Haiwan, Misteri, Video

[Gempar] Anak Kambing Yang Dilahirkan Bermuka “Syaitan” (Video)

Baru-baru ini ramai telah digemparkan dengan berita di mana terdapat seekor anak kambing yang dilahirkan bermuka “syaitan”. Anak kambing yang telah dilahirkan di Wilayah
San Luis, Tengah Argentina ini berbeza dengan anak kambing yang lain kerana mempunyai mata tertonjol.

Pemilik anak kambing itu, Gladys Oveido sendiri sangat terkejut dengan kelahiran itu apabila pertama kali melihat wajahnya yang kelihatan akan “syaitan”. Menurut Gladys,
bahagian lain pada anak kambing itu sangat sempurna kecuali wajahnya itu. Gambar anak kambing ini telah dimuat turun oleh menantunya sendiri di mana gambarnya itu telah menjadi viral.

Faktor mengapa anak kambing ini dilahirkan dengan wajah sedemikian rupa masih lagi tidak dapat dikenal pasti. Namun begitu, anak kambing hanya bertahanan selama 3 jam sahaja sebelum menghembuskan nafas yang terakhir kerana dikatakan menghadapi masalah pernafasan.

Leave a Reply