Hubungi PKD Atau Polis Untuk Pengesahan Kehadiran Petugas Kesihatan Di Rumah

Orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi terus Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau balai polis sekiranya terdapat kehadiran pegawai kesihatan yang mencurigakan di kawasan kediaman.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka yang ingin mendapatkan kepastian sama ada terdapat pasukan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dihantar ke rumah-rumah tertentu perlu menghubungi PKD serta-merta.

“Untuk warga kerja Kementerian Kesihatan, mereka juga perlu memakai pakaian yang telah ditentukan dan juga membawa kad kuasa dan ini yang kami galakkan untuk mereka mengikut peraturan-peraturan di Kementerian Kesihatan.” 

Dr Noor Hisham menyentuh perkara itu selepas merujuk kepada gambar-gambar yang tular di media sosial berhubung kehadiran warga KKM di sebuah kawasan perumahan. Menurutnya, kes tersebut merupakan satu saringan yang dilaksanakan KKM untuk kes-kes pesakit dalam siasatan (PUI) yang dikuarantin di rumah masing-masing.

Advertisement

“Kami (KKM) juga memberi perkhidmatan di rumah dan contohnya kalau jururawat-jururawat kami ke rumah untuk merawat ibu dan bayi. Tetapi kes ini telah selesai, laporan polis telah dibuat dan siasatan telah dijalankan. Kami sendiri pun tak pasti sama ada betul atau tidak kenyataan yang dikeluarkan di Facebook itu.”

Jelas Dr Noor Hisham, petugas kesihatan KKM mungkin perlu menghubungi penghuni rumah terlebih dahulu sebelum mereka hadir bagi urusan kesihatan.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments