Tips

Ini 10 Petua Bersihkan Kerang Dan Hilangkan Kotoran Pada Bahagian Cengkerang. Mudahnya!

Siapa suka makan kerang? Saya sangat-sangat suka makan kerang. Kerang yang dijual warnanya gelap. Nak masak perlu bersihkan sampai putih berseri kan.

Sebelum ni saya gaul-gaul ramas-ramas gitu banyak kali, buang airnye, ramas lagi dan lagi pastu terus rebus. Rupa-rupanya ada petua cara mudah untuk bersihkan kerang.

Cara 1: Batang serai

Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih. Kalau ada serai la kan.

Cara 2: Pelepah pisang

Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya.

Cara 3: Daun ubi

Gaul dengan daun ubi. Ramas-ramaskan, bersih jugak.

Cara 4: Daun betik

Guna daun betik pun boleh putih bersih.

Cara 5: Hampas kelapa

Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih. Ni kalau ada kelapa la kan. Kat rumah ni saya guna santan je untuk memasak.

Cara 6: Bawang putih

Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh.

Cara 7: Air beras

Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang.

Cara 8: Asam keping

Rendam asam keping pon boleh, dalam setengah jam gitu, putih bersih kerang.

Cara 9: Garam

Rendam kerang guna garam.

Cara 10: Serbuk kunyit

Rendam kerang dalam semangkuk air yang dah masukkan serbuk kunyit. Rendam selama 16 minit.
Cara ni paling best. Saya guna cara ni je.

Kredit : Shida Rahman

Leave a Reply