Comel, Info Semasa, Lifestyle, menarik, Tips, Viral

Gadis Remaja Comel Persis Wajah Lara Alana!

Siapa tak kenal Lara Alana, gadis comel yang mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia kerana tahap kecomelan langit ke-7 beliau!

Anak kecil hasil perkahwinan antara Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini memang sangat lazim dalam dunia sosial kerana mempunyai program realiti televisyen tersendiri yang berjudul Lara Oh Lara.

Sebelum ini kita semua dikejutkan dengan berita yang seawal umur 3 tahun, Lara sudah mula membayar cukai pendapatan kerana mengikut undang-undang, mana-mana individu yang mempunyai pendapatan melebihi RM34,001 ke atas layak untuk membayar cukai pendapatan.

Hal ini tidak mengira umur seseorang individu itu.

Baru-baru ini viral pula melalui Twitter tentang seorang gadis remaja yang mempunyai wajah persis Lara!

Rata-rata gadis netizen mengatakan sememangnya gadis bernama Nadiah Nasirr ini mempunyai mirip wajah Lara yang hampir 100% sama! Ramai yang memberi pujian dengan mengatakan bahawa Lara bila sudah besar pasti akan comel seperti gadis ini.

Memang tidak dapat disangkal lagi, gadis remaja ini pun sama juga comel macam Lara!

Apa-apa pun dik, ko memang comel macam Lara! Thumbs up!

Leave a Reply