Viral

Guru Kini Dah Hilang “Nikmat” & “Ghairah” Ketika Mengajar?

Terkejut bila mendengar ada berita seorang guru di Putrajaya cuba terjun dari tingkat empat sebuah di bangunan sekolah semalam.

Namun hasil pujukan rakan dan pihak bomba dan penyelamat, guru berkenaan berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan. Masalah yang dikesan ialah, kemurungan.

Sahabat guru saya yang dikasihi semua, mengapa perkara ini berlaku? Dahulu, pernah terjadi di sebuah sekolah tamil di Kelang, seorang guru cuba minum racun akibat tekanan kerja. Mengapa ye?

Profesion yang amat mulia sebagai medium penyampai ilmu kini sudah menjadi satu profesion yang berisiko tinggi untuk kemurungan.

Guru kini sudah hilang ‘Nikmat’ dan ‘Ghairah’ semasa mengajar. Tidak seperti zaman guru-guru kita mengajar kita dahulu.

Di bandar-bandar, guru-guru kita dihormati oleh masyarakat setempat. Pernah berlaku pada saya sendiri pada tahun 1995 di mana ketika saya sedang membeli ikan di pekan Saratok, apek Cina yang menjual ikan itu berkata,

“Cikgu, mau ikan apa? Pilih cikgu,” katanya.

Sedangkan saya tidak mengenali pun apek itu.

Bila ditanya, bagaimana dia tahu saya seorang guru, katanya,

“Kitak punya mua, ada landik punya orang. Kamek tahu itu mua cikgu,” katanya.

(Muka awak, nampak seperti orang berpelajaran. Dari situ saya tahu awak seorang cikgu)

Sekarang susah nak mencari orang yang hormat pada guru. Malah bermacam-macam sumpah seranah dihamburkan pada guru. Sentuh murid, salah. Dibiarkan pun, salah.

Ada satu status yang saya baca di media sosial.

Seorang netizen memberi komen yang mendakwa guru sekarang mahu cepat pulang ke rumah, sepatutnya menunggu kesemua anak murid dijemput ibu bapa masing-masing, barulah mereka boleh pulang.

Saya terkejut ketika membaca komennya itu. Apa dia ingat kami sebagai guru ini, mandul? Tak ada anak di sekolah dan nursery yang perlu kami jemput?

Ada kes ibu bapa bila dipanggil untuk menjemput anak yang demam supaya dibawa pulang untuk dibawa ke klinik, mereka balas dengan jawapan,

Ada guru yang terkejar-kejar dengan mesyuarat penetapan sasaran sampai ada kes terlupa anak dalam kereta. Akibatnya, si anak itu meninggal dunia.

Semata-mata mahu mengejar mesyuarat yang perlu dihadiri. Ada kes guru yang meninggal dunia kerana lemas semasa menjalani aktiviti perkhemahan. Yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pun semakin banyak.

Sedih, kan? Sepatutnya suara comel anak-anak murid menjadi penghibur hati guru. Kini guru terpaksa mengajar mengikut acuan-acuan tertentu.

Kelas mesti mengikut Pendidikan Abad Ke-21. Murid-murid duduk berkelompok, bila guru mengajar susah nak fokus kontaks mata.

Berbeza dengan guru pada zaman 70’an, 80’an dan 90’an. Guru naik kapcai, mengajar sambil bergelak ketawa, menyakat murid, merapatkan silaturrahim. Kalau garang, guru masih lagi dihormati.

Anak-anak murid dahulu pun, sekarang dah jadi orang yang kuat jiwanya.

Bukan seperti anak-anak murid sekarang yang kebanyakannya hati tisu atau jiwa rapuh bagai kerepek. Bila disindir cita-cita, sampai besar dia merepek.

Kembalikanlah keghairahan mengajar kepada guru. Jangan dikekang kreativiti guru, biarkan guru melaksanakan tugas mendidik dengan lebih teratur.

Jangan dibebankan dengan tugas sampingan yang bukan menjadi teras kerja. Sampaikan nak menyambut pengawai pun, duit guru diminta derma (kawan saya di Sabah mengadu, harap-harap tidak berlakulah, kesian pada guru-guru kita).

Guru-guru sudah hilang semangat. Kalau jabatan lain boleh buat team building dan bina program jati diri bagi meningkatkan kualiti kerja, manakala guru cukup dengar ceramah bebelan SISC sambil minum air mineral dan disaji dengan gula-gula. Kalau dulu, ada juga karipap dan koci. Nak mengharap mihun, jauh sekali.

Bertabahlah guru-guru semua, Allah bersamamu.

Sumber : Cikgu Emmet

Comments 10

  1. Syed Kamal

    Hanya kerana tak boleh belasah anak org jd takde semangat nak keje? Takyah la ckp dulu org hormati guru, skrg tak. Sbb guru sekarang pun tak sama dah dgn guru dulu. Dulu rotan sbb nk mengajar, skrg rotan sbb nak lepas geram. Dulu ikhlas guru2 nya, skrg tak tau la ye… Respect is earned, not demanded… Semua pekerjaan pun murni selagi halal dan buat dgn ikhlas.

  2. The Rock

    Syed Kamal, rugi tiada guru yang belasah kau dulu.. Tengok hasilnya sekarang? Kau tidak mampu faham intipati penulisan ni bai.. Ada tak dalam artikel ni cakap guru murung sebab tidak dapat belasah murid? Kepala otak tu tolong bawa ke bengkel.. Alignment sikit perspektif tu.. Jangan biarkan sebab nanti akan makan luar dan dalam sampai keluar dawai dan sebagainya..

    “Dulu ikhlas guru2 nya, skrang tak tau la ye”
    Kau ni manusia paling hebat sebab kau boleh baca hati orang. Boleh pula kau tahu guru-guru zaman sekarang tidak ikhlas ya? Sejak bila kau jadi Charles Xavier dari X-Men? Berapa tahun bertapa untuk dapat kebolehan tu? Kongsi la tips sikit..

    “Dulu rotan Sbb nk mengajar, skrg rotan sbb nak lepas geram”
    Iya betul tu.. semua guru sekarang ni adalah The Incredible Hulk.. Kerja guru cuma merotan dan membebel.. Guru masuk kelas, lepas tu rotan murid sebab geram. Sebenarnya guru ni ahli gusti WWF, tiada kerja lain selain belasah budak..

  3. Cikgu Biasa

    Kepada Syed Kamal…komen yang anda tulis seperti menggambarkan anda seorang yang sangat bijaksana dan berpendidikan tinggi…tetapi betapa sempitnya pemikiran anda tidak anda sedari… “Hanya kerana tak boleh belasah anak orang jd takde semangat nak keje?” …nampaknya anda mungkin ingat tugas cikgu2 di sekolah setiap hari hanyalah untuk belasah murid2…penulisan macam ni pn anda xdapat nak hadam jadi xperlulah berlagak macam anda tahu segala benda yang cikgu2 hadap hari2…lebih baik diamkan diri daripada mengeluarkan perkataan yang menujukkan sempitnya pemikiran anda Syed Kamal…sebab sekarang cikgu xboleh bt apa2 pd murid lah lahirnya generasi seperti anda…hilang rasa hormat pd guru yg menyampaikan ilmu…respect is earned…ada betulnya apa yg anda katakan…tetapi sebagai murid adakah terlalu payah dan susah untul anda menghormati seorang manusia yg menyampaikan ilmu kepada anda…mungkin anda sendiri ada guru yang anda tidak hormati…bayangkanlah apa akan jadi pada generasi akan datang kalau guru pn tidak dihormati…jangan berlagak seperti manusia sempurna Syed Kamal…suka bercakap tentang org tp anda sendiri belum tentu baik buruknya…cubalah duduk di tempat guru tersebut barulah anda faham dan rasa bagaimana “indahnya” menjadi seorang guru…silakan wahai Syed Kamal…

  4. Syed Kamal

    The rock bodoh: aku jd insan hari ni sbb guru2 yang ajar aku dulu dgn penuh hemah, bukan dgn belasah. Ko tu yg patut diberi mkn dawai biar bingai tu kurang sikit. Thing is guru2 lani demand nak direspect mcm korang tu maksum. Bila kita tegur jgn cpt naik tgn diorang berang kata kalau camtu budak2 jd kurang ajar. Heran ye, kat malaysia ni kalau budak2 tak dibelasah akan jd budak kurang ajar padahal negara luar yg cikgunya tak percaya physical abuse semua muridnya menjadi org. The rock ni antara bingai yg tau nk belasah org je dgn alasan nk mengajar. Cikgu2 dibayar ye, bukan free. Dan dibayar untuk mengajar dgn berhemah bukan dgn membelasah.

  5. Syed Kamal

    Cikgu Biasa: apa maksud kamu lahirnya generasi seperti sy? Tgk? Bila ditegur dikatanya kita mcm itu mcm ini. Sebenarnya bila guru tak boleh ditegur la lahirnya guru seperti kamu. Sy hanya akan rasa hormat pd individu yg wajar dihormati, tak kiralah dia tu guru ke, petani ke, polis ke, apa2 professiob pun. Kalau kamu rasa kamu guru dan kamu wajar dihormati hanya kerana kamu guru, maaf banyak2 ye.. kamu tak layak.

  6. Anonymous

    ye, sgt bersetuju dgn syed kamal

  7. syed kamal bodo

    pergi mampus la ko syed kamal

  8. Anonymous

    Kesian dgn guru2 skrg…saya yg hidup brsama dgn mereka yg brgelar pendidik pun merasakan tekanan. Nak mndidik manusia ni bukan mudah lbih2 lg zmn kini dgn ibu bapa, pihak atsn dan masyarakat yg demand. Guru2 pun jd tersepit dan terbeban. Dlm kls ada berpuluh ank murid dgn pelbagai ragam. Kalau murid SM, mana nak lyn sikap memberontak dan tak masuk ajarnya…kalau murid sekolah rendah nak cebok dan bersih berak kencing dalam seluar.blum kira yg menangis x nak sekolah, berlari dlm kelas. Simpati dgn kwn2 pendidik yg perlu mngeluarkn wang sndiri semata2 hndk memenuhi khendak pndidikan Alaf 21. Bla ada aktvti melibatkan murid, keluar wang sndiri untuk minyak kereta. Murid x bawa bekal, siap beri duit supaya murid tidak lapar dan sakit. Murid x ada buku dan alat tulis, mereka sanggup sediakan. Semua dgn wang sendiri. Hr mggu pun dhbiskn utk hal2 murid dan sekolah sampaikan xda masa utk diri sndiri. Respect kwn2 dan insan yg bergelar guru. Tabahlah demi ank bangsa!

  9. Musafir

    Luahan yang sangat mendalam maknanya. Guru bukan org y nak sgt org hormat pd dia. Tapi dia insan y wajar dihormati. Sdgkn nabi Allah pn memuliakan guru. Kdg2 kita kena letakkn diri pd tempat org lain baru kita rasa bebanan hidup dia. Ingatlah, kalau kita y dewasa pn xmampu utk bicara y baik2 mgenai mereka y bgelar guru, apatah lagi anak2 kita nanti. Mgkin anak2 kita nt pn xmampu nk hormati ibu bapanya sdri. Wallahua’llam.

  10. Anonymous

    Tugas guru skg semakin btmbah. Byk kerja sampingan y bkn hanya mengajar di dalam kelas je. Pd y jd mak ayah pn duk sibuk cari kesalahan guru semua xkena. Pdhal hal sekolah ank pn xpeduli. Wsp guru suruh belikn ank dia itu ini. Kalau 30org dlm kelas y mcm tu, mampu ke org lain galas tugas mcm guru ni. Layan karenah murid, mak ayh, org atasan, key in data dll. Cikgu skg pn bukan taiko y suka2 dtg sekolah belasah ank org. Mase dia angkat ikrar pn takde bjanji utk mbelasah murid. Sama je ckgu skg nk mendidik. Mgkin lebih lagi. Kalau jd mak ayh jgn selalu tanya soalan “mana cikgu masa anak sy jatuh”, ” cikgu xbuat kerja ke smp ank sy luka”. Cikgu pn ade dua tgn, dua kaki, satu otak. Tp byk cabaran dan kerja dia nk buat. Jgnkan sebab ketidakikhlasan seorg guru y anda penah kenal, semua guru anda salahkan.

Leave a Reply