Cool, Info Semasa, kagum, Lawak, Lifestyle, Macam-Macam, Manusia, menarik, Viral

Gadis Berumur 19 Tahun Di China Memiliki ‘Punggung Tercantik Di Dunia’

Hidup tidak mudah bagi seorang wanita yang mempunyai susuk tubuk menawan, menurut pemenang satu pertandingan ‘punggung tercantik di dunia’ di China.

Gao Qian, 19, menawan hati para juri dengan susuk tubuknya yang menarik itu dan beliau membuat satu kenyataan bahawa dia tidak lagi boleh berjalan di tempat awam dengan berpakaian ketat kerana ‘orang ramai akan mengelilingi saya dan tunjuk pada punggung saya.’

Gadis muda yang kini hanya memakai pakaian longgar di tempat awam memberitahu bahawa dia malu kerana satu pasangan pernah bergaduh di hadapannya apabila teman lelaki wanita tersebut memuji punggungnya di hadapan teman wanitanya itu.

Berasal dari Shenyang, ibu kota wilayah Liaoning di utara timur China, Gao merupakan pemenang dalam satu pertandingan ‘punggung tercantik di dunia’ yang diadakan pada 24 Jun yang lalu.

Pertandingan itu diadakan di satu pusat membeli belah di Shenyang dan merupakan jawapan China kepada pertandingan Miss BumBum yang sangat popular di Brazil.

Ketika pertandingan tersebut, lebih kurang 50 wanita dengan bangganya menayangkan badan mereka di atas pentas di hadapan khalayak ramai untuk menawan hati 7 orang juri pertandingan tersebut.

Dalam kehidupan seharian, Gao merupakan seorang jurulatih peribadi dan juga seorang vlogger yang popular dengan memuat naik aktiviti harian beliau sebagai punca pendapatan melalui penyiaran.

Gadis dengan ketinggian 5 kaki 7 inci dan berat 60kg ini menghabiskan masa 6 jam setiap hari di gim untuk memastikan susuk tubul yang diidamkanya itu kekal.

“Saya sangat berpuas hati dengan hasil yang saya lakukan. Saya akan teruskan berlatih tidak kira betapa sukarnya untuk mendapatkan badan seperti ini.”

“Ini ialah satu pekerjaan yang saya sangat suka,” kata Gao.

P/S: Yang suka sangat muat naik gambar kat media sosial tu jangan lah salahkan orang ramai bila privasi anda dilanggar. Sapa suruh murah hati sangat bagi mata orang ramai melihat.

Leave a Reply