Iklan Raya TV3 Macam Krismas


Update 1: Video kat Youtube dah kena buang. Kalau nak tengok sila pergi link http://facebookvideoindirx.com/keindahan-dalam-kemeriahan-sinari-lebaran-dari-tv3-untuk-semua-hq/

Update 2: TV3 dah tarik balik iklan ini. Terima kasih

Kalau orang perseorangan yang tak cukup umur mengutuk-ngutuk di FB dah cukup sensitif, kami langsung tak faham dengan motif iklan tv3 ni….Apa nak jadi dengan iklan raya Tv3 nie.

Cuba baca huraian tentang cerita disebalik iklan ini…

Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan.

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.


Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas – Simbol Paganism


Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Apa sebab perlu dipaparkan tulip dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Tulip ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah tulip Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Terima kasih kepada blog Kalamul Haqq untuk huraian ni…

215 Responses to “Iklan Raya TV3 Macam Krismas”

  1. Anonymous says:

    kalau nk blame on founder fb ni yahudi… byk lagi bnda lain yg yahudi cipta… tp kita org islam ni kna la tahu kegunaan nya… jgn smpai menyesatkn akidah kita dahla… kita pun kna ikut peredaran zaman… baru tk jadi islam yg mundur… bila kita mundur kita akan dihina & ditindas… apa2 pun bnda yg dicipta ni ilhamnya dh tentu dr Allah… cuma kita manusia ni selalu menyalahgunakan kebaikan yg Allah berikan… satu yg aku tk suka pasal iklan ni… tkde ciri2 kemelayuan & keislaman langsung… mgkin nak terlalu 1Malaysia kot… sume budaya agama lain dicampuraduk… mgkin tv3 kehilangan nadi pengiklan yg kreatif spt Allahyarhamah Yasmin Ahmad… tu yg bercelaru iklan tu… cuma 1 yg diharapkan… buat tv3… lpas ni jgn alpa dgn apa yg anda lakukan… rakyat sekarang dah celik… bukan hanya menerima bulat2 apa yg dismpaikan… still peminat tv3 smpai bila2…

  2. aku la ni says:

    mmg hebat, penghurai video ikhlan ni… ko bg je lah video ape pun dia pandai hurai.. pandai yg memandai-mandai… golongan ni lah yg suka memecah belahkan kaum2 yg ada kat malaysia ni… oi.. cari la keje lain!!

  3. yong says:

    baik dihurai…baik memandai2…daripada snyp dan terus menyokong apa yg dikatakan tidak pasti.igt…matlamat tdk menghalalkan cara..dia sebuk2 dgn kaum…perpaduan islam terabai.itulah…sambutlah gagasan 1 malaysia yg semakin penin!

  4. Lulu says:

    salam…
    ermm, slalu nye iklan2 mcm ni mmg khusus utk kanak2…ade ‘pihak’ yg cube nk ekplotasi pemikirn kanak2…hati kanak2 kn suci bersih sbb tu la time diorg masih kecik la kte kene tunjuk mane yg baik n buruknye …yg dh tua bangka ni mmg dh xbleh nk tlg pn, kene tggu diorg tggu taubat sndr la jwbnye… huhu

  5. hallu says:

    engko yg mentafsir lebih2..dorang x bmkna pon buat iklan camtu..pesimistik tol pmkran ko..adoi..

  6. alex says:

    iklan ni memang la tak patut. tapi imaginasi pentafsir ni terlalu tinggi & melampau

  7. dr rozmey says:

    mari ramai2 banned tv3!!!

  8. cik violet says:

    Masya Allah..di sebalik iklan rupanya terselit unsur kristian di situ..huhu

  9. blue says:

    Kita nampak apa yang kita nak LIHAT. Kalau cari unsur christian di situ, wujudlah dia. Itu yang kita nak lihat, itulah yg kita nampak. Betul lah..orang2 camnilah yang buatkan isi hati orang melayu menjadi panas dan berdendam dengan orang bukan islam. Kucar kacirkan pelbagai kaum. Imaginasi terlalu tinggi, ape yg die apa yang dia nak benda tu wujud. Kalau nak pengaruh budak2..saya rasa saya tak ingat satu pon iklan yang boleh buatkan saya suka christian dari kecik sampai sekarang, Alhamdulilah.

    Janganlah mudah melatah, orang cakap tv3 iklan christian, semua sebok nak banned or boikot tv3. yang duit singgit tu ada mata freemason tu tanak boikot lak? jgn la pakai or sentuh duit singgit tu lagi okay!

  10. maukOrang says:

    laaaaaa….,,,,maukOrang?

  11. mak bedah says:

    klu nk cri unsur christian or freemason mmg melambak..bkn salah simbol tu tp salah org yg guna simbol tu…xkan la pakcik buta sebelah umah pon freemason cz die ad mata satu je…mgkn yg bikin iklan ni nk amik konsep krismas yakni kebahagiaan terutama dlm jiwa budak2…klu pk blk krismas ngn raya ni yg paling excited is budak2…..tp mgkn imaginasi pembuat terlalu tinggi hingga mengambil konsep keseluruhan krismas tu..org kite pki beca ganti kan luncur salji krismas tu…seb baik x di amik anak lembu atau kambing ganti reindeer….apapun elokla diharamkan cz nampak sgt perayaan kite di krismaskan sedangkan hari raya aidilfitri adalah perayaan yg amat berbeza intipatinye dengan perayaan kaum lain…ia ada identiti sendiri cuma umat islam dan pembuat iklan perlu kaji lagi makna aidilfitri dgn lebih mendalam…sekian…

  12. heatonxp says:

    1.Mengapa ada yang tidak percaya tentang unsur syaitan di TV3?
    2.Apa komen mereka apabila Anugerah Muzik-muzik TV3 berunsur agama menyembah syaitan??
    3.Mingguan Malaysia berjaya menonjolkan ASTORA JABAT seolah-olah dia seorang ULAMA tempat rujukan FATWA palsu oleh pembaca akhbar tersebut hingga sekarang ada pengikut blognya yang menyanjungnya.

    Di zaman Nabi Muhammad SAW, bulan terbelah dua setelah mereka mohon untuk melihat Mukjizat nabi…apa yang mereka katakan selepas itu???
    MEREKA MENAFIKAN SEGALA-GALANYA DENGAN PELBAGAI ALASAN “DAN MEREKA KEKAL KAFIR”

    SOALANYA MENGAPA???
    MUNGKINKAH MEREKA INI DARI GOLONGAN atau KETURUNAN DARI KISAH DIATAS??? ATAU MEREKA TIDAK AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA SESIAPAPUN UNTUK TUJUAN KEBAIKAN???(mungkin yang ini melampau?)

  13. howdy fellow web master! I really enjoy your website! I liked the make of your sidebar.

  14. hello nice site i will definaely come back and see again.

  15. rul prom says:

    hmm, tak patut..

Leave a Reply