Gadget, Info Semasa, Mainan, menarik, Teknologi, Video

[Info] Saksofon Baru Keluaran Yamaha Yang Seringan Seruling (Video)

YAMAHA… Apabila anda dengar akan perkataan ini, admin yakin ramai di antara kita yang akan terlintas di dalam kepala akan kenderaan jenis motosikal. Tetapi kali ini YAMAHA yang admin ingin perkenalkan adalah YAMAHA INSTRUMENT iaitu sebuah syarikat pengeluar alat muzik Jepun yang terkenal di serata dunia.

Baru-baru ini Yamaha Instrument ini telah menggemparkan peminat alat-alat muzik seluruh dunia dengan produk baru keluaran mereka yang diberi nama VENOVA. Apa yang gempak sangat dengan produk ini? VENOVA ini adalah sejenis alat muzik saksofon yang berbentuk seruling. Saiznya VENOVA yang kecil ini diperbuat daripada plastik ABS dan beratnya hanyalah 180g.

Oleh kerana alat ini diperbuat daripada plastik ABS, VENOVA dapat dibersihkan dengan hanya menggunakan air. Bentuknya yang kompak ini juga telah menarik banyak perhatian penggemar alat muzik kerana mudah untuk dibawa kemana-mana. Harga jualannya bagi sebuah VENOVA ini masih tidak dikeluarkan, namun daripada bentuk dan bahan yang digunakan, ramai yang menjangkakan harga jualannya adalah murah jika dibandingkan dengan saksofon yang berada dipasaran.

Bagi penggemar muzik di luar sana, mungkin ini satu info yang sangat di tunggu-tunggu oleh anda semua.

Leave a Reply