Viral

Gara-gara Katerer, Tetamu Majlis Perkahwinan Hanya Makan Nasi Berlauk Kuah

Memang menjadi impian bagi setiap pasangan yang mendirikan perkahwinan untuk menghidangkan menu yang lengkap, lazat dan terbaik kepada tetamu yang diundang  ke kenduri mereka. Untuk itu perancangan dibuat sekian lama dan sejumlah wang yang besar nilainya diserahkan kepada pihak katering untuk memastikan kenduri berjalan lancar.
AnjungSeraiAN

Namun begitu, seorang wanita memberitahu kenduri kahwinnya tidak berlangsung seperti dirancang apabila pihak katerer telah gagal untuk menyediakan makanan seperti sepatutnya, menyebabkan hadirin terpaksa makan nasi berlaukkan kuah sahaja.


Amnina Azmi, pengantin perempuan kemudiannya membuat laporan polis dan laporan Tribunal Pengguna untuk menuntut semula bayaran katering dari katerer tersebut. Majlis kenduri Amnina berlangsung pada 29 Januari lepas. Menurut Amnina pada 2 Februari di akaun Facebooknya:
3
2
1

Kahwin sudah. Lapor polis sudah. Tribunal pun sudah. Seterusnya?

Di kesempatan ini saya dan pasangan ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran kawan-kawan ke majlis perkahwinan kami. Terima kasih buat yang sudi datang dari jauh mahupun dekat.

Buat yang hadir pasti sudah tahu perihal katerer kami yang bermasalah. Jutaan maaf kepada yang hadir tapi hanya makan nasi berlaukkan kuah. Pengantin jugak tak dapat makan.

Jangankan kambing, lauk asas pun gagal disediakan seperti yaang dijanjikan dengan sempurna. Sedih memang sedih. Tapi kami akan perjuangkan hak kami sebagai pengguna.

Buat katerer kami Anjung Serai Sdn Berhad, sila balas mesej kami dan bertindak dengan sepatutnya.
Tindakan anda berdiam diri adalah tidak profesional sama sekali. Nonetheless, we have act accordingly and we shall see how it goes. Kami harap kami pasangan terakhir yang tertipu. Friends, please spread the words. Thank you.

Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, Amnina mendakwa pihak Anjung Serai gagal menyediakan lauk seperti daging kambing, ikan dori dan beberapa makanan lain.

Pihak Anjung Serai gagal menghantar makanan seperti yang dibayar dan dijanjikan pada majlis saya 29 Jan 2017. Empat ekor kambing tiada, ikan dori tiada, daging dendeng sampai jam 2.00 petang, acar buah tiada, ikan masin tiada, Air Batu Campur (ABC)  tiada.Tetamu makan nasi dengan kuah sahaja di waktu puncak. Jangan kata jemputan kami ramai kerana kami siap tambah makanan ungtuk 100 kepala terdiri dari lauk ayam dan daging lembu.

Cik Ayu dari Anjung Serai enggan bertanggungjawab terhadap pelanggan beliau. Pemilik Anjung Serai, Chef Hairul Zani, gagal dihubungi.
Kepada bakal pengantin, jangan tertipu. Tolong senarai hitam Anjung Serai dari senarai katerer anda.

7.02.2017 :

Pemilik Anjung Serai Anjung gagal menghadirkan diri ke perbincangan malam ini untuk kes tuntutan gantirugi dua pasangan pengantin yang teraniaya. Beliau enggan berjumpa tanpa sebab, namun memberitahu kami beliau mempunyai masalah kewangan serius.

Mencurigakan.

#saynotoanjungserai

Terkini, Amnina mendakwa telah disekat oleh pihak Anjung Serai di Facebook:

08.02.2017

Pihak Anjung Serai telah sekat saya dari laman Facebook mereka. Takut dengan bayang-bayang sendiri mungkin. Jangan risau, ini bukan perjuangan saya seorang diri. Saya masih ada keluarda dan sahabat untuk membantu. 😉

Tinjauan penulis mendapati laman Facebook Anjung Serai tidak dikemas kini sejak Ogos lepas. Bagaimanapun, di akaun Facebook pemilik Anjung Serai yang bernama Hairul Zani, ada pengguna Facebook yang memberitahu berpuas hati dengan perkhidmatan katering Anjung Serai semasa majlis perkahwinan mereka Disember lepas.-amazingnara.com

 Sumber: Amnina Azmi


Leave a Reply