Sukan

Gol Faiz Subri Disahkan Tersenarai Antara 3 Calon Utama Anugerah Puskas 2016

Mohd Faiz Subri telah mengesahkan tempat dalam senarai antara tiga calon utama untuk merebut Anugerah Puskas, sebentar tadi.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyiarkan senarai rasmi tiga calon terakhir daripada 10 yang diletakkan untuk senarai awal yang perlu diundi peminat dari seluruh dunia.

Selain Mohd Faiz, turut tersenarai ialah Marlone dari Brazil dan satu-satunya wakil wanita, Daniuska Rodríguez dari Venezuela.

Menurut laman web Fifa, pengundian akan ditutup pada 9 Januari ini.

Leave a Reply