Indonesia Terima 1,331 Kes Terbaru COVID-19 Dalam Masa 24 Jam

indonesia

Indonesia menjadi negara Asia paling teruk terjejas dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini. Kes positif yang diterima semakin menampakkan peningkatan apabila angka keseluruhan kes sudah melepasi 42,000 semalam. Berdasarkan data yang diterima semalam, 1,331 kes baru direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia iaitu Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sebanyak 63 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini berjumlah 2,339 orang.

Penambahan kes terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang diterima setakat ini adalah 42,762 manakala 17,923 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.

Indonesia belum ‘mengganas’

Pakar virologi daripada Universiti Udayana iaitu Ngurah Mahardika, Indonesia mendakwa virus COVID-19 di negara itu belum bermutasi dan ‘mengganas’. Menurutnya, tanda mutasi virus itu di Indonesia masih tidak nampak.

Advertisement

indonesia

Data bagi meneliti virus itu agak terhad dan berdasarkan penelitian sementara dengan data yang ada, namun virus coronavirus di Indonesia tidak jauh berbeza daripada negara lain.

Menurutnya, wabak coronavirus di Indonesia memang sedikit berbeza daripada virus yang pertama muncul di luar China. Keadaannya sama dengan virus di negara lain tetapi fungsinya belum ‘mengganas’ setakat ini.

Pada masa yang sama, Ngurah berharap virus COVID-19 di Indonesia tidak akan mengalami banyak mutasi. Ini adalah kerana untuk mencegah mutasi ini, kuncinya adalah menghalang penyebaran kerana virus ini memiliki peluang untuk bermutasi ketika berada di tubuh manusia.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber: (1), (2)

Comments

comments