Dekorasi, fesyen, Info Semasa, kagum

[Gempar] Klip Kertas Keluaran Prada Yang Dijual Pada Harga 185 USD (Gambar)

Admin yakin klip kertas merupakan salah satu peralatan seharian di pejabat yang kerap digunakan. Tapi pernahkah anda terfikir berapakah harga sebiji klip kertas yang selalu digunakan itu? 10sen?? 20sen?? Mungkin ramai yang tidak dapat menjawab dengan tepat kerana klip kertas ini selalunya dibeli di dalam kuantiti yang banyak.

Baru-baru ini syarikat yang terkenal kerana menjual barangan mewah, Prada telah mengeluarkan produk klip kertas yang dijual pada harga 185 usd (RM800) sebiji. Berita tentang harga jualan ini telah mendapat banyak perhatian netizen kerana harganya yang tidak masuk akal itu. Jom tengok apa rupa klip kertas yang diwarwarkan itu di bawah…

Klip kertas yang diperbuat daripada perak dan terdapat ukiran “PRADA” diatasnya ini adalah sebenarnya dikeluarkan bukan untuk kegunaan untuk memegang kertas, akan tetapi untuk memegang duit kertas. Item klip duit kertas ini mungkin jarang digunakan di Malaysia, tetapi klip duit kertas ini banyak dikenakan oleh kaum lelaki di luar negara.

Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan sebuah produk berjenama “PRADA”, mungkin item ini merupakan barang paling murah boleh anda dapati. Mana tak, kalau nak beli handbag harganya dah mencecah ribu-ribuan. Apa kata anda??…..

Leave a Reply