Santai

Isteri Baca Kisah Rumah Tangga Hingga Kerap Berprasangka Buruk, Suami Jadi Stress.

Saya nak ceritakan tentang permaisuri hati saya. Saya sebenarnya tidak suka page ini (Kisah Rumah Tangga – KRT) dan tidak suka isteri saya follow page ini.

Dia peminat tegar page KRT. Setiap hari ada saja cerita yang menarik perhatian dia dan dia akan ceritakan kepada saya. Saya layankan saja.

Dia mulalah cerita suami curang begini begitu, isteri kena cerai bagai tetapi yang saya rasa menyampah bila di hujung-hujung cerita, dia mulalah.

“Abang pun camtu agaknya kat tempat kerja…”, “Entah-entah abang pun ada skandal juga kat luar…”.

Puas saya menafikan tetapi dia tetap juga mengesyaki saya yang bukan-bukan.

Selepas itu mulalah dia buat muka muncung 10 minit. Tetapi selepas itu dia okay. Setiap hari perkara yang sama berulang-ulang sehingga saya terpaksa beri amaran kepada dia unlike page KRT ini di Facebooknya. Malangnya dia tetap sama.

Bila saya unlike Facebooknya dari KRT, dia senyaplah dua tiga hari. Bila dia dah perasan, dia mulalah membebel-bebel dan like semula page KRT. Dah beberapa kali dah, akhirnya saya redha saja.

Dia cerita suami ingat bekasnya begitu begini, isteri ingat bekasnya begitu begini.

“Nasib baik kita tak ada Ex,” katanya. Dia cinta pertama saya, teman wanita pertama saya. Kami terus tunang dan terus berkahwin. Dia pun begitu juga.

Baru-baru ini dia ada cerita tentang suami kutuk isteri gemuk. Suami kutuk isteri punya bawah berbau, longgar dan macam-macam. Kemudian dia mula mengaitkan cerita itu dengan dirinya.

“Ayang punya okay tak? Bau tak? Abang geli tak bila bersama dengan isteri gemuk?”

Dia kata dia gemuk tetapi bagi saya, dia okay saya.

Isteri jiran-jiran saya lagi gemuk. Isteri saya comel. Puas saya menafikan, dia tetap tidak percaya. Dia tanya lagi dan tanya lagi sampai saya kata kalau dia tak selesa dan nak kuruskan badan, cubalah.

Kemudian dia mula cakap, “Kan betul abang tak suka isteri gemuk, kan?”. Mulalah dia buat muka muncung macam Sinyu.

Dia tanya lagi tentang bawah dia dah longgar ke tidak. Saya nafikan, tetapi dia kata, “takkan tak ada perubahan, anak dah dua,”.

Isteri saya dah melahirkan zuriat saya dua orang. Putera sulung dah berusia 6 tahun dan dilahirkan secaran ormal. Anak yang kedua, puteri berusia dua tahun lima bulan dan dilahirkan secara pembedahan.

Saya pun kata, “adalah berubah sikit” lalu dia serkap jarang balik, “Ooo dah tak sedap la”. Aduhai isteriku, letih suamimu nak melayan soalan-soalan cepu lemasmu.

Isteri saya ini sayangkan saya sangat agaknya.

Nak bagi yang terbaik untuk saya walaupun dalaman dia dah okay. Macam-macam produk dia guna dari dulu hingga sekarang. Dari jamu segala mak nenek jamu, yang makan, yang minum, pencuci, yang sapu, yang insert sampailah yang spray.

Saya sangat menghargai apa yang dia lakukan kerana saya tahu dia buat semua itu untuk saya, bukan untuk diri dia sendiri. Dia pun sangat cemburu, lebih tepat lagi rendah diri dan sensitif.

Contohnya di parking lot, bila saya sedang memandu, tiba-tiba ada orang mahu melintas jalan. Saya berhentikan kenderaan dan melemparkan pandangan kosong pada orang yang mahu melintas.

“Abang pandang perempuan lain…” sergahnya tiba-tiba.

Saya menafikan dan kata takkan nak pejam mata semasa tengah memandu. Maka bermulalah episod ayat-ayat sedih dia.

“Tau la perempuan tu kurus, cantik. Bini abang ni gemuk kan? Bla.. bla… bla..”

Hai la sayang. Kadang-kadang memang stress, kadang-kadang nak terburai gelak pun ada. Kemudian dia buat muka monyok. Rosak mood nak keluar jalan-jalan.

Isteri saya adalah isteri yang sempurna di mata saya. Dia berpelajaran tinggi, mempunyai kerjaya yang bagus tetapi dia sanggup tinggalkan kerja semata-mata mahu fokus pada anak.

Dia sanggup kerja biasa-biasa asalkan masa hantar dan ambil anak dari sekolah, dia boleh buat. Dia tidak mahu anak naik van sekolah. Makan pakai, sakit demam saya dan anak-anak elok terjaga. Apa lagi yang tak cukup?

Kepada isteri-isteri di luar sana yang berbadan agak besar atau apa saja kekurangan yang anda rasa pada diri anda, jangan rendah diri. Suami sejati tidak pandang semua itu.

Pengorbanan isteri itu yang penting. Tetapi kalau isteri-isteri rasa nak bagi kejutan atau hadiah untuk suami, buatlah apa yang difikirkan perlu. Itu akan membuatkan suami lebih menghargai anda.

Untuk ayang, abang tahu ayang mesti baca post abang sebab ayang kan peminat tegar page KRT ini.

Terima kasih untuk segalanya. Ayang dah sempurna di mata abang. Selagi diizinkan olehNya, sama-samalah kita pelihara cinta dan rumahtangga kita. Ayang isteri dan mama yang terbaik dalam dunia.

Tahniah admin kerana dapat menguruskan page yang bagus seperti ini.

Sekarang saya akui page ini bagus untuk kongsi pengalaman atau pendapat untuk kebaikan setiap mereka yang berumahtangga. Kepada follower di luar sana, yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan.

Untuk isteri abang, jangan taksub sangat ye sayang. Penat dah abang nak melayan drama-drama 67 episod ayang. Percayalah, I love you. Sudah-sudahlah serkap jarang, syak wasangka bagai.

Sumber

Leave a Reply