Info Semasa, kagum, menarik, Video, Viral

Imam Gaya Bob Marley Yang Viral Baru-Baru ini Rupanya Seorang Pelakon Dalam Filem Terkenal!

Baru-baru ini satu video dengan durasi 2 minit 36 saat menjadi viral dalam kalangan netizen menunjukkan seorang lelaki sedang mengimamkan solat. Video ini mendapat jumlah view hampir 10 juta kali!

Dalam video tersebut, seorang lelaki dengan gaya raggae Bob Marley dilihat sedang menjadi imam ketika sedang mengerjakan solat. Yang menarik perhatian orang ramai, suara merdu beliau dalam tarannum mendayu-dayu dan sungguh merdu walaupun rupa luaran dan personaliti beliau adalah jauh berbeza daripada seorang yang beriman.

Dalam video tersebut, anda boleh dengar alunan ayat suci al-Quran dilaungkan dengan merdunya oleh beliau. Lelaki ini adalah Cupink Topan atau nama sebenarnya, Sofyan Alop.

Tanpa diketahui ramai, Cupink sebenarnya ialah seorang pelakon aksi yang popular di Indonesia!

Lelaki ini dilahirkan di Tidore, Maluku Utara dan pernah membintangi filem aksi yang terkenal dan menempah nama di persada dunia seperti The Raid: Redemption yang ditayangkan pada tahun 2011 yang lalu!

Dalam filem tersebut, Cupink membawa watak sampingan sebagai salah seorang ahli kumpulan Machete Gang (Geng Parang) yang melawan watak polis yang dibawa oleh Iko Uwais (Rama). Selain daripada Cupink, antara pelakon Machete Gang yang lain adalah Alfridus Godfred, Rully Santoso, Melkias Ronald Torobi dan Johanes Tuname.

Cupink dikatakan diterima oleh pihak produksi untuk memainkan watak tersebut kerana penampilannya yang dikatakan selekeh dan nampak tidak terurus. Namun begitu, dalam rupa dan personaliti beliau yang tercompang-camping tersebut, rupanya merupakan seorang yang menjaga imannya dan mempunyai suara merdu dalam melafazkan ayat-ayat suci al-Quran.

Leave a Reply