Fakta

Hakikat Perkahwinan: Bukan Hanya Berkahwin Dengan Seorang Lelaki, Tetapi …

Perkahwinan digambarkan dua orang yang saling mengambil berat dan mencintai satu sama lain hidup bersama. Anda mungkin membesar dengan diberitahu oleh keluarga dan beberapa orang kawan untuk mencari seseorang yang membuatkan anda bahagia dan berkongsi minat.

Ianya adalah nasihat tetapi berapa ramai antara kita yang benar-benar tahu, kehidupan selepas berkahwin itu bergantung pada dengan siapa kita berkahwin?

Penting untuk berfikir bukan sahaja tentang bagaimana seseorang itu membuatkan anda merasakan sesuatu, tetapi gaya hidup yang anda berdua akan jalani.

Apa sebenarnya yang anda perlu pertimbangkan sebelum setuju untuk berkahwin? Mungkin tempat tinggal anda dan adakah anda akan mempunyai anak atau tidak.

Jika anda ingin tinggal di kawasan bandar kerana bekerja tetapi tunang anda ingin tinggal di kampung, anda mungkin perlu menerima gaya hidup yang berbeza. Ini memerlukan kerjasama dari kedua-dua belah pihak supaya hubungan ini terus berkekalan.

Anda juga perlu berfikir dengan baik bilangan anak yang anda inginkan kerana ia akan memberikan kesan terhadap tempat tinggal anda, pendapatan anda, dan tahap kebebasan yang anda inginkan. Untuk anak, anda berdua perlu memberikan komitmen sebagai ibu bapa jika anda ingin membina keluarga.

Hal kewangan juga memainkan peranan penting sebelum berkahwin. Semak sikap anda terhadap berbelanja, menyimpan, dan pengurusan hutang. Anda juga perlu berfikir untuk memiliki sebuah rumah atau sewa rumah, kerana ia akan memberi kesan kepada masa depan kewangan anda.

Kerja harian juga perlu dipertimbangkan. Sebagai contoh, siapa yang bertanggungjawab untuk memasak, membersihkan rumah, dan penjagaan am di rumah? Jika anda mempunyai anak, siapa yang akan menjaganya?

Anda juga perlu memikirkan cara anda menguruskan masa bercuti, dan kekerapan anda akan meluangkan masa bersama pasangan pada waktu petang atau hujung minggu.

Jika anda suka keluar untuk percutian singkat, tetapi pasangan anda lebih suka berehat di rumah, fikirkan jika anda boleh keluar sendirian.

Ingatlah, perkahwinan bukanlah semudah memilih seseorang yang anda rasakan sesuai dan berharap kisah cinta anda akan berjalan lancar.

Rancang sebaiknya bersama pasangan anda untuk masa depan bersama. Ambil masa untuk berbincang apa yang anda inginkan untuk masa depan akan menentukan sama ada anda berdua sesuai bersama atau tidak.

Leave a Reply