Gadget, Info Semasa, Kreatif, menarik, Teknologi, Video

[Info] Milbox Touch : Goggle Kotak Realiti Maya Pertama Yang Dilengkapi Fungsi Pengawal (Video)

Mungkin ramai di antara kita di Malaysia masih asing lagi dengan permainan realiti maya (virtual reality). Permainan reality maya yang terkenal berada di pasaran ketika ini adalah sebuah goggle kotak keluaran Google di mana pemain dapat mengalami perasaan berada di ruang 3D dengan hanya melihat di dalam kotak goggle tersebut.

Namun baru-baru ini sebuah goggle kotak realiti maya yang di beri nama “Milbox Touch” telah menggemparkan ramai. Ini kerana goggle kotak ini dilengkapi dengan “Touch Interface Module” di mana pemain bukan sahaja dapat mengalami perasaan bearada di ruang 3D, malah dapat juga mengawal pergerakan di dalamnya.

Teknologi yang diperkenalkan telah berjaya membuatkan mereka memenangi beberapa anugerah di dalam bidang teknologi dan terpilih sebagai salah satu finalist Interactive Innovation Awards bagi kategori VR&AR (Virtual Reality & Augmented Reality). Kotak bersaiz 86X108X150mm dan seberat 85g ini jual dengan harga 2700 Yen (RM100) dan cuma 5 minit sahaja diperlukan untuk proses pemasangannya.

Setakat ini hanya terdapat 5 jenis aplikasi sahaja yang dapat berinteraksi menggunakan goggle kotak ini di pasaran. Salah satu aplikasi itu adalah “Pacman“, permainan yang terkenal ketika zaman 90-an. Bagi mereka yang ingin mendapatkan alat ini, pembelian dapat di buat laman web Milbox Touch sendiri.

Leave a Reply