Automotive, Info Semasa, kagum, Kreatif, Macam-Macam, menarik, Teknologi

[Gempar] Mesin Vendor Yang Terbesar Di Dunia (Video)

Adakah anda semua tahu yang penggunaan mesin vendor (vendor machine) paling banyak sekali di dunia ini ada Jepun. Keselamatan awam, kepadatan penduduk dan teknologi yang tinggi merupakan satu sebab kenapa mesin vendor sangat popular di negara matahari tersebut.

Tetapi baru-baru ini, penduduk negara Jepun telah digemparkan dengan satu mesin vendor yang telah dibina di Singapura. Mesin Vendor yang disediakan itu tidak terdapat di Jepun dan saiz mesin vendor itu sangatlah besar jika dibandingkan dengan mesi-mesin vendor yang biasa. Anda rasa mesin vendor apa yang gempak sangat ni?? Jom tengok jawapannya di dalam video di bawah…

Seperti yang dapat di lihat di dalam video di atas, mesin vendor yang dimaksudkan itu adalah sebuah mesin vendor yang menjual kereta. Apa yang lebih menarik lagi, kereta yang dijual pada mesin vendor adalah kereta-kereta mewah seperti Lamborghini, Ferrari dan sebagainya lagi.

Cara untuk membuat pembeliannya pon sangat lah mudah. Mereka yang ingin membuat pembelian hanya perlu menggunakan tablet dan aplikasi khas yang disediakan di dalam bangunan mesin vendor itu. Setelah selesai prosedur pembelian dan pembayaran disahkan, kereta akan di bawa khusus kepada anda dalam masa 2 minit…. Kepada sesiapa yang ada duit lebih dan bercadang untuk membeli kereta, mungkin ada boleh mencuba membelinya di mesin vendor ni…

Leave a Reply