Ann Ward ialah salah seorang peserta yang bertanding dalam America’s Next Top Model (ANTM) musim ke-15. Merupakan seorang pelajar, Ann berusia 19 tahun sewaktu bertanding dalam program terkenal itu. Di zaman sekolah, Ann mendedahkan yang dia ialah seorang gadis yang pendiam dan sering dipinggirkan kerana penampilan dan cara hidupnya yang seperti seorang nerd. Ann juga sering diperhatikan dan dianggap pelik disebabkan ketinggiannya iaitu 6 kaki 2 inci. Dia berkata, ramai yang bertanya sama ada dia bermain bola keranjang. Disebabkan ini, Ann mempunyai keyakinan diri yang rendah.

Menurut Ann, tinggi ibunya ialah 6’3, bapanya 6’6 dan abangnya 6’7. Dia juga menambah yang ahli keluarganya mempunyai kadar metabolisme yang tinggi, boleh makan apa saja dan berat badan tidak akan bertambah. Ann juga menghadapi masalah kerana dia dianggap terlalu tinggi untuk menjadi model dan wakil industri. Dia menyertai ANTM untuk menjadi seorang model. Biar pun penampilannya sering diperkatakan oleh peserta lain dan dia sering dikritik kerana sikapnya yang malu-malu dan kekok waktu berkomunikasi, Ann ialah seorang yang hebat di dalam gambar.

Walaupun menghadapi cabaran di saat akhir dari peserta yang berkeyakinan tinggi, Ann telah terpilih sebagai juara kerana gambar-gambar hebat hasil gayaannya. Nigel Barker, jurufoto yang juga juri program itu berkata, “kamu memang tidak normal, kerana kamu ialah America’s Next Top Model”. Ann kini merupakan seorang model high-fashion yang laris. Lagi 7 keping gambar model Ann selepas jump.







Lawooooonye…suka tgk dia. Sape yg kutuk dia dlu mesti menyesal+jeles sbb Ann da berjaya skrg..hamek kau. Moral of the story….jangan pandang rendah kat orang.
nenen tarak.. har har har.. macam anorexic aje
dah lama tak tgk ANTM ..best tgk sbb dorg tngkap2 gmbar tu mcm2 fesyen..dah tu juri komen mcm2,,padahal tgk okay je gmbar tu.. =.=
@bunga mawar
Sebab ko tak ngerti high-end fashion. hikhikhik
high model memang tetek x besar bro.. ratu cantik malaysia je bangang prasan cantik tunjuk tetek.. konon2 ala2 model konon.. tuiiii
dah macam Siti Slaeha ak tgk gmbr die pandang ke atas..
keding gila
aku mmg tak paham cane juri tgk gambar tu cantik ke tak.. bergaya ke tak.. lg2 kalo gambar yg modelnye mekap cam hantu.. tu pon juri ckp cantik.. cane tah dorg tgk.. aku mmg buta fesyen..