Macam-Macam, Manusia, Sukan, Viral

[Gempar] Menonton Perlawanan Bola Sepak Ketika Melakukan Pembedahan (Video)

Kejohanan Piala Konfiderasi yang berlangsung di Rusia baru-baru ini telah pun berakhir dengan negara Jerman berjaya membawa pulang piala setelah menundukkan Chile dengan jaringan 1-0. Seperti negara Amerika Selatan yang lain seperti Brazil dan Argentina, Chile boleh dikatakan merupakan salah satu pasukan Amerika Selatan yang kuat kerana aksi mereka yang konsisten kebelakangan ini.

Baru-baru ini netizen telah digemparkan dengan sebuah video yang viral di internet mengenai seorang doktor di Chile. Apa yang menyebabkan video ini viral adalah kerana doktor dari Chile itu telah melakukan pembedahan sambil menonton perlawanan bola sepak.

Perlawanan yang disaksikan ketika pembedahan itu dilakukan adalah perlawanan separuh akhir Piala Konfiderasi di antara Portugal dan Chile. Seperti yang dapat dilihat di dalam video di atas, bukan doktor itu sahaja, para jururawat dan kakitangan yang lain juga turut bersorak kegembiraan apabila pasukan kebangsaan Chile mereka berjaya mengalahkan Portugal di dalam penentuan sepakan penalti.

Doktor itu mendapat banyak kritikan daripada netizen kerana tidak profesional di dalam mengendalikan kerjanya itu. Keadaan pesakit yang menjalani pembedahan itu tidak dapat dipastikan, namun admin harap tak de la apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada beliau.

Leave a Reply