Iklan Raya TV3 Macam Krismas


Update 1: Video kat Youtube dah kena buang. Kalau nak tengok sila pergi link http://facebookvideoindirx.com/keindahan-dalam-kemeriahan-sinari-lebaran-dari-tv3-untuk-semua-hq/

Update 2: TV3 dah tarik balik iklan ini. Terima kasih

Kalau orang perseorangan yang tak cukup umur mengutuk-ngutuk di FB dah cukup sensitif, kami langsung tak faham dengan motif iklan tv3 ni….Apa nak jadi dengan iklan raya Tv3 nie.

Cuba baca huraian tentang cerita disebalik iklan ini…

Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan.

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.


Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas – Simbol Paganism


Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Apa sebab perlu dipaparkan tulip dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Tulip ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah tulip Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Terima kasih kepada blog Kalamul Haqq untuk huraian ni…

215 Responses to “Iklan Raya TV3 Macam Krismas”

  1. eyla says:

    aku rase ade dalang tali barut yahudi dlm tv3 tuh.die cube nk menyesatkan umat islam , scare senyap dan perlahan2.prtame skali diorg akn mmpengaruhi kanak2 dulu dgn bnde2 tahyul cmtuh.yg AJL tuh , tv3 senyp jek , lgsong xckp ape2.blaja tggi2 memaseng tp xtau nk pk mne baek & burok , ambillah iktibar TV3~ dan kalo berite TV3 plak , tlonglah “JANGAN BERAT SEBELAH~!!!”

  2. eyla says:

    setuku dgn mat despatch~~~bkk the arrival n smbungn dy the divine book n phase 3

  3. kiki lala says:

    salam WTF…ini bkn berkaitan degan sangkar burung yang biasenyer digunakan oleh org2 kg atau kita untuk ltk burung…ini berkaitan dengan iklan yang disiarkan di TV3 yang dpt memurtadkan @ memesongkan akidah org islam..jgn disebabkan duit, akidah tergadai…walaupun kubur lain2..tapi MATI itu sangatlah sakit umpama di tikam dengan pedang sebanyak 99 kali…INSAFLAH WAHAI ORG2 YANG NK MENYESATKAN AGAMA ISLAM….dALAM JUARA LAGU DAH DITUNJUK…KNP KITA MASIH BELUM SEDAR DARI TDO?..ADAKAH KERANA TIADANYA IMAN DAN TAKWA DALAM HATI..????SESUNGGUHNYA…ADA ORG MELAYU YANG BUKAN ISLAM..DAN ADA ORG YANG BUKAN MELAYU IALAH ISLAM…MAKA TAK KIRA KAUM APA DAN BANGSA APA, JADILAH ISLAM YANG BAIK DAN TERBAIK UNTUK DIRI DAN JUGA ANAK2 YANG BAKAL LAHIR PADA MAA DEPAN…NAUZUBILLAHIMINZALIB…DAH TERLALU BNYK BERLAKUNYA MAKSIAT DIDALAM MALAYSIA…KELAB2 MALAM MASIH DIBUKA DAN RAMAI MELAYU ISLAM YANG MASUK KEDALAM…

  4. eyla says:

    setuju dgn mat despatch~~~bkk the arrival n smbungn dy the divine book n phase 3

  5. vii bodoh says:

    vii mmg bengap…jahil..bodoh..yg pakai nickname vii tu mmg bodoh..buta hati..buta mata..kayu..hahaha

  6. Belalang says:

    Aku plak rasa iklan ni kreatif, masih ada beca, ada baju melayu, ada tudung dsb. Tak mungkin kerana iklan ni, semua penduduk Malaysia beragama Islam akan menganut agama Kristian plak. Sedangkan dalam ajaran Kristian dan Katolik, Santa Claus, christmas tree, Rudolph The Red Nose Reindeer tu semua nya bida’ah, tidak Christianity, dilarang dlm agama mereka. Yg menjadi simbol Kristian dan Krismas bagi mereka adalah patung2 Arab Jerusalem di kelilingi kandang kambing, bayi dalam buaian yg melambangkan baby Jesus, dan wanita berselendang di kepala yg melambangkan Mariam. Tapi para marketing menukarnya dengan Santa Klaus, pokok krismas, sleigh dan elves dsb. kerana DUIT!.

  7. pemerhati says:

    terima kasih kepada ibnuisma, anonymous dan ada akal guna yg telah menyokong pendapat saya..terima kasih saya ini bukan kerana anda menyokong kenyataan saya secara membuta tuli..tp berdasarkan kajian anda….kepada MAT Despatch…anda mmg benar…dlm the arrival bnyk menceritakan ttg illuminati n freemason…terima kasih ats info anda…

    mmg ada antara komentar yg lain seperti awanist…mengatakan bahawa ada komen atau ulasan melampau seperti sarang burung tue semua…pada pndapat saya itu mgkin bnr kerana nmpk mcm ulasan itu berlebihan dan xde dalil (setakat ini masih blom jumpa kaitan ngan freemason or illuminati) sekiranya ada rakan2 nk berkongsi info silalh berkongsi disini

    namun ia tidak menafikan bahawa freemason or illuminati tiada kaitan dgn iklan ini…kerana bnyk tanda2 yg kuat ada padanya…so fikirkanlah

  8. pemerhati says:

    kepada saudara “belalang” saya juga bersetuju dengan beberapa pndpt anda namun ada perkara yg saya ingin tambahkn….mmg benar ader pkara yg anda sebutkan diatas bermotifkan duit…tp dari situ la ianya bole menggelincirkan akidah umat islam sedikit demi sedikit (continue)

  9. pemerhati says:

    pada peringkat awal…mereka mahu menghilangkan rasa sensitiviti umat islam dgn menerapkan kepercayaan umat islam agar menerima adat dan budaya agama lain…walaupun pada peringkat ini umat islam x keluar pun agama islam dan masuk agama lain…(continue)

  10. pemerhati says:

    namun akidah umat islam boleh terpesong sekiranya menerima perkara tersebut pada peringkat awal walaupun tanpa keluar dari islam..mereka mahu agar umat islam nampak dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa agama lain pun lebih kurang sama ngan agama islam n agama islam pun lebih kurang sama ngan agama lain….itu sahaja agenda mereka….

  11. pemerhati says:

    disini mereka mempergunakan slogan 1 malaysia…walhal slogan 1 malaysia maksudnya berlainan…dan mereka mengambil kesempatan keatas slogan ini…dengan disengajakan dan bknlah tanpa disedari

  12. hollow says:

    kita tak yah laa gaduh2 kat sini, kita patut bersatu BAN TV3, ramai2 jgn tgk TV3… senang habis cerita.

    Ni persoalan personal aku la pasal iklan ni dari perspektif seni aku yg cetek ni.

    1. Apa kena mengena beca terbang dgn hari raya?
    2. Majoriti rakyat Malaysia pada hari raya balik kampung, ni tunjuk kat KL
    3. Kalau betul 1 Malaysia, mana bangsa cina? mana bangsa India?
    4. bukan ke bunga raya bunga kebangsaan kita ke?
    5. Kenapa nak melawat menara, bukan hari raya kita selalu melawat kubur ke?

    Tv3 memang tak best!

  13. hanmie7227 says:

    terima kasih sangat2 kepada yang membuat penganalisaan ini~
    kalo takder ni, memang saya tak tahu sangat2
    terima kasih~

  14. pemerhati says:

    yess hollow….u r right!!!!!…..kalo nk kata ia kosep 1 malaysia…mmg jauh skali…..thanx for ur analysis..

  15. Anonymous says:

    iklan nie mmg mengarut… aku admit…
    tp intepretation die lg ngarut… hahaha..
    come on lah wey.. illuminati lah,, freemason lah..

  16. humble says:

    haissshhhh!!.. sensitif btul korg ni… ktorg kaum len xde pun nak fikir bukan2.. klu dh raya tetap raya jugak k.. its not christmas, chinese new yr or deepavali…..hashh!

    klu smua fkir mcm ni mmg is not 1 malaysia lh.. sensitif btul…. dorg wat benda ni sgt ikhlas nk ucap hari raya.. ktorg kaum lain phm2 jgk la….xde tersentuh pun

  17. thinker says:

    Yang aku x pahm tentang iklan ni..apa kene mengene sume yg ditujukan dgn hari raya?
    Pastu kalau iklan ni bagus seperti ada yg menyokong kenapa nak kene bann plak?kenapa x di teruskan kalau betul & kene konsep nye?

  18. Anonymous says:

    Ya Allah, Engkau hindarlah kami dari kesesatan…
    Aminnnn…
    To all..janganLa terlampau berlebih2x post 2 ek..t ada yg tErasa..pEace no waarr..hehe

    Selamat Hari Raya tuk sEmua….

  19. Nurul Ain says:

    Ya Allah, Engkau hindarlah kami dari kesesatan…
    Aminnnn…
    To all..janganLa terlampau berlebih2x post 2 ek..t ada yg tErasa..pEace no waarr..hehe

    Selamat Hari Raya tuk sEmua….

  20. Anonymous says:

    BOOOO .TV3 !tu lahh berat sebelah lagi..ikut sangat ngan umno tu smpai jadi buta hati!!

  21. Gadis cuci says:

    Hi, Iklan nie 1 malaysia lah….ada krismas, deepavali & CNY……camne nk teruskan iklan nie coz penduduk malaysia blom tayang pun dh sensitif…..korang ada tgk karya Yasmin Ahmad? Kalo korang penah tgk korang boleh pikir…..coz Yasmin Ahmad Idea Mmg 1 Malaysia

  22. ariff says:

    as salam… kalau nak buat 1malaysia pun.. biar la berakal sikit.. tau la kreatif tp takkan la sampai mcm tu sekali??
    ni dah mcm 1agama je… iklan “burung apa” tu lg bagus la dari iklan ni…

  23. bbro90 says:

    open sikit minda dan berbuka hati lah, dont be racis and don’t be too ‘teliti’ to find mistake cause if u do, its obvious that u r trying to touch the sensitive issues that will lead to failure of terms 1 Malaysia .

  24. Anonymous says:

    r444444444444444444

  25. Anonymous says:

    W>
    “?8erikorfrfiorfiskl

  26. chaosbozack says:

    siapa bah yang kasih ilham iklan begini nie kasi kasih rasa konon “free bulb jimat tenaga” sebelah mata kanan dia.

  27. Waris Hang Jebat says:

    Assalamualaikum…

    Hmm… Bagus lah iklan tu dah kena ban.. raya tetap raya.. betul kita kena jaga keharmornian Malaysia.. Jadi lepas nie kena lah lebih matang dalam melaksanakan sesuatu..

    Huraian pun bagus.. tahniah membongkar disebalik penyampaian iklan tu.. apa pun pihak yang berkenaan dah mohon maaf..jadi kita sebagai muslim .. berikanlah kemaafan.. itu yang dianjurkan Islam…

    Moga lepas pada ini tak akan berlaku lagi pekara sebegini.. Amin

  28. yana says:

    x caya lah research ni..tapi bab mcm krismas tu mmg btul la..mmg banned trus iklan ni..
    x kan dorg x berbincang nak wat iklan ni?kalu berbincang,x kan dorg x perasan langsung?

  29. chomel says:

    1st impression tengok ad. ni dah rasa pelik…lari jauh dari akidah umat islam…..siapa director dia????
    dah tentu bukan islam….

  30. apa nak jadi dgn nie kerana duit semua tergadai insaflah cikit klau nak buat satu benda tue
    pikir dulu jgn tau nak buat ja
    ingat cikit
    majoriti semua orang islam dalam perlembaggan pon agama rasmi agama Islam
    kena tahu adab cikit
    nie yg nak marah nih
    hati nie dah berapi dah nie
    ingatlah jangan kerana dit semua tergadai

  31. apa nak jadi dgn nie kerana duit semua tergadai insaflah cikit klau nak buat satu benda tue
    pikir dulu jgn tau nak buat ja
    ingat cikit
    majoriti semua orang islam dalam perlembaggan pon agama rasmi agama Islam
    kena tahu adab cikit
    nie yg nak marah nih
    hati nie dah berapi dah nie
    ingatlah jangan kerana duit semua tergadai

  32. anonymous90 says:

    bodoh nyaaa tv3..
    nk mrosakkan org melayu ka apa??
    astarghfirullahhalazim..

  33. anonymous90 says:

    sapa la director yg bodoh sgt tuu..
    mai sini nak tmpaq..
    bengab !

  34. masa 1st time aku tgk iklan ni kat tv3, aku dh rasa iklan ni sgt mengarut..lepastu iklan ni kne kutuk..mmg patut pon..eee hampeh la dorg ni…aku lg suke iklan takde 3d ke, takde grafik hebat2 ke drpd iklan merosak akidah cmni..

  35. Anonymous says:

    rosak2… Dh buat silap minta maaf plak… Senang je… Xkan xde tapisan film… Pelik2…

  36. paen says:

    tu die..bangse malaysia yg berbalah antare 1 same lain~~

  37. srikandi says:

    isy..isy…x sangke yer…
    byk btl mkne tersirat…
    x terpk pon…
    just tekezut nengok yg kete krismas tu jer..
    hingat kongsi raye ke haper…
    mentg2 la slogan 1 m’sia..agame pon nk disatu2 gak ker???

  38. lyssaMELISA says:

    mula2 tengok g ak da musykil tang beca tuh…
    huhuhh…
    plus, lagu dye pon da ckup mnggerunkan ak~~~~~~~~~

  39. Anonymous says:

    saya ingin ‘menegur kpd tv3 supaya kembalilah ke jalan yg benar.insafilah diri sebelum ajal menjemput.

  40. lobai says:

    haha. moron. 1 malaysia doesn’t mean 1religion lah. r u free-thinker???

  41. narnia says:

    saya rase iklan ni x patut ade atau keluarr iklan…iklan ni memang mengarut..saje je nak kotorkan 1 malaysia

  42. aisyeeteru9190 says:

    aalaa… nie iklan smgt 1 msia..hehe….
    knp nak kecoh sgt…
    nie boleh mnybabkan perpecahan kaum berlaku…huhu…

  43. Pakcik Beca says:

    Lawak la baca komen2 dalam ni. Semua macam hebat. Org yg ulas iklan ni.. takyah la lebih2 sgt bro. Ya, mmg iklan tu x sesuai tp sampai burung, lampu, tingkap pon ada kontroversi.. Ishh.. tu lebih2 sangat. Bila gebang, tu salah, ni salah.. tetiba bagi plak link FB, suggest boikot kat FB.. FB tu dh tentu2 founder dia yahudi. Wahh.. bila benda best, sokong.. tak kira yahudi atau tak. Jangan nak poyo la.. semua macam power Illuminati, korang tau ke Illuminati ni apa? Illuminati ni wujud sebab nak MELAWAN kuasa Church masa dulu. Religion vs Science. Orang melayu memang suka melatah. Lawak la.

  44. ntah says:

    erm… iklan ni mulenye cam nak buat ala2 krismas je kan…

    tapi tibe2 ade lak analisis camni sekali…

    maybe dorang tak sengaja…

    iklan ni cantik

    silap kat situ je

    cume sedikit teguran yang kata time raya tu selalunya lawat kubur, tu bukan dah macam ajaran buddha ke?

    kalau islam, kita ingat la… hari raya hari untuk bergembira… lawat kubur tu anytime boleh tapi jangan la taksub sangat kata kalau tak lawat kubur time raya tu berdosa ke ape…

    hehe

  45. syira87 says:

    iklan mengarut..boleh merosakkan akidah umat islam..xyahla bela iklan macam ni..dah macam bukan agama islam dah kat iklan ni…masalahnya konsep 1 malaysia tu boleh jgn melibatkan agama plak..hari raya bukan ke untuk umat islam? nape nak letak krismas, buddha sekali…

  46. assalamualaikum..
    maaf kalau komen ni mungkin mnyebabkan hati yg terasa…sy bkn lah insan yg arif psl bab agama ni tp hrp sy bkn terlalu jahil tuk menerima bhwasanya iklan tu mmg ade unsur2 yg blh merosakkan akidah kita…
    sebelum ni, dlm anugerah juara lagu pn, dh d beritahu kaitan ttg ni…bg yg berfikiran liberal 0r free thinker, mesti anggap ap yg didedahkan tu, tak masuk akal/beremosi/berlebih-lebih/lawak/tak logik dll..tp sebenarnya, kalu kita mengikuti kelas2 agama, ceramah dan sbg nya…org kafir ade cra tersndiri dan tersembunyi utk merosakkan akidah umt islam khususnya yg liberal n free thinker…dorang xkan nk terang mksud/motif d sebalik iklan or apa sj yg dibuat..tp kita sbg umat islam yg ade akal blh mengkaji/berfikir/menilai ttg mksud d sebaliknya…tmbah kalu perkara2 tu blh merosakkan lg mnyesatkan akidah…sy cdg kn agr same2 melihat THE ARRIVAl supaya kita lbh phm dan terima knyataan bhw ada agenda tersembunyi d sebalik hiburan yg dipaparkan…jgn kita sesatkan akidah dgn menerima semua kemodenan,hiburan yg d bawa msuk tnpa mengkaji asal usulnya…wslm

  47. zs's says:

    sometime,
    saye rase manusie telampau byk berfikir sampaikan bende yg dipaparkan di media dipersalahkan,
    pada pandangan saya, iklan ini sebenarnya memaparkan ttg 1 malaysia
    tidak semestinya menggantung sangkar diluar rumah bermaksod
    org islam terpenjara dan sbgnya,
    bukankah itu hobi org melayu
    lbh2 lg penduduk kg
    semua perkara yg diadakan di dunia tak semestinya berdasarkan unsur iluminati

    jgn berfikir terlampau jaoh
    dan ckp direktor iklan sengaja buat iklan mcm ni
    mungkin motif mereka lain
    tapi penerimaan org lain
    dan tros dicop negatif

    saya baru berumur 18, tp saye kne berfikir secara rasional
    bkn semua bende dlm dunia ini buruk

    -Harap Maaf-

  48. Nana says:

    I tgk dah iklan tu. I ketawa. Plz la….Malaysia is a multiracial country. Multicultural. Salah ke kalau iklan dia org buat memaparkan unsur2 keharmonian di negara kita. Duk kutuk kata ada undur syaitan la apa la, pernah ke duduk luar Malaysia? pernah ke merasa perang saudara? Pernah ke?
    Sebelum mengutuk, periksa dulu la, memang betul kalau mereka ada buat salah, tapi rasa nya tak der la motif nak menyesatkan umat Islam. Kalau tak caya tgk jer kat Bukit Bintang budak2 duk melepak, tak ingat sembahyang, minum arak, pakai seksi tu semua gara2 otak diaorang tak dibimbing betul oleh ibu bapa yang terlalu sibuk nak monitor aktiviti anak2 mereka.
    maybe Tv3 nak buat iklan kreatif, bagi la ayat peransang, bukan mengutuk sampai masuk bab agama. Sensitif. Ingat Islam jer ke agama kat Malaysia ni?
    Tolong la, jangan jadi macam Thailand, Indonesia, kerana agama, perang sesama manusia. Rasanya takder agama dlm dunia ini nak kita berbunuhan sesama sendiri.
    Kepada mereka yang pandai2 buat andaian freemason la, bintang apa la, unsur2 ni la, u baca banyak sangat Mastika kot? Mungkin apa yang mereka cuba paparkan adalah keserasian perayaan, mcm la iklan petronas dulu masa raya and deepavali jatuh time sama.
    Sepatutnya kita saling memahami, menerima bukan bersindiran. Kalau dah perang nanti , baru ingat Tuhan.

  49. lin says:

    tv3 rasa bersalah sebab tu tarik balik iklan tu, takut masuk neraka.. hahaha nampak sgt la bersalah.. berhati2lah sedaraku sesama islam jgn kita terjerumus keneraka dgn pekara2 sebegini… dah byk org kafir cuba menyesatkan kita, antaranya kalimah allah dikasut.. so hati2 lah.. vote syurga insyaalah kekal abadi..

Leave a Reply