Takut, tempat

(GAMBAR)Lima Bangunan Paling Seram Di Malaysia

 1. Apartment Riviera II, Cheras

Asrama di dalam gambar ialah bangunan Apartment Riviera II

Sekitar akhir tahun 1990-an, apartment ini menempatkan pelajar-pelajar asrama beberapa buah universiti dan juga orang ramai, termasuk warga asing.

Ketika para pelajar baru ditempatkan, tiada apa yang tidak kena dengan bangunan ini. Kegiatan pelajar berjalan rancak meliputi aktiviti keagamaan, pembelajaran dan kecergasan. Bangunan diselenggarakan dengan baik, malah ramai pelajar sering menggunakan kolam renang di bahagian tengah apartment untuk mandi-manda.

Tahun demi tahun, keadaan mula berubah. Bangunan apartment yang dulunya ceria, menjadi semakin suram. Khabar angin bertiup kencang, bahawa bangunan ini menjadi tempat para pelajar berduaan dan melakukan aktiviti maksiat. Sejak semua ini berlaku, semakin banyak kejadian mistik mula berlaku di apartment tersebut.

Menaiki atau menuruni bangunan menggunakan lif menjadi sesuatu yang menakutkan, terutamanya di waktu malam. Kadangkala butang menyala sendiri lantas lif berhenti di tingkat-tingkat tak berpenghuni. Kadangkala muncul pula entiti yang tidak diingini sebaik saja pintu lif terbuka di tingkat-tingkat yang tidak ditekan oleh pelajar. Menaiki tangga pula bakal terserempak dengan entiti lain. Kebanyakan hanya berharap nasib mereka baik tidak bertemu dengan entiti setiap kali menggunakan lif.

Dikhabarkan, banyak kejadian mistik berlaku di apartment ini, sehingga jumlah penghuni kian berkurangan. Selenggaraan bangunan semakin diabaikan, air dalam kolam renang menjadi semakin keruh dan perabot semakin rosak. Kejadian histeria dan rasukan berlaku dengan kerap, sehinggalah pada suatu hari, salah seorang pelajar perempuan dikatakan terjun dari tingkat lima kerana mendengar suara aneh yang memintanya berbuat demikian. Kecederaan pelajar tersebut agak serius, sehingga memaksa pihak pengurusan mengosongkan bangunan tersebut kira-kira enam tahun lalu

Kini bangunan Apartment Riviera II, Taman Kencana, Cheras hanya tinggal bangunan, tiada siapa pun berani menghuninya. Ia semakin suram dan menyeramkan walaupun dilihat dari jauh pada waktu siang. Hanya kumpulan penyiasat paranormal tempatan yang melawat sekali-sekala menceritakan pengalaman seram mereka sewaktu di sana.


2. Rumah Deposit RM 50 Seksyen 2, Shah Alam

Rumah sewa ini sering diperkatakan, terutamanya sewaktu penulis masih belajar di sebuah universiti di Shah Alam. Ramai yang menganggap ia sekadar legenda urban, dan ada yang mengatakan rumah tersebut memang wujud. Khabarnya, penyewa yang menyewa di rumah tersebut akan diganggu dan biasanya akan berpindah keluar selepas hanya sehari atau dua hari.

Walaupun terdapat pelbagai cerita mengenai rumah tersebut, masih ramai yang cuba hendak menyewa. Mungkin kerana depositnya hanya RM 50? Tuan rumah dikatakan sering menolak sekiranya ada yang hendak menyewa, tetapi kebanyakannya tetap berkeras mahu mencuba. Biasanya jumlah penyewa yang ramai menyebabkan ada yang berani menanggung risiko. Kalau ramai, apa yang hendak ditakutkan bukan?

Namun begitu, percubaan mereka berakhir mengecewakan. Pernah satu kumpulan tabligh cuba menyewa rumah tersebut. Pada hari pertama, di waktu maghrib, mereka duduk berkeliling dan berdoa, secara tiba-tiba satu kepala manusia jatuh di tengah-tengah mereka. Kesemua anggota tabligh terus lari keluar dari rumah tersebut dan tidak pulang lagi.

Cerita yang paling terkenal tentang rumah ini ialah cerita salah seorang penyewa yang pada masa itu berjumlah sepuluh orang. Dua orang dari mereka telah meratakan sedikit busut yang betul-betul berada di belakang pintu dapur. Akibatnya, mereka mula diganggu. Ada antara mereka yang kaki direntap sewaktu sedang tidur sehingga jatuh katil.

Ada pula yang terjumpa batu nesan di atas katil, serta diganggu suara perempuan ketawa mengilai.

Kisah penyewa ini berakhir malang apabila diganggu sehingga dua orang yang meratakan busut telah meninggal dunia, seorang akibat kemalangan semasa lari keluar dari rumah tersebut, dan seorang lagi jatuh sakit selepas itu.

Apa sejarah rumah ini? Khabarnya ia ialah rumah seorang pengamal sihir. Satu ketika dahulu, keluarga pengamal sihir ini dijumpai mati dibunuh di rumah tersebut.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan di mana lokasi sebenar rumah tersebut, yang dikatakan berdekatan dengan sebuah taman tema air yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam.

3. Kemayan City, Johor Bahru

Sebenarnya bangunan Kemayan City, bolehlah dikatakan sebagai satu projek ‘gajah putih’. Ia pada asalnya hendak dibina sebagai salah satu pusat membeli belah di Johor Bahru sekitar 90’an, namun pembinaannya tergendala apabila berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 1998.

Selepas ekonomi kembali pulih, bangunan itu terbiar begitu saja. Ada yang mengatakan ia menjadi tempat penagih dadah melepaskan gian, dan ada juga pasangan yang mengambil kesempatan duduk berduaan di situ. Khabarnya, ada juga penagih dikatakan cuba mencuri kabel elektrik di situ, malang sekali mereka terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia.

Sebelum ini tersebar juga cerita mengenai keluarga dari Singapura yang lalu di hadapan bangunan itu melihatnya begitu meriah, dengan lampu warna warni terpasang dan dipenuhi begitu ramai pengunjung. Keluarga ini telah masuk ke bangunan itu, membeli belah dan makan.

Setelah beredar, mereka singgah di rumah saudara dan menceritakan pengalaman membeli belah di situ. Kemudian barulah mereka tahu yang Kemayan City hanyalah bangunan kosong yang terbengkalai. Barang yang telah mereka beli di situ hilang begitu saja manakala baki wang yang didapati bertukar menjadi daun kering.

Kata orang arif, ia ialah kerja syaitan yang mahu melekakan dan menyesatkan manusia. Mungkin ada benarnya.

4. Rumah Banglo Jalan Turi, Bangsar

Rumah ini pernah mendapat liputan meluas sekitar tahun 1992, apabila dua orang kanak-kanak lelaki dan pembantu rumah (kesemuanya warga asing) yang menghuni rumah itu telah dibunuh oleh seorang pengawal keselamatan. Pembunuhan mereka dikatakan dilaksanakan secara kejam, dan mayat mereka dicampak dan disembunyikan dalam lubang najis di belakang rumah.

Akibat perbuatannya, pengawal keselamatan itu telah dijatuhkan dan menjalani hukuman mati. Namun cerita itu tidak berakhir begitu saja.

Rumah banglo itu terbiar tidak berpenghuni apabila pemiliknya pulang ke negara asal. Keadaan rumah tersebut menjadi semakin daif kerana tiada siapa berani tinggal di situ. Perabot telah musnah dan keadaan rumah semakin uzur. Biarpun begitu, acap kali diberitakan orang ramai yang melawat rumah itu atau lalu lalang di bahagian hadapan terlihat bayangan dua orang budak dan juga wanita di situ, terutamanya waktu senja.

Kini, rumah itu telah dirobohkan sepenuhnya. Oleh siapa, tidak pula diketahui. Yang tinggal hanya serpihan rumah saja. Namun bila melihat runtuhan rumah saja pun, seseorang itu masih boleh berasa seram.

5. Penjara Pudu

Antara yang tempat yang terkenal sebagai tempat yang menyeramkan, ialah Penjara Pudu yang terletak di Jalan Hang Tuah. Bangunan penjara itu menempatkan bukan saja banduan biasa malah banduan akhir.

Antara cerita mengenai Penjara Pudu ialah mengenai seorang detektif yang sedang menyoal siasat seorang banduan wanita sekitar tahun 60’an. Sewaktu sedang menyoal siasat secara tiba-tiba kepala wanita tadi terjatuh dan bergolek ke pintu bilik.

Detektif tersebut telah lari keluar dan mendapati sebenarnya dia tidak menyoal siasat sesiapa pun. Banduan wanita tersebut sebenarnya tidak wujud di penjara itu.

Kini Penjara Pudu telah diruntuhkan sepenuhnya dan proses pembinaan bangunan baru sedang dijalankan. Khabarnya sebuah pusat membeli-belah akan dibina di situ.

Berani membeli-belah di situ tak?

Comments 39

  1. fiza

    rumah no 4 tu seram jugak..

  2. saya

    saya pernah tinggal di no 1 huhu

  3. massy massu

    saya pon pnah tnggal kat c2 lbh krg 7-8 bln in 2006. masa 2 jd student kat 1kolej area maluri. nasib dok kat level 3. kalo snsorng mmg naik tngge la jwbnyer… xbrani nk nek lif… huhu.. kwn2 pon ad yg kne sakat.. n kmi pon dgr mcm2 crite sal tmpt tu… last year lalu dpn riviera 2, mmg creepy giler dah… ngn pkok pnjt mnjlr kat bngnn dier. semak samun lg…

  4. FAKKA

    Hahaha…!

    A group of Tabligh ran away??? KAHKAHKAH…! AND THEY NEVER CAME BACK?? so what happened to their clothes??

    I’m a believer… and yes, we Muslim have to believe every God’s word. I believe in the creation of Jinn… but this is way too much.

    Urban legend..? Nooo…! this aint urban legend, this is when the drug dealer trying to clean their tracks/hideout.

    Maybe there is certain paranormal activities happening there and im not denying it. But, as the stories passes upon to different peoples through time, the story became more creepier from it origins.

    Think about that for a second.

  5. serenity

    Most of these stories are from those who experienced the spooky incidents themselves. 🙂

  6. org kg duk obesi

    tak sangka ler plak rumah kat jln turi tu berhantu, ambo dulu duk jln medang kapas…selalu gak drive kat depan rumah ni buat shortcut . hu hu hu

  7. Safiyyah Hanzalah

    Seorang rakan saya yg tahu mengubat seperti yg ustaz2 buat pernah pesan.. kalau nampak busut, jangan ganggu kerana setiap busut ada penunggunya.. sewaktu saya di sebuah asrama ada seorang budak bermain dgn busut bersebelahan dgn blok lelaki.. dan demam selepas itu.. apatah lg baca kisah nara tulis diatas.. orgya meninggal dunia..

  8. naemah

    Saya dok kat situ setahun jugala tapi tak tahu pula tempat tu berhantu.tempat tu memang campur ngan budak2 kolej lain n ada gak penghuni luar.setahu saya budak pompuan (bukan student KUIM) yang terjun tu bukan sebab hantu tapi kes elak dari dicekup pencegah maksiat.

  9. among

    yg terjun tu masa tu dr bilik dia sendiri, seorang je. kawan2 sebilik dia masa tu ketuk2 pintu, minta dia keluar sbb dorg dengar bunyi suara mengilai kat bilik dia.

  10. aiman

    dalam banyak2 .. hanya bangunan no . 1 tu jer aku percaya kesahihannya, 100% betul ceritanya.. sebab aku pernah alaminya, memang apa yg ditulis itu tiada tokok tambah, mmg itulah yg berlaku.. dari cerita ttg entiti, maksiat, lif, tak selenggara, kolam, histeria, rasukan, budak terjun tingkat 5, semuanya benar.. ia berlaku di zaman aku menetap di situ dari 2003-2006. bangunan ini dikosongkan pada awal 2007 kerana sebab2 inilah..

  11. More stories pls 🙂

  12. NANA

    Mostly citer kt atas tu fake n rekaan. Especially citer no.2 sbb byk part yg tak logik. Rumah kat story no.2 tu ade tp xde sape dpt buktikan umah tu berhantu……..sampai la skang….

  13. Ex student

    Dak girl cict yg trjun, dak tu mmg baik, lumpuh time tu lawat kt hospital, rumah girl sndri nk trjun watpa klau pencegah maksiat gegar, klau laki ialah trjun.

    tingkat paling atas paling puaka, umah dpn lif, biasa kalau nasib baik, org akan nampak bekas tapak kasut brlumpur kt dpn umah walaupun xda hujan, besi kt branda brgoyang walaupun xda angin, dgr bunyi tapak kasut walaupun xda org, dgr org brcakap walaupun paling tinggi org duduk tgkt 10 time tu, trylah lepak sana sorang dua, umah org bunuh diri.

  14. Ex Student

    Paling ketara lif tengah tu yg pandai singgah tingkat lain, kau tekan G pegi tingkat 10 pastu tingkat 3, tingkat 7 pastu bru G paling cuak die pegi tingkat 12 lif x gerak, sape kene tingkat 12 biasa trus gune tangga tak toleh mane2 pandang tmpt pegi tangga je, pandai lif tu kau kluar ke tingkat 12 trus tutup lif, biasa jadi waktu malam siang ok kdg2 je jadi waktu siang, padahal dah maintenance lif tu.

  15. serenity

    Pencerita rumah no 2 itu wujud, dan berkata semuanya kisah benar. 🙂

  16. Anonymous

    Rumah no.2 mmg wujud. Ada di seksyen 2. Rumah terbengkalai yg ada buaian berwarna putih. Corner lot. Kalau ada yg berkesempatan berada di shah alam, singgahlah. Berdekatan sekolah SuLtan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Foodcourt & KfC.

  17. aleya

    sama lah, duk kt bangunan num 1. tahun 2002 smpai 2004 tak salah, masa tu ceria lagi but dh start bermaksiat etc tanpa segan silu. saya sendiri pernah nmpk entiti benyusup atas pokok masa odw balik mkn kt blkng umah… huhuhuhu

  18. sonkimura

    pernah duk kt riviera 2 masa 1998 ms bljr kt matriks ums ptpl ampang..mmg happening giler time tu..aman damai xde hantu..tp sewa cekik darah…tak sangka last2 jadi mcm ni..lalu depan riviera2 mmg seram dh skrg..

  19. fandi cab

    Salam sumer
    Yg no. 1 tu dekat umah aku.. xyah citer riviera 2 klu ada berani try sewa kat riviera 3 kat area ctu gak.. mmg real horror even smpai skang x ramai nk sewa ctu.. psl der sepupu pnah dok sana pon kene kaco ngn lembaga terbang dr poko ke pokok.. even mmber konon nk wat urban explorer siap kene lempang ngn ‘benda’ waktu siang hari..

  20. […] 3. Kemayan City, Johor Bahru Sebenarnya bangunan Kemayan City, bolehlah dikatakan sebagai satu projek ‘gajah putih’. Ia pada asalnya hendak dibina sebagai salah satu pusat membeli belah di Johor Bahru sekitar 90’an, namun pembinaannya tergendala apabila berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 1998. Selepas ekonomi kembali pulih, bangunan itu terbiar begitu saja. Ada yang mengatakan ia menjadi tempat penagih dadah melepaskan gian, dan ada juga pasangan yang mengambil kesempatan duduk berduaan di situ. Khabarnya, ada juga penagih dikatakan cuba mencuri kabel elektrik di situ, malang sekali mereka terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia. Sebelum ini tersebar juga cerita mengenai keluarga dari Singapura yang lalu di hadapan bangunan itu melihatnya begitu meriah, dengan lampu warna warni terpasang dan dipenuhi begitu ramai pengunjung. Keluarga ini telah masuk ke bangunan itu, membeli belah dan makan. Setelah beredar, mereka singgah di rumah saudara dan menceritakan pengalaman membeli belah di situ. Kemudian barulah mereka tahu yang Kemayan City hanyalah bangunan kosong yang terbengkalai. Barang yang telah mereka beli di situ hilang begitu saja manakala baki wang yang didapati bertukar menjadi daun kering. Kata orang arif, ia ialah kerja syaitan yang mahu melekakan dan menyesatkan manusia. Mungkin ada benarnya. 4. Rumah Banglo Jalan Turi, Bangsar Rumah ini pernah mendapat liputan meluas sekitar tahun 1992, apabila dua orang kanak-kanak lelaki dan pembantu rumah (kesemuanya warga asing) yang menghuni rumah itu telah dibunuh oleh seorang pengawal keselamatan. Pembunuhan mereka dikatakan dilaksanakan secara kejam, dan mayat mereka dicampak dan disembunyikan dalam lubang najis di belakang rumah. Akibat perbuatannya, pengawal keselamatan itu telah dijatuhkan dan menjalani hukuman mati. Namun cerita itu tidak berakhir begitu saja. Rumah banglo itu terbiar tidak berpenghuni apabila pemiliknya pulang ke negara asal. Keadaan rumah tersebut menjadi semakin daif kerana tiada siapa berani tinggal di situ. Perabot telah musnah dan keadaan rumah semakin uzur. Biarpun begitu, acap kali diberitakan orang ramai yang melawat rumah itu atau lalu lalang di bahagian hadapan terlihat bayangan dua orang budak dan juga wanita di situ, terutamanya waktu senja. Kini, rumah itu telah dirobohkan sepenuhnya. Oleh siapa, tidak pula diketahui. Yang tinggal hanya serpihan rumah saja. Namun bila melihat runtuhan rumah saja pun, seseorang itu masih boleh berasa seram. 5. Penjara Pudu Antara yang tempat yang terkenal sebagai tempat yang menyeramkan, ialah Penjara Pudu yang terletak di Jalan Hang Tuah. Bangunan penjara itu menempatkan bukan saja banduan biasa malah banduan akhir. Antara cerita mengenai Penjara Pudu ialah mengenai seorang detektif yang sedang menyoal siasat seorang banduan wanita sekitar tahun 60’an. Sewaktu sedang menyoal siasat secara tiba-tiba kepala wanita tadi terjatuh dan bergolek ke pintu bilik. Detektif tersebut telah lari keluar dan mendapati sebenarnya dia tidak menyoal siasat sesiapa pun. Banduan wanita tersebut sebenarnya tidak wujud di penjara itu. Kini Penjara Pudu telah diruntuhkan sepenuhnya dan proses pembinaan bangunan baru sedang dijalankan. Khabarnya sebuah pusat membeli-belah akan dibina di situ. ObsesMedia – Kalau berani, cer la pegi ziarah rumah yang disenaraikan. Mudah – mudahan korang diganggu la lepas pegi sana. Sumber: KoleksiCeritaBest melalui AmazingNara […]

  21. harun ajis

    Tak semestinya.Saya masa zaman budak2 dulu semasa di kampung rajin juga cangkul busut.Busut besar pulak tu.Dalam busut tu penuh dengan koloni anai2 saja.

  22. Satu aq tambah…highland tower..serammmmm.. :3

  23. Saya tak nafikan kalau tempat2 di atas tu berhantu. Ianya makhluk Allah yang bergelar jin dan syaitan tapi, saya rasa pelik. Kenapa mesti takut dengan benda tu sedangkan Allah lebih berkuasa? Kalau kita berpindah ke rumah baru, seeloknya buatlah kenduri doa’ selamat. Jangan lalai beribadah dan jangan alpa kepada Allah. Kita ni lebih mulia dari hantu dan jin sebab kita ni khalifah di muka bumi tapi jangan sampai kita lebih hina daripada makhluk tu. Nasihat saya, jangan takut dengan benda tu. Sebut Allah jer makhluk tu boleh terbakar.

  24. Iqbal a.k.a Skrillex

    Apartment Riviera sekarang sedang dinaik taraf oleh pihak pengurusan *****…
    Agak2 korang sapelah yg nak duduk situ…
    First Time Aq Masok Cuak Siot…
    Lift Ditengelami air hujan…
    Kolam dyer ade ikan..
    Bra bersepah2…
    Mmg serbe kekuranganlah

  25. ex cict

    No 1, Real story…spe yg penah duk stu mmg xkan lupe la…tiap mlm dgr bunyi perabot bergerak kt uma tgkt ats… pntu kena cakar…. bunyi loceng kaki…yang paling ak xkan lupe…digegarnye katil ak tdo….. seram seram…. Riveara dlm kenangan… haha

  26. aku

    wah…rumah seksyen 2…dekat je ngn umah sewa aku…hahhahaha…..

  27. amir

    kolam ada ikan?…..menarik.mancing jom..

  28. rapunzel

    ramai ada pengalaman yang no 1 tu.. baca pengalaman korang sume nya seram2… aku xdpt bayangkan kalau aku yg duk c2… bila malam jer msti xsenang aty sbb aku ni penakut.. kalau bole korang yang tau pasal no 1 crita la pengalaman korang.. panjang mcm karangan spm pon aku sanggup baca.

  29. ex-kptm

    Telan air liur bile tau rivera tu berhantu, aku penah duk situ 2003, tentang ade gurl jatuh tingkat 5 tu mmg betul pun, maksiat mmg tak dinafikan sebab roomate aku pn slalu bwak boy die masuk bilik. Pernah skali semua student cuti kecuali aku punye course icsa kelas still jalan, aku kuat kan semangat je la untuk duk rumah sensorang, rumah tingkat 8 depan lift tengah, yang nasib baik time tu bulan puasa so takde la kena kacau sbb setan kena ikat, heheheh….. pastu kalau tak silap ade satu family cina gak yang duduk situ, tapi siapakah mereka……….

  30. sudut

    Family cina duduk level 8 dekat lift?

    Ada satu masa tu kitorg duduk kat balconi (rumah level 8 facing pool, kalau tak salah 813/812) main gitar lewat malam. Tiba tiba dengar ada org azan kuat-kuat kat tingkat atas (block tengah). Berterabur semua masuk dalam rumah.

    Kalau lepak rumah 808, rumah satu level atas takde org (rumah 908), tapi selalu tingkap bukak tutup sendiri.
    Pernah sekali panggil warden suruh tengok. Warden suruh buat taktau aje.

  31. Anonymous

    yup..sy pun penah duk rivera thn 1998/99..matrikulasi UKM.
    Time tu mmg happening ramai student matrikulasi pelbagai U..
    x dinafikan byk kegiatan x bermoral..couple2..sy duk tingkat 8 berjiran ngan family cina tu..diorg ok penah dapat ang pau time tahun baru cina..x tau pulak camni jadinya rivera..pelbagai kenangan kat sana

  32. Saroji

    jembuuuut lah… ndobooosss thuoookkk

  33. Hantuuuuuuuuuuuuuuuu

  34. Boleh saya dapat kn alamat rumah seksyen 2 tu x?sye sudah pusing2 mencari tapu xjunpa pun..kalau ade yg tahu sila sms sye 017-9180267..tq

  35. Anonymous

    shamira sayang

  36. Nurul

    Sama la dgn sonkimura…pernah dok riviera time 1998 matrik..masa tu aman n happening

  37. MIKE

    WHY DONT KITA SEMUA BUAT GROUP WHATAPPS KITA SET TIME SIAPA FREE KITA PERGI RERAMAI…KITA CHECK IT OUT…DAN PUBLISHED….KITA BUAT GRAND…RASAI SEBENAR…..

  38. Bae perlis

    Btul kita bt group wasap ni nbr aku add 01111458327

Leave a Reply