Automotive, Bike, Design, Info Semasa, Kreatif, menarik, Teknologi, Video

[Info] Skuter Elektrik Lipat “Airwheel Z5” Yang Hanya Seberat 13 Kg (Video)

Sebuah skuter elektrik lipat keluaran “Campfire” akan memulakan jualannya pada 9 Ogos 2017. Walaupun belum berada di pasaran, skuter yang diberi nama “Airwheel Z5” ini telah mendapat banyak perhatian dari penduduk dan media di sana. Ini kerana skuter ini bukan sahaja boleh dilipat, ia juga mempunyai keberatan yang jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan skuter-skuter lain yang berada di pasaran.

Berat bagi skuter ini hanyalah sebanyak 13kg, dan dijanakan dengan bateri lithium ion keluaran LG. Bateri yang dicas penuh dalam masa 2 jam ini dapat menggerakkan skuter ini sejauh 20km di atas jalan yang rata. Jauh perjalanan skuter ini juga bergantung kepada kondisi jalan yang dilalui dan berat pemandunya itu sendiri.

Saiz skuter yang dilipat ini hanyalah sebesar 85cm X 20cm X 40cm dan hanya selama lebih kurang 15 saat sahaja diperlukan bagi melipatnya. Skuter ini juga dilengkapkan dengan cermin belakang (back mirror) bagi tujuan pengesahan keselamatan. Di Jepun, lesen pemanduan diperlukan bagi memandu kenderaan ini.

Leave a Reply