konfius, Kreatif, Macam-Macam, Manusia, Misteri, Pelik

[Gempak] Magik Membaca Minda Dari YouTuber Zach King (Video)

Sapa yang tidak kenal akan Zach King? Zach King merupakan salah seorang YouTuber yang menjadi popular dengan aksi magiknya yang dimuat turunkan di dalam akaun Youtubenya.
Zach merupakan seorang warganegara Amerika Syarikat berumur 27 tahun yang dibesarkan di Portland, Oregan Amerika Syarikat.

Kali ini admin nak kongsikan satu video yang dimuat turunkan oleh Zach baru-baru ini. Video ini adalah mengenai magik/silap mata untuk membaca minda menerusi video. Beberapa soalan akan ditujukan sebelum Zach meneka dengan tepat apakah yang terlintas di fikiran anda. Di dalam tersebut terdapat 3 jenis tekaan yang akan diberikan oleh beliau sendiri. Jom cuba tengok berjayakah Zach membaca fikiran anda di dalam video dia bawah….

Kepada yang dah mencuba, apa kata anda?? Betul tak tekaan yang dibuat oleh Zach? Tapi sebenarnya terdapat muslihat (trick) disebalik tekaan yang dibuat itu. Namun setiap muslihat yang dilakukan oleh beliau itu telah diterangkan sendiri oleh beliau sendiri di penghujung video tersebut.

Kalau zaman dulu mesti kita dah cakap si Zach ni guna jin untuk setiap aksi magik/silap matanya kan?? Apa kata anda??

Leave a Reply