Written by serenity | February 23rd, 2012

Tikus ini bernasib buruk kerana bertemu katak gergasi ini yang dipanggil African bull frog, atau kalau kami terjemah secara literal, “Katak Kerbau Afrika”.

Katak ini kelihatan seperti berjerawat dan urat-urat pula timbul, dan tampaknya ia kelihatan seperti ia sukakan sesuatu yang sedap, seperti tikus yang cuba untuk melepaskan diri untuk terus hidup. Katak jenis ini ialah jenis amfibia karnivor, boleh melompat setinggi 12 kaki dan memiliki gigi-gigi terkeluar yang dipanggil Odontoid, yang khabarnya seperti kaca-kaca pecah apabila katak tersebut mengatupkan mulutnya.

Dan Garrick, seorang pakar pemberi makanan binatang dari Zoo Newquay berkata, mereka ialah haiwan pemangsa yang menanti sahaja haiwan lain untuk lalu di hadapan mereka. Kemudian mereka akan melompat kepada apa sahaja yang bergerak ke arah mereka, seperti tikus di atas. Tikus itu akan mati kelemasan atau mati terkejut sebelum ditelan.

Katak Kerbau Afrika ini dipanggil Pyxicephalus adspersus dalam bahasa Latin, memangsakan  serangga, tikus dan burung juga diketahui seperti kanibal, akan menyerang dan makan katak-katak yang lain.

Khabarnya juga, katak ini boleh mencecah berat dua kilogram.

Yang Nie Pun Sesuai Kot Untuk Anda

PERHATIAN: Pihak AmazingNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak AmazingNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 responses to (GAMBAR)Katak Kerbau Afrika Yang Menggerunkan

  1. ong kedek2 says:

    klu masak asam podeh kono guno kawah bosaa haaa

  2. puteri84 says:

    takut nye tgk….eeeeeeee

  3. abadie says:

    mak aiii, besarnyeeee..

  4. BoBoiBoy says:

    Kat Afrika Mmg Sumer Besar Belaka

  5. jihad says:

    Kenapa eerk,apa yg ada nama africa mesti sumanya saiz besar, mcm gajah africa, keli africa, pisang africa nie lak katak africa. Adakah sumanya yg dtg dari africa size besar2 :)

  6. fas says:

    btg org africa pn bsr kn..

  7. Beep says:

    batang org afrika pon besar dan berurat gak

Leave a Comment

Optional