Written by serenity | February 10th, 2012

Ramai orang tidak sedar yang ada model yang menghiasi pentas peragaan wanita sebenarnya ialah lelaki. Model-model cantik ini, kalau kita tidak tahu, mungkin kita tidak akan sangka bukan asalnya wanita, tak begitu?

1.        Andrej Pejic


Model Serbia-Australia Andrej ialah seorang androgynous dan terkenal atas kebolehannya mengayakan pakaian lelaki mahupun wanita. Pada sebuah pertunjukan fesyen Januari 2011 di Paris, dia telah berjalan di pentas peragaan untuk rangkaian fesyen wanita  Jean-Paul Gaultier dan pakaian lelaki Marc Jacobs. Dia berada di tangga ke-50 dalam senarai  50 Model Lelaki Paling Top dan dalam masa yang sama berada di tangga ke-98 untuk “100 Wanita Terseksi FHM 2011”  (oh, Zarina Anjoulie tak ada dalam senarai FHM?) Lagi 9 gambar selepas jump.

2.        Lea T.


Berasal dari Brazil, Lea T. dilahirkan sebagai Leandro Cerezo pada tahun 1981, tetapi itu tidak menghalang dirinya dari menjadi antara model terlaris di dunia . Dikatakan inspirasi bagi rekaan busana high-fashion, Givenchy.

3.        Claudia Charriez


Sukar untuk dipercayai yang Claudia Charriez dilahirkan sebagai seorang lelaki, bukan? Dia kini merupakan seorang model antarabangsa. Charriez tidak berjaya menempatkan dirinya sebagai peserta America’s Next Top Model dan The Janice Dickinson Modeling Agency pada tahun 2008, tetapi telah menjuarai pertandingan America’s Next Top Transsexual Model di The Tyra Banks Show hujung tahun tersebut.

4.        Isis King


Dilahirkan sebagai Darrell Walls pada tahun 1985, model Amerika Isis King mula dikenali apabila dia menyertai America’s Next Top Model sebagai wanita. King bersaing untuk dua musim bagi rancangan itu.

5.        Florencia De La V


Florencia De La V dari Argentina memulakan hidup pada 1976 sebagai Roberto Carlos Trinidad teapi dia kini antara pelakon wanita popular di rantau sana. De La V telah muncul dalam telenovela, model majalah, kelab, dan pernah menjadi editor majalah. Dia kini berkahwin dan  merupakan ibu kepada dua orang anak kembar melalui kaedah ibu tumpangan.

6.        Sirapassorn Atthayakorn


Sirapassorn (AKA Sammy) Atthayakorn telah dinamakan Miss International Queen untuk pertandingan Ratu Cantik Thailand 2011.

7.       Chamila Asanka

Model Sri Lanka Chamila (AKA Chami) Asanka sedang meningkat naik dalam bidang peragaan dan hiburan negara itu . Dia juga ialah salah seorang peserta dalam pertandingan ratu cantik Miss International Queen (yang dimenangi Thailand).

8.        Caroline “Tula” Cossey


Caroline “Tula” Cossey (dilahirkan Barry Kenneth Cossey), berbangsa Inggeris, merupakan antara wanita transeksual paling terkenal di dunia . Cossey melakonkan watak kecil dalam filem James Bond The Living Daylights, bergaya untuk majalah Playboy, dan menulis autobiografi tentang pengalamannya sebagai model dan pelakon dalam “I Am A Woman.”

9.        Roberta Close


Model Brazil Roberta Close menjalani pembedahan menukar jantina pada 1989, dan diundi sebagai “Most Beautiful Woman in Brazil.”

10.    Malika


Malika dari India  ialah wanita trans yang telah menjalani 4 pembedahan dan tak terkira lagi prosedur perubatan untuk menjadi seorang wanita. Pada tahun 2011 dia menjadi warga India pertama untuk bersaing dalam pertandingan tahunan Miss International Queen di Thailand, pertandingan ratu cantik untuk wanita transeksual.

Sumber.

14 responses to (GAMBAR)10 Wanita Cantik (Yang Dilahirkan Lelaki)

  1. APTB says:

    ape pun tak boleh -.-

  2. Akma says:

    tak kenal sorang pun..hehe

  3. pompuan sejati says:

    Tetiba saja aku rasa mcm nak muntah…kena cari baldi besar satu!

  4. ct says:

    mcm nk menangis tgk…inikah umat Nabi Muhammad S.a.w…malunya……

  5. whatever says:

    harisu ?

  6. i'm not virgin says:

    xde selera terutama pic yg last

  7. bunga mawar says:

    cane lah dorg ni hidup kan..organ dalaman (ovari) tu masih berfungsi kan…

  8. Norma Jean says:

    I know Andrei Pejic and Isis King. They are non-Muslim, so let them be. If Muslims become like this, we should pray for them.

  9. pons says:

    Terserlah lagi kejantanan muka dorang except for no.9!! shit he isss beautiful!

  10. shandye says:

    andrej pejic tak pernah pun klasifikasikan diri dia sebagai perempuan. dia androgynous. maksudnya dia lelaki namun dia mampu untuk menggayakan pakaian perempuan dengan amat cantik.

    i think he’s one amazing model and can go far in the future…

    =)

  11. bapok says:

    no. 7, 8, 10, 2, 4, 5 terserlah kebapokkannya

  12. nor Hisham says:

    sya nigini mecari jodoh ,klu ada yg sudi menariama sya ,cucah juga nak mecari jodoh selama ni.

  13. nor Hisham says:

    kalu hidup x mecari jodoh cucah jugalah ,mcm nak cari jodoh x jupa sanpal hari ni.

  14. ewiezz says:

    cantik camne pun tapi masih tak mampu nk lahirkan anak sbb xde ovari & rahim, klu stakat ibu tumpang, ble aaa..

Leave a Comment

Optional