Info Semasa

ISI KANDUNGAN BUDGET 2013

Bagi yang tidak sempat mengikuti belanjawan 2013 di sini kami di Amazingnara.com ingin berkongsi intipati belanjawan yang dibaca oleh Dato Sri Najib pada petang tadi.


Fokus 1: Mengarang Aktiviti Pelaburan
PELAKSANAAN 12 NKEA | BUDGET 2013
1.Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:
– Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi serta pengeluaran padi berskala besar;
-Pengindahan Sungai Klang (River of Life); dan
-Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan
MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK  | BUDGET 2013
2.Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, RM1 bilion – MIDA
3.Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan
MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA  | BUDGET 2013
4. Pembangunan PKS
-Skim Pembangunan PKS – RM1 Bilion (SME Bank)
– Pelan Induk PKS (2012-­?2020) – RM 30 juta bagi tahun 2013
-Dana Industri Halal – RM200 juta bagi pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal
5. Penjaja dan peniaga kecil
-Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil (perlindungan maksimum sehingga 5,000 ringgit)
-Kemudahan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil (RM25,000 bagi licensee dan RM500,000 kepada licensor)
SEKTOR PELANCONGAN  | BUDGET 2013
6. Merancak Sektor Pelancongan
– Program Tahun Melawat Malaysia 2013 / 2014 dengan sasaran 26.8 juta pelancong
– Pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang
mengendalikan 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan
HAB DAGANGAN MINYAK DAN GAS  | BUDGET 2013
7. Insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum:
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 10 tahun
-Pengecualian cukai pegangan
-Pengecualian duti setem
8. Projek pelaburan minyak dan gas:
-Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid)
-Terminal minyak dan gas – Johor dan Sipitang, Sabah
– Loji Regasifikasi di Melaka
9.Insentif cukai ke atas Program Global Incentive for Trading (GIFT) sebagai menjadikan Malaysia Hab dagangan komoditi antarabangsa :
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 3 tahun pertama operasi syarikat dagangan LNG
-Memperluas dagangan komoditi di bawah program GIFT seperti pertanian, bahan mentah bertapis, logam asas dan kimia.
PENEKANAN KEPADA SEKTOR PERTANIAN  | BUDGET 2013
10. Mencergas sektor pertanian & perladangan
-Pembangunan program pertanian melalui aplikasi teknologi terkini – RM 30 juta
-Meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan – RM75 juta
– Program penanaman semula pokok kelapa sawit – RM432 juta
– Pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi – RM127 juta
– Memperkasa Projek Azam Tani – RM 41 juta (manfaat hampir 6,700 peserta)
11. Menambah 4 kawasan jelapang padi baru – keluasan 19 ribu hektar
-Kota Belud, Batang Lupar, Rompin & Pekan
– Jangkaan menghasilkan 104 ribu tan metrik & penyertaan 12,237 pesawah
INSENTIF UNTUK NELAYAN  | BUDGET 2013
12. Elaun bantuan sara hidup RM 200 sebulan – manfaat 55 ribu nelayan
13. Insentif 10 hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan
14. Skim perlindungan insurans nelayan – perlindungan hingga RM100,000
MENINGKAT AKTIVITI PERTANIAN  | BUDGET 2013
15. Penerusan subsidi dan insentif pertanian – RM2.4 bilion
– Pemberian Subsidi Harga Padi -­? 480 juta ringgit
– Pemberian Subsidi Baja Padi -­? 465 juta ringgit
– Insentif Peningkatan Hasil Padi -­? 80 juta ringgit
– Insentif Pengeluaran Padi -­? 563 juta ringgit
– Subsidi Harga Beras -­? 528 juta ringgit
– Subsidi Benih Padi Sah -­? 85 juta ringgit
16. Skim Perlindungan Takaful Pertanian
– Jumlah pampasan sehingga RM13,000
– Manfaat kepada 172 ribu pesawah
MENCERGASKAN PASARAN MODAL DAN KEWANGAN  | BUDGET 2013
17. Pasaran Modal
– Menerajui terbitan sukuk – RM171 bil. @ 71% drpd jumlah terbitan sukuk global
-Terbitan sukuk tunggal terbesar dunia dengan nilaian RM30.6 bil. – PLUS Berhad
-Penubuhan Pusat Promosi Pasaran Modal di Suruhanjaya Sekuriti
-Program Graduate Representative – melatih 1,000 graduan dalam pasaran modal
18. Tawaran Awam Awal (IPO)
-Terbitan dua daripada tiga IPO terbesar di dunia – FELDA Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) dan IHH Healthcare Berhad (RM6.3 bilion)
19. Pasaran Bon dan Sukuk
– Rangka kerja terbitan bon dan sukuk runcit – Suruhanjaya Sekuriti
– Pegangan bon dan sukuk runcit oleh individu
– Potongan cukai dua kali bagi menerbitkan bon dan sukuk runcit
– Pengecualian duti setem ke atas surat cara dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
– Potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun bagi terbitan AgroSukuk
MENGGALAKKAN AMANAH PERNIAGAAN  | BUDGET 2013
20. Pengendalian perniagaan melalui Amanah Perniagaan
-Layanan cukai sama seperti syarikat
-Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta tanah
21. Tambahan peruntukan modal Danajamin -­? RM400 juta; 2 tahun
-Merancak penerbitan bon dan sukuk oleh syarikat
22. Penubuhan Yayasan Pasaran Modal -­? RM 100 juta
– Pembangunan modal insan bagi industri sekuriti
23. Tun Razak Exchange (TRX)
– TRX dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan menawakan 40 ribu peluang pekerjaan
– Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX)
– Pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee
– Pengecualian cukai bagi pemaju hartanah
24. Pembangunan Wakaf Korporat
-Merangka Pelan Induk Wakaf Korporat – JAWHAR bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri
PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA  | BUDGET 2013
25. Projek MRT -­? sebanyak RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera
26. Penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera, SME Bank -­? RM 1 bilion
27. Galakan insentif bagi syarikat Bumiputera di bawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)
-Melanjutkan tempoh kemudahan Skim sehingga 31 Disember 2013
-Memperluas kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)
-Meningkatkan kelayakan pemegang syarikat sehingga RM20 juta
28. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil & sederhana
-Peruntukan 2013: RM350 juta , termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India
Fokus 2: Memperkasa Pendidikan & Latihan
MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN  | BUDGET 2013
29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 -­? 2025
– Peruntukan sektor pendidikan -­? RM38.7 bil. @ 15% dari keseluruhan peruntukan
– Peningkatan kemahiran guru (subjek: Bahasa Kebangsaan, BI, Matematik & Sains)
– Mewujudkan Unit Pelaksanaan Pendidikan (EDU)
30. Pembangunan Sektor Pendidikan
-Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah(RM1 Bilion)
31. Memperkukuh Peranan Taska Dan Prasekolah
-Pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN – RM1.2 bilion
– Geran pelancaran (RM10,000) kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak?kanak swasta
– Potongan cukai dua kali ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pusat jagaan kanak?kanak
– Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 % setahun diberi kepada pengusaha Taska, pusat jagaan kanak?kanak dan prasekolah swasta
32. Projek perintis bagi melaksanakan TASKA OKU – 6 kategori OKU
-OKU down syndrome, autisme, OKU penglihatan, OKU pekak dan bisu, OKU fizikal dan OKU masalah pembelajaran
LATIHAN & KEMAHIRAN  | BUDGET 2013
33. Peruntukan dalam latihan teknikal dan vokasional – RM3.7 bilion
– Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran – RM440 juta
– Peralatan ILP & IKBN – RM366 juta
– Program latihan berstrategik tinggi – melatih 5,000 orang
– Program RAPID di Pengerang – melatih 300 belia dalam bidang minyak & gas
– Program latihan kemahiran dibawah ILP & skim SLDN -­? melatih 3,200 pelajar India
34. Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) – memperkukuh kebolehpasaran graduan & bidang kerjaya
35. Skim Latihan 1M’sia – potongan cukai 2 kali ke atas perbelanjaan syarikat
36. Pemeriksaan percuma sebanyak 2 kali kepada 1.4 juta ahli PERKESO
Fokus 3: Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti
MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA  | BUDGET 2013
37. Pembangunan PKS
-Harta intelek dijadikan cagaran untuk peroleh pembiayaan
-Penyediaan Dana Pembiayaan Harta Intelek -­? RM200 juta (Kerajaan menanggung 2% kadar faedah dan CGC menjamin 50%)
-Program latihan penilai harta intelek – RM19 juta
MEMPERGIAT AKTIVITI R&D  | BUDGET 2013
38. Peruntukan R&D kepada 5 Universiti Penyelidikan – RM600 juta
– Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi
– Bidang strategik: nano teknologi, automatif, bio-teknologi & aero-angkasa
39. Insentif cukai kepada syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti R&D
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan
-Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatan
40. Mengarusperdanakan program kreativiti dan inovasi
-Program Inovasi Inklusif – kerjasama agensi Kerajaan & NGO
PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU  | BUDGET 2013
41. Menambahbaik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
-Tambahan peruntukan bagi SPTH RM2 bilion
-Pelanjutan tempoh permohonan sehingga 31 Disember 2015
Fokus 4: Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam
PENGUKUHAN KONSOLIDASI FISKAL  | BUDGET 2013
42. Memastikan defisit fiskal terus berkurangan dan mencapai bajet berimbang – 3% menjelang 2015
43. Memperkukuh sistem percukaian negara
-Peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih menyeluruh serta saksama
44. Perolehan Kerajaan dan pembelian berdasarkan prinsip value for money
MENGUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM  | BUDGET 2013
45. Meningkat kecekapan Perkhidmatan Awam
-Penekanan kepada amalan kerja secara cepat, tepat dan berintegriti
-Perkhidmatan yang lebih efisyen, efektif dan responsif
46. Pesara Kerajaan
-Menyelaras mininum pencen yang berkhidmat sekurang­kurangnya 25 tahun: daripada RM720 kepada RM820
-Manfaat kepada 50,371 pesara (termasuk penerima pencen terbitan)
47. Warga Emas
– Diskaun 50% bayaran pemprosesan pasport (tempoh 5 tahun:RM300 ke RM150 dan tempoh 2 tahun:RM100 ke RM80)
-Berkuatkuasa Januari 2013
48. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan ATM
– Menambah baik kelayakan masuk (Ijazah – pegawai; Diploma – askar Laskar)
– Kenaikan pangkat secara time-based (8 tahun: Prebet ke Lans Koperal & Lans Koperal ke Koperal)
– Bayaran insentif khas RM200 sebulan (manfaat: 125,708 anggota ATM)
– Menaikkan elaun khidmat tugas anggota Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut & Udara (dari RM4.00 sejam ~ RM7.80 sejam)
49. Pesara Tentera tidak Berpencen (berkhidmat kurang 21 tahun)
– Bantuan tunai one-off, RM1,000 – manfaat 224 ribu bekas tentera
INSURANS BERKELOMPOK TENTERA DAN POLIS  | BUDGET 2013
50. Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota Tentera & Polis
– Had perlindungan maksimum: RM15,000
– Manfaat kepada hampir 242,000 anggota
PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM  | BUDGET 2013
51. Bahagian Pinjaman Perumahan (MOF) akan disusun semula
-Bank komersial sebagai panel bak yang menguruskan pinjaman
-Manfaat dan bantuan sedia ada kekal (kadar peratus 4%)
52. Wang proses permohonan pinjaman perumahan
– Mengurangkan caj wang proses (dari RM1 setiap RM1,000 pinjaman kepada RM100 falt rate)
PELATIH PRA PERKHIDMATAN  | BUDGET 2013
53. Pelarasan elaun Pra­Perkhidmatan
– Menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan
– Manfaat kepada 13 skim dengan anggaran 31,135 pelatih
Fokus 5: Mensejahterakan Rakyat
INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA – PFI 2  | BUDGET 2013
54. Menyediakan peruntukan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat.
MENGURANGKAN KADAR JENAYAH  | BUDGET 2013
55. Inisiatif mengurangkan kelakuan jenayah
-Tambahan perjawatan baru polis
-Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal – rondaan 1,000 motosikal di kawasan perumahan
-Tambahan 10,000 bilangan ahli Pasukan Sukarelwan Polis
– Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
56. Penglibatan pihak swasta dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat dan aman
-Aktiviti rondaan di kawasan kejiranan – geran RM10,000 kepada persatuan penduduk
-Mempertingkat peranan rukun tetangga (KRT) – 6,500 KRT menjelang 2013
-Penyediaan pakaian seragam kepada hampir 300,000 anggota RELA aktif
-Galakan Elaun Modal Dipercepatkan kepada syarikat yang membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan
MENAMBAHBAIK LALUAN KERJAYA WARGA PDRM  | BUDGET 2013
57. Kajian secara komprehensif sedang dijalankan oleh pihak JPA
MENAMBAHBAIK SPRM  | BUDGET 2013
58. Tambahan 150 perjawatan sehingga 5,000 anggota
59. Memperbaiki kedudukan Kerajaan dalam Indeks Persepsi Rasuah
YAYASAN BANTUAN GUAMAN  | BUDGET 2013
60. Tambahan peruntukan RM20 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman
MEMACU TRANSFORMASI KOMUNITI  | BUDGET 2013
61. Penubuhan National Strategic Coordination Unit
– merancang dan menyelaras program menyeluruh UTP dan RTP
62. Perluasan 6 UTC di seluruh negara
– Alor Star, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu & Kuching
– Menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan & swasta dalam 1 bangunan
63. Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara
– Melaka, Johor, Pahang, Sabah & Sarawak
– Menyediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di 1 pusat integrasi
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN MASYARAKAT ORANG ASLI  | BUDGET 2013
 64. Projek pembangunan infrastruktur luar bandar
-Bina 441 km jalan luar bandar & jalan perhubungan desa – manfaat 220,000 penduduk
-Projek bekalan air – manfaat 24,000 rumah
-Projek penyambungan bekalan elektrik – manfaat 19,000 rumah
-Program Desa Lestari – melibatkan 29 kampung dan manfaat 38,000 penduduk
-Program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli – RM88 juta
-Membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak
KESIHATAN ASAS KESEJAHTERAAN  | BUDGET 2013
 65. Projek pembangunan perkhidmatan kesihatan
-Peruntukan RM19.3 bilion bagi perkhidmatan kesihatan
-Membaik pulih 350 buah klinik Kerajaan – peruntukan RM100 juta
-Tambahan 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan seluruh negara
66. Klinik 1Malaysia
– Tambahan 70 Klinik Rakyat 1Malaysia (keseluruhan 240 klinik di seluruh negara)
– Menyediakan perkhidmatan ujian darah, ujian kolesterol & glukosa serta ujian urin
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT  | BUDGET 2013
 67. Program pembangunan wanita dan masyarakat
– Program Pengarah Wanita ? melatih 500 wanita sebagai Ahli Lembaga Syarikat
– Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I?KIT)
-Program Get Malaysian Business Online (GMBO) – geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan kecil untuk membangunkan website
-Pemeriksaan percuma ujian Mamogram – manfaat 100 ribu wanita
– Program KAR1SMA – manfaat RM1.2 bilion
-Program 1AZAM – manfaat 58,330 peserta
68. Tambahan 6 Anjung Singgah dan 5 Anjung Kasih di seluruh Negara
BELIA DAN SUKAN  | BUDGET 2013
 69. Program pembangunan Atlet dan Sukan
– Penyediaan atlet ke kejohanan sukan antarabangsa – Sukan SEA, Sukan Para ASEAN, Sukan Komanwel dan program Road to Rio
– Pembinaan Akademi Badminton di Bukit Kiara
– Pembinaan kompleks Velodrom tertutup di Seremban
70. Program pembangunan belia
– Program Y-Creative – penglibatan persatuan belia seluruh negara
– Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) – usahawan muda menceburi bidang ICT
– Penubuhan Young Enterpreneur Fund – pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)
– Program 1M4U – menggalakkan aktiviti sukarelawan belia
71. Rebat RM200 kepada belia 21?30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G – manfaat 1.5 juta pengguna
GOLONGAN SENIMAN & KARYAWAN  | BUDGET 2013
 72. Bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan berdaftar
MEMPERLUAS JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM BANDAR  | BUDGET 2013
73. Penubuhan perkhidmatan bas RapidKuantan pada 1 Disember 2012
74. Diskaun 50% kadar tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan – RM3,000
PERUMAHAN UNTUK RAKYAT  | BUDGET 2013
75. Pembinaan hampir 123,000 unit rumah – RM1.9 bilion
76. Menambah baik Skim Rumah Pertamaku:
– Had pendapatan pinjaman Individu dari RM3,000 kepada RM5,000
– Had pendapatan pinjaman bersama suami-­?isteri kepada RM10,000
– Nilai maksimum hartanah RM400,000
– Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem sebanyak 50% sehingga 31 Dis. 2014
77. Kajian Semula Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT)
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan tidak melebihi 2 tahun: RPGT 15%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 2 hingga 5 tahun : RPGT 10%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 5 tahun: RPGT tidak dikenakan
78. Insentif cukai pemulihan perumahan terbengkalai:
-Institusi perbankan diberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima daripada kontraktor penyelamat;
– Kontraktor penyelamat diberi potongan cukai 2 kali ke atas bayaran faedah dan semua kos langsung dalam mendapatkan pinjaman;
– Kontraktor penyelamat diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan pindah milik tanah atau rumah dan surat cara pinjaman bagi membiayai kos pemulihan; dan
– Pembeli asal rumah terbengkalai diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan mendapat pembiayaan tambahan dan pindah milik rumah.
BANTUAN DAN SUBSIDI  | BUDGET 2013
79. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)
-Bantuan tunai RM500 – isirumah berpendapatan ? RM3,000
-Bantuan tunai RM250 – individu bujang berumur 21 tahun ke atas ? RM2,000
80. Pengurangan subsidi gula 20 sen (Kerajaan masih menanggung 34 sen
dengan perbelanjaan RM278 juta)
81. Subsidi minyak masak (penstabilan harga) – RM 1.5 bilion
82. Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
-Subsidi kos pengangkutan (LPG 14kg setong: asal RM70; harga subsidi RM26.60)
– Tambahan 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan
83. Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri Sarawak-­?Labuan-­?Sabah
84. Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barangan Sarawak?Labuan-Sabah
BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM  | BUDGET 2013
85. Pemberian 1 bulan setengah bonus
MEMPERMUDAH IBADAH HAJI  | BUDGET 2013
86. Membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran RM3,000
KAJIAN SEMULA CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN KOPERASI  | BUDGET 2013
87. Individu: kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan – RM2,500 ringgit ~ RM50 ribu
88. Koperasi: kadar cukai pendapatan dikurangkan antara 1 ~ 7 mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai
MERINGANKAN BEBAN PENGUSAHA BAS  | BUDGET 2013
89. Bantuan kepada pengusaha bas sekolah :
-Pemberian rebat RM10,000 dan subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman membeli bas baru untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun dengan kapasiti 12 hingga 18 tempat duduk
-Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah (had perlindungan sehingga RM100 ribu)
MENGURANGKAN KOS PEMBELAJARAN PELAJAR  | BUDGET 2013
90. Program kebajikan kepada pelajar sekolah ? RM2.6 bilion
-Merangkumi bantuan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, bantuan buku teks
91. Program bantuan persekolahan – RM100 kepada pelajar sekolah
-Manfaat 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5
92. Program Baucar Buku 1Malaysia – RM250 kepada pelajar universiti
-Manfaat 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6
93. Menaikkan pelepasan cukai SSPN daripada RM3,000 kepada RM6,000
PINJAMAN PTPTN & SKIM SSPN  | BUDGET 2013
94. Diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus (sehingga 30 September 2013)
95. Diskaun 10% setahun kepada yang membayar pinjaman secara konsisten
AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)  | BUDGET 2013
97. Pihak GLC menyokong usaha CSR
-FELDA: Membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan FELDA, membaiki rumah-­?rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran
– Yayasan 1MDB: pemberian geran pendidikan, Klinik Bergerak 1Malaysia & program membaikpulih rumah – RM300 juta
-Syarikat GLIC dan GLC (RM500 juta) dalam pembangunan komuniti, biasiswa

SUMBER: Releks Derr!!

When Nerd Meet The Hot Girls!!

Comments 37

  1. hehehuhuhaha

    Alhamdulillahhh…hehehe

  2. Podah

    Harga kereta tetap tak turun2…harga minyak, tol tak turun2.

  3. Minah Jambu

    dapat bonus tapi tetap nak undi pembangkang….ahahahahahahahaahaahaha

  4. AKU SUKER

    YAYA! HARGA ROKOK STABIL/TAK NAIK…

  5. yang terindah~

    bangang la spe yg vote pmbgkg 2…duit krjaan ko nk…x mluuuuu

  6. Politik letak tepi ya! Tolong!

    post sy buat untuk bagi info bukan gaduh pasal politik

  7. istiqamah

    Duit kerajaan taik minyak….kalau depa tak merintah…. di mana depa nak ambil duit… itu duit rakyat… dapat ambik….. undi tetap pakatan rakyat….

  8. Fening

    Gula -keperluan asas naik
    Handset- bukan keperluan asas dapat diskaun

    Memang bijak UMNGOK!

  9. Atak Otak Pakai

    Duit kerajaan duit rakyat la tolol…hasil cukai. Hasil minyak negara patutnya kasi anak2 Melayu biasiswa pelajaran dikasi pada Petronas yg kontrol. Habis macam mana rakyat tak susah????

  10. erinshada

    Assalamualaikum…

    Mmg la kebanyakan dana kerajaan / duit datang ya drpd rakyat yg membayar cukai… ADAKAH ANDA SUDAH MEMBAYAR CUKAI????? hehhehehhee…Mmg kita berhak utk menikmatinya ttp apabila berkata2 jgn takabur…mmg duit kita laburkn pada kerajaan…ttp jikalau tiada pengurusan yang baik drpd kerajaan…x mungkin kita akan dpt faedah ya sebegini…BERSYUKUR la apa yg telah diberi walaupun masih ada yang tidak puas hati… LUMRAH ALAM… INGATLAH PADA HAKIKAT… ITU BUKANLAH SEBENARNYA DUIT KITA TTP DUIT PINJAMAN DRPD ALLAH YG KITA BERIKAN PADA KERAJAAN UTK MENTADBIR DGN BAIK… cacat cela drpd kerajaan sudah lumrah kerana manusia tidak sempurna…NILAILAH DGN BIJAK… 🙂

  11. aku dah tak percaya

    Korang tengok la selepas Pilihanraya nanti kalau UMNO dapat mandat lagi, nescaya semua akan naik kembali. Waktu tu smartphone korang semua dah berkarat dan dah tak laku. Bonus yg kaurang dapat hanya seinchi dari apa yg UMNO akan ambil kembali melalui cukai. Tunggu dan lihat sajalah nanti…..

  12. Melayu Makan Melayu

    Cakap la pada Rosmah, Datin2 yg bershopping kat overseas, ada kereta 3-4 biji, ada maid, bini-bini UMNO yg pakai handbeg, kasut, cincin 5-6 ribu. Tengok apa dia nak cakap pada kau?

    Bersyukur kepada Allah, ya, ahli2 Umno yg naik kereta memahal kan….duduk rumah macam istana tu kan? Kau, nak beli susu anak belum lepas…siapa pijak siapa? Tolong la jawab Melayu…

  13. Politik Itu Kotor

    katanya mau wujud persaingan sihat tapi takut Proton tak laku ler tewwww ! diaroang naik kereta memahal, rakyat suruh naik Proton yg tak sampai 3 tahun berkarat, cermin tak leh naik dan kusyen tercabot. rakyat diutamakan? alahai….

  14. KAK LINDA

    BAGUS BAGUS, AMBIK AJA DUIT DIAORANG NAK KASI. KAN ITU SEMUA HASIL KITA BAYOR CUKAI. NANTI KITA PANGKAH PAKATAN BIAR DIAORANG GABRA MELOPONG. SESUAI MUKA SESEKOR, MAKIN HARI MAKIN MELAMPAU. MAKIN LEMAK…CUKAI TAK PERNAH NAK TURUN. TAPI KALAU PADANG GOLF/SHOPPING KOMPLEXS AMBOI BUKAN MAIN TUMBUH BAGAI CENDAWAN. SIAPA YG KAYA?

  15. Nik Ajis

    UNDI LA PAS SEBAB PAS ITU ISLAM….HAHAHAHAHAHAHHAA

  16. Pondan Sepi

    V neck pun tak bleh pakai di sekolah..apa ke heiii?????

  17. Cucuk kad tu jangan tak cucuk

    ambil sajork..itu kan hak kau sbg warganegara. ikut suka kau la nak pangkah siapa. tapi ingatlah masa depan anak bangsa. jgn menang sorak kampung tergadai…

  18. hanya tersenyum

    PKR= punggung kami rela 😉

  19. Ambiga

    alamak harga teh tarik aku naik ker? sial betul la…

  20. Kak Melah

    Kalau I jadik PM tahun dpn I akan bentangkan Bajet dgn memakai baju kaler pink V-neck sambil memperkenalkan skim ‘Cintai Insan Pengkid And Pondan (CIPAP)’. Pakai V Neck dapat 10 henggit terutama T-shit color merah putih supaya masyarakat tahu bahawa mereka juga adalah sebahagian dari rakyat Malaysia yg bayar cukai….

  21. Formula Isi Perut Hang

    Najib – kami tdk menjanjikan bulan bintang dan cekrawala namun kami menjanjikan kebajikan rakyat – ini lah formula kejayaan Malaysia.

  22. Altantunya

    orang2 Melyu duduk kat ujung2 bandar…orang asing jer dapat duduk dalam bandar. kasihan…

  23. Ayooo

    Ayoo… kamu nie… bukan isu keperluan di sini bang… isunya nak menggalakan rakyat MY kurang pengambilan gula. Memang betulpun apa yang Dato’ Sri Najib cakap. Rakyat MY sekarang dah makin banyak menghidap penyakit kencing manis. Jadi isunya bukan PM nak fokuskan keperluan harian, tapi nak fokuskan dalam segi kesihatan. Kalau keperluan, memang pastilah tidak perlu dikurangkan subsidinya. Tapi ni soal kesihatan.

    Yg Handphone tu siapa kata bukan keperluan harian, kalau tak ada handphone tu, zaman sekarang ni macam mana nak berhubung, jadi HP tu satu keperluan sekarang ni. Yang menjadi masalahnya, remaja sekarang suka beli hP mahal2, harap2 dgn bantuan ni, hampir semua rakayat MY mampu beli HP (yang murah) atau mampu. Yang menjadi kesilapannya nanti bukan PM, Kita sendiri yang salah sebab kita (belia) akan mengambil kesempatan utk membeli HP yang mahal hanya sekadar ikut trend bukan keperluan. Jadi, niat PM kita hanya nak membantu memenuhi keperluan rakyat bukan menganjurkan lagi pembaziran.

    Jangan sempitkan fikiran.

    P/S: Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Tapi jika diteliti dalam2 ada kebaikannya.

  24. Ayooo

    Ayoo… kamu nie… bukan isu keperluan di sini bang… isunya nak menggalakan rakyat MY kurang pengambilan gula. Memang betulpun apa yang Dato’ Sri Najib cakap. Rakyat MY sekarang dah makin banyak menghidap penyakit kencing manis. Jadi isunya bukan PM nak fokuskan keperluan harian, tapi nak fokuskan dalam segi kesihatan. Kalau keperluan, memang pastilah tidak perlu dikurangkan subsidinya. Tapi ni soal kesihatan.

    Yg Handphone tu siapa kata bukan keperluan harian, kalau tak ada handphone tu, zaman sekarang ni macam mana nak berhubung, jadi HP tu satu keperluan sekarang ni. Yang menjadi masalahnya, remaja sekarang suka beli hP mahal2, harap2 dgn bantuan ni, hampir semua rakayat MY mampu beli HP (yang murah) atau mampu. Yang menjadi kesilapannya nanti bukan PM, Kita sendiri yang salah sebab kita (belia) akan mengambil kesempatan utk membeli HP yang mahal hanya sekadar ikut trend bukan keperluan. Jadi, niat PM kita hanya nak membantu memenuhi keperluan rakyat bukan menganjurkan lagi pembaziran….

    Jangan sempitkan fikiran.

    P/S: Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Tapi jika diteliti dalam2 ada kebaikannya.

  25. Fuiyoo

    Biasalah tu… orang kita Suka cakap2 kosong dekat warung cyber… tapi, isinya kosong. tak ada fakta pun… kalau ya katanya pu,n semuanya dari perasaan atau sumber2 yang dikatakan sahih tapi tidak usul periksa kesahihannya walaupun ia dikatan dari blog pihak A dan pihak B secara rasmi. Orang kita kan suka Main ambil bulat2. Macam isu Oppa gangnam style, mudah benor orang Melayu kena tipu kononnya nak memperjuangkan agama. last2, dia sendiri yang mengaibkan dirinya sendiri. Kalaulah orang Yahudi pandai berbahasa Melayu, senang je dia nak putar belitkan fakta, orang kita tanpa usul periksa main ambil bulat2. Fikir2kanlah.

  26. Fuiyoo

    Biasalah tu… orang kita Suka cakap2 kosong dekat warung cyber… tapi, isinya kosong. tak ada fakta pun… kalau ya katanya pu,n semuanya dari perasaan atau sumber2 yang dikatakan sahih tapi tidak usul periksa kesahihannya walaupun ia dikatan dari blog pihak A dan pihak B secara rasmi. Orang kita kan suka Main ambil bulat2. Macam isu Oppa gangnam style, mudah benor orang Melayu kena tipu kononnya nak memperjuangkan agama. last2, dia sendiri yang mengaibkan dirinya sendiri. Kalaulah orang Yahudi pandai berbahasa Melayu, senang je dia nak putar belitkan fakta, orang kita tanpa usul periksa main ambil bulat2. Fikir2kanlah…

  27. BoDOH KoRanG Ni

    YeaH!!! dApAt bONUs dAn nAIk gAJi… aKu AmBiL JaK… TaPi TaK PerNaH puN Pegi MenGunDi.. SemUa PArTy AkU BangKanG… MaSinG2 Ada AdeGaN SenDiRi NaK KauT UntuNG!!! BangaNG

  28. freedom

    kalau beli kereta tapi tak reti nak hantar servis center, jadilah mcm kamu cakap. “Proton yg tak sampai 3 tahun berkarat, cermin tak leh naik dan kusyen tercabot.” aku dh 4 tahun lebih pakai proton jgk. ok jer. yang penting, sampai masa, hantar servis. baru kereta tahan lama.

  29. Anonymous

    igtlah atas dunia ni kita suka akhirat nanti macamana………

  30. Pkir2

    Aku heranlah kenapa org PKR sibuk2 suruh kerajaan nk turun harga kereta,,,banyak duitorg msia ni nk menambah kereta berbijik2…pada aku kereta tak penting sbb sume rumah yg penting sbb kenaikan harga rumah skrg melampau2 betul xdeorg yg kawal..

  31. menatang babi

    wekkkkkkkk…..

  32. menatang babi

    wekkkkkk….nk racun bagi hset konon , janji di capati….

  33. sombongbodo

    laawwaaa arrr bju PM Najib kte.. comeii hijau die kn?? semoga dana yang di bajetkan digunakan secara intergriti.. bukan bagi kat saudara, sepupu sepapat die jek… contoh je la kan..huhuhuhu..

  34. NANA

    KALAU TELITI BETUL2 XDE BEZA SGT DGN TAHUN LEPAS DLM KTE LAIN XDE IMPROVEMENT. CUMA YG NMPK RAKYAT BYK “DI GULA-GULA” KAN DGN BENDA YG BUKAN2 BG MENUTUP MATA TTG HARGA BARANG KEPERLUAN YG MAKIN MENINGKAT….MASING-MASING DUDUK DAN BUAT KIRA2….CUKUP SGT KE BONUS YG SETAHUN SKALI DPT UNTUK TAMPUNG KOS HIDUP YG AKAN SENTIASA MENINGKAT….

    BAIK LA KERAJAAN CARI CARA MEMBANTU MENGURANG KAN KOS SARA HIDUP DARI MEMBAZIR DUIT KE ARAH PROJEK ENTAH APE2….YG HANYA MEMBERI KEBAIKAN PADA “PIHAK” TERTENTU……

  35. Sengal

    Ala xkire umno ke pkr etc…lau dh kat ats xingat org kat bwah..mate bute sebab duit…korang percaye lau pkr memerintah dieorang xbuat benda same cam umno buat?? Percaya sgt dgn anwar..aku xnmpak kebaikan pkr melainkan untuk kepentingan peribadi dieorang…

  36. neutral

    kutuk la kerajaan byk2, benda yg sama jgk akan jadi kalau pembangkang naik. Masing2 nak tunjuk bagus, kalau dah nama pembangkang, memang la kerjanya “membangkang”, kalau da nama kerajaan memanglah tugasnya “tabur gula-gula” sebab gula-gula ni manisan yg kita semua perlu. Jangan nak menyalahkan 1 pihak je, nanti 1 pihak lagi pun akan dapat padah yang sama kalau diorg memerintah. Hari ni kita tak nampak, nanti bila masing2 dah dapat kedudukan yg diidamkan, masa tulah baru nampak……saya tak nak hidup susah. Saya tak nak anasir luar memerintah. Saya nak AMAN, semua orang bersatu….. tak ada banyak parti, hanya 1 PARTI sahaja yg ada di Malaysia. Kn seronok macam tu………..yg penting budget ni rezeki semua org…. bersyukur ok dgn ape yg ade……. 🙂

  37. Anonymous

    harta benda bkn b0ley bwk mati..e2 smua pnjaman semata-mata..cube bersatu..nie berbalah sesama sendiri,,apa ke jadah nyer.,mlu kat bngse laen..bersyukurlah ape yg da ad skrang nie,bkn nyer merungut..dah tue2 p0wn xb0ley pk..yang kecik akn mengikut perangai yang besar,jdi,tnjuk lah c0nt0h yg baek..utq generasi kite jgak..bngse laen gelak jer tng0k kite berbalah..bile die0rang dah naek nanti,melayu smua jdi kuli r..mse 2 ker bru nk bersatu???pk panjang lar,jgn pk utq sehari 2 jer

Leave a Reply