Automotive, Info Semasa, Tips

Harga Petrol RON97, RON95 & Diesel Naik Bermula Tengah Malam Ini

Bermula 29 Mac 2017 yang lalu, harga bagi bahan api petrol dan diesel ditetapkan secara mingguan mengikut kaedah pengapungan terkawal berdasarkan Purata Harga Pasaran pada minggu sebelumnya.

Harga minyak petrol RON95 naik sebanyak 4 sen menjadi RM2.07 & RON97 naik sebanyak 4 sen menjadi RM2.32 berbanding RM2.03 & RM2.28 minggu sebelum ini. Harga bagi minyak diesel pula naik sebanyak 6 sen menjadi RM2.05 berbanding RM1.99 minggu sebelum ini.

Anda boleh lihat carta di bawah ini untuk bandingkan harga pada minggu sebelum ini.

Leave a Reply