Comel, Cool, Lawak, Macam-Macam, menarik, Viral

‘HB Tu Apa?’ – Pertanyaan Tun Mahathir Kepada Seorang Follower Twitter

Pejam celik rupanya bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mencapai umur 92 tahun. Masih lagi kelihatan gagah dan bertenaga, bekas PM kita ini baru-baru ini mengeluarkan satu gambar di Twitter ke atas sambutan hari lahirnya yang ke-92 itu.

Menjadi satu lumrah apabila memuat naik gambar di laman media sosial, pasti ada pengikut atau follower yang akan memberikan komen.

Satu komen mendapat perhatian netizen memandangkan Tun M membalas komen yang diberikan oleh follower beliau itu.

Pengguna Twitter dengan twithandle @Azmi73Ramli telah memberikan komen berbunyi ‘HB Tun’ dan bekas Perdana Menteri kita ini tertanya-tanya apakah maksud HB?

Ramai netizen membalas komen Tun M dengan menerangkan yang HB itu adalah singkatan kepada ‘Happy Birthday’.

Kelakar pulak tengok bila orang-orang lama tak faham terma singkatan dunia media sosial budak-budak zaman sekarang. Nasib baik Tun tak tanya SHRMZB tu apa. Mau berpinau kepala dia fikir. Haha!

Comments 1

  1. Anonymous

    sama umur dgn arwah nenek aku…

Leave a Reply