Info Semasa, Travel

Fuji-Q Highland: Rumah Hantu Yang Memegang World Guinness Book of Records Untuk Rumah Hantu Paling Seram

Bagi yang menonton siri Running Man dari korea mesti mengetahui tentang Global Project 2017 oleh mereka. Project ini akan melawati beberapa tempat pelancongan paling berbahaya di dunia berdasarkan pilihan penulis blog pelancongan.

Fuji-Q Highland merupakan salah satu lokasi yang akan dikunjungi oleh mereka. Ia merupakan rumah hantu yang terletak di Jepun. Rumah hantu ini merupakan pemegang anugerah World Guinness Book of Records bagi rumah hantu paling menakutkan.

Rumah hantu ini terletak di Fuji-Q Highland Amusement park, rumah hantu yang bertemakan Hospital ini menyediakan pengalaman menakutkan yang berbeza dari yang anda pernah kunjungi. Ia sangat luas sehingga anda oleh memilih sendiri point yang mana anda mahukan untuk memulakan pengalaman ngeri anda. Pereka rumah hantu ini juga menyediakan pelbagai perangkap bagi memberikan pengalaman yang realistic dan seram.

Figura hantu yang effect pencahayaan direka dengan teliti untuk memberikan atmosphere yang seram dan menakutkan. Dan khidmat pelakon yang dilengkapi dengan kostume dan makeup standard filem juga disertakan bagi menyeramkan lagi pengalaman anda.

Jika anda tidak tahan dengan hantu hantu mereka yang menyeramkan, pereka rumah hantu menyediakan pintu keluar yang bewarna merah jambu bertulis “Retire” untuk anda keluar ke dunia reality.

Sejarah rumah hantu bermula dengan sebuah Hospital di kaki Gunung Fuji. Hospital tersebut merupakan hospital yang sangat terkenal, mempunyai doktor pakar serta facility yang bagus. Pada suatu hari, pihak hospital mula mengambil organ dan dimasukkan ke dalam bekas untuk dijual. Sebagai balasan, mangsa yang telah diambil organ telah menghantui hospital tersebut dan membunuh doktor san staff yang bekerja di situ. Akhirnya, seluruh hospital tersebut ditinggalkan. Cerita tersebut terus menjadi bualan orang ramai.

Menurut review dari orang yang pernah memasuki rumah hantu tersebut, ia sememangnya pengelaman yang paling menakutkan yang pernah dialami oleh mereka. Rumah hantu ini juga akan menyediakan situasi yang mungkin anda tidak pernah jangkakan. Pengalaman seram tersebut bukan seperti yang anda saksikan di dalam filem hantu yang cliche. Ia akan memastikan anda pengalaman seram tersebut sangat mengujakan.

Fuji Q Highland merupakan konsep Rumah Hantu Hospital yang dilengkapi dengan 2 tingkat yang dilengkapi dengan perangkap dan bilik seram. Masa dijangka untuk pengunjung menyiapkan pengembaraan adalah 50 minit. Jarak untuk menyudahkan berjalanan adalah 900 meter dan keluasan rumah hantu tersebut adalah 32391 kaki. Harga Ticket untuk memasuki rumah hantu ini adalah 500 yen.

Sumber: JPNINFO

Leave a Reply