Info Semasa, menarik, Tips

GSC Membuat Promosi RM6 Untuk Tiket Wayang Sehingga 31 Julai!

Semua orang minat untuk menonton wayang tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang, mungkin ramai yang rasa tertekan lebih-lebih lagi tiket wayang pun sudah naik harga. Mungkin poket kita tidak cukup tebal.

Lebih menyedihkan lagi, banyak filem blockbuster akan memasuki panggung wayang tempatan kita dalam masa terdekat ini. Tetapi jangan takut, kerana kini Golden Screen Cinemas (GSC) sedang membuat promosi tayangan filem pada harga RM6 sahaja. Lebih murah daripada makan nasi berlaukkan ayam dan sayur!

Promosi yang dijalankan oleh GSC ini bermula pada 6 Julai hingga 31 Ogos 2017! Ianya diadakan bagi tayangan pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu sahaja.

Mereka yang ingin mendapatkan tiket pada harga ini perlu membuat pembelian menggunakan Visa sahaja melalui laman web GSC ataupun GSC Mobile App.

Hanya 210 tiket ditetapkan untuk pembelian pada harga RM6 setiap hari di mana setiap pembeli hanya dibenarkan untuk mendapatkan 2 tiket dewasa sahaja pada harga tersebut bagi setiap transaksi. Jika beli lebih dari itu, tiket tambahan tidak diberikan pada harga RM6.

Transaksi pembelian mestilah dilakukan pada hari yang sama dengan tarikh tayangan. Promosi yang dijalankan ini hanya diberikan untuk tayangan filem 2D sahaja!

Promosi ini dijalankan di seluruh negara kecuali GSC Signature.

Jadi tunggu apa lagi?! Jom layan filem dekat GSC. Siapa cepat, dia dapat!

sfafasd

Leave a Reply