Info Semasa, Macam-Macam, Manusia, Viral

[Gempar] Rakyat Malaysia Yang Menghabiskan Lebih RM200,000 Untuk Nampak Seperti Watak Final Fantasy, Squall Leonhart (Gambar)

Amirul Rizwan Musa, seorang remaja berumur 21 tahun telah menghabiskan lebih RM200,000 bagi menjalani pembedahan plastik untuk menampakkan wajahnya mirip akan seorang watak Final Fantasy, Squall Leonhart. Amirul dikatakan telah berjinak dengan bidang modelling sejak tahun 2014 lagi.

Amirul berkata pada pihak media yang beliau sangat terkejut kerana gambar beliau telah menjadi viral di internet. Beliau juga menyatakan telah mendapat banyak panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali mengutuk akan perbuatan beliau itu yang cuba menjadi idola karakter Final Fantasy itu.

Walaupun mendapat banyak kutukan dan kritikan dari banyak pihak, Amirul berkata beliau cuba bersikap positif kerana ini boleh dijadikan peluang kepada beliau untuk menjadi lebih terkenal. Selain mencuburi pihak modelling, beliau juga mempunyai syarikat kosmetik sendiri.

Leave a Reply