Viral

Guru Kongsi Tentang Zulfarhan Osman – Kerana Dia Insan Unik, Pinjamannya Di Dunia Hanya Seketika

Kata orang, kita perlu berbuat banyak kebaikan kerana apabila kita pergi, kita akan dikenang kerana kebaikan kita.
KenangPaanAN
Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain juga diingati mereka yang mengenalinya kerana sikap suka membantu insan dalam kesusahan.

Guru sekolah Zulfarhan, Mohd Ariff Ahmad Nazri menceritakan, kegigihan pemuda itu untuk belajar ialah sesuatu yang unik.

Bawa kawan kurang mahir belajar bersama dengan guru
10013813_10152402952129248_1386294086522305747_n

“Antara momen yang saya rasa unik sepanjang mengenali arwah Zul Farhan: kegigihan dia bersama rakannya Afiq Asyraf datang bawa buku belajar dengan saya di Pusat Servis Perodua Tampoi. Sebab masa itu saya ada temujanji servis kereta.

Mana nak cari pelajar yang gigih macam ini, kan? Orang balik kampung luang masa dengan keluarga, tetapi dia bawa kawan belajar mana yang kurang mahir. Orang keliling pandang saja. Sejak bila pusat servis buka kelas tuisyen, kan?

Kerana dia insan unik maka pinjamannya di dunia hanya seketika.” – Mohd Ariff Ahmad Nazri

Dia juga meminjamkan wang pada seorang rakan yang memerlukan.

Pinjamkan kawan wang berjumlah RM 1,000
18809442_670557373136854_4995728520723300352_n

Hang banyak tolong aku, Seman. Dulu masa aku tak ada duit, sesak, RM 1,000 hang bagi pinjam. Senyum tak pernah lekang.

Depa jahat, doh, man? Rehat la, Bro. Be strong, Syu, 🙁 🙁 🙁 dan keluarga Seman. Allah lebih sayangkan dia. – [email protected]Jawafazz

Dia juga membuat rakan-rakannya gembira.

Engkau banyak buat aku gembira

18835849_1663085607065669_7755375970118648504_n

Buddy dulu engkau selalu datang bilik aku sebab nak rehat. Engkau tidur dan engkau rehat aku tak pernah marah sebab aku tahu kehidupan engkau sangat penat dan letih.

Engkau banyak buat aku gelak sepanjang engkau bersama aku, buddy. Engkau banyak buat aku gembira dengan cara engkau, buddy.

Tapi hari ini hari Jumaat dan pada bulan Ramadan adalah hari dan bulan yang paling mulia. Hanya insan terpilih oleh Allah SWT sahaja yang mampu memilikinya. Engkau hebat, buddy.

Aku doakan engkau aman di sana bersama orang-orang beriman.. Mintak maaf disepanjang perkenalan kita aku ada buat engkau terasa hati semua. Aku hnya berdoa dari Kuantan untuk engkau di sana. Al Fatihah pada Arwah Zul Farhan. – Ihsan Sidqi

Bagi penulis, cerita mereka bertiga jelas menunjukkan Allahyarham Zulfarhan Osman mempunyai keperibadian yang baik. Bersama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.-amazingnara.com

Leave a Reply