagi membuat kolaborasi yang memukau mata peminat!

Bersama-sama dengan Warner Bros dan DC Comics buat kali pertama, Royal Selangor telah mengumumkan untuk mengeluarkan satu koleksi pertama yang mempersembahkan figurin ikonik Dark Knight dan superhero dari Gotham City.

Sebagai permulaan ke atas koleksi tersebut, Royal Selangor mengeluarkan figurin Batman yang didedahkan pada 20 Julai yang lalu di Comic-Con San Diego.

Dengan kedudukan bertenggek di atas gargoyle batu dengan batarang di tangannya, Dark Knight ini kelihatan seperti sudah bersedia untuk melawan musuh di Gotham City!

Figurin ini dihasilkan oleh artis Malaysia dengan nama Alan Quah dan juga pengukir bernama Mufizal Mokhtar. Kami sangat berterima kasih kepada mereka kerana berjaya memberikan perincian yang sangat mendalam sehingga mengasilkan figurin yang seolah-olah realistik.

Cuba anda tengok sendiri tahap perincian pada bahagian sut dan juga perisau Dark Knight ini!

Kepada mereka yang berminat, anda perlu ingat bahawa hanya 3,000 unit sahaja dikeluarkan di seluruh dunia. Jadi, jika anda inginkan satu, anda boleh membuat tempahan di laman web rasmi Royal Selangor di sini.

Leave a Reply