Viral

Isteri Balas Surat Suami Kesal, “Walau Diabaikan, Saya Tidak Pernah Curang”

Sebelum ini penulis telah menampilkan satu karangan dari seorang lelaki yang mendakwa ditinggalkan isteri yang menjalin hubungan dengan lelaki lain kerana dia sering membiarkan isterinya menguruskan segala-galanya seorang diri.
IsteriSeorangANNamun , ada cerita lain di sebalik kisah mereka. Enggan dituduh curang, si isteri telah menulis dari pihaknya mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Surat untuk hubby yang meroyan di page KRT. Hmmm… (sebelum ni tak pernah pula awak nak komen-komen pada apa yang saya tag-tag, ni pandai pulak buat karangan, ek?)

Assalamualaikum, hubby kenapa lah pergi cerita masalah kita di page tu? Tetapi awak tak cerita semuanya, kan? Boleh tak saya nak tambah lepas itu awak tolong post kan ok. Gunalah FACEBOOK kawan awak juga okay.

Pertama sekali, saya nak minta maaf sangat sebab lari tinggalkan awak. Dah sebulan lebih kan. Tetapi awak langsung tak datang rumah keluarga saya di Johor ni untuk ambil saya semula. Panggilan dan Whatsapp? Haih, boleh dikira dengan jari saja. Kalau betul-betul awak nak pujuk saya, bukan macam itu caranya.

Saya tidak pernah curang

Awak cakap saya kantoi curang, kan? Kantoi pun sebab lelaki tu telefon saya untuk bertanya khabar. Saya jumpa dia pun dua kali saja. Pertama, masa dia tolong waktu kereta rosak dan kedua terserempak di pusat beli-belah dan lepas tu saya tak pernah lagi jumpa dia. Dia hanya telefon saya sesekali untuk tanya khabar. Tetapi terpulang pada awak nak cakap curang ke, apa. Sebab hati saya ni lagi sakit bila terfikirkan perangai sambal lewa awak tu.

Disebabkan masa tu awak di sebelah saya, itulah peluang saya untuk beritahu pada awak (konon nak bagi awak cemburu) yang ada lelaki lain sudi nak tanya khabar saya. Awak? Hampeh! Untuk pengetahuan pembaca KRT, lelaki tu memang sangat baik, untunglah siapa yang akan kahwin dengan dia nanti. But definitely not me.

Walaupun dia baik selalu telefon saya hanya untuk tanya khabar tetapi sayang, cinta dan kasih saya hanyalah untuk suami saya. Tak berniat langsung untuk curang. Saya cuba faham kerja suami saya sebagai seorang anggota POLIS sangat sibuk. Siang sibuk di pejabat, mesyuarat sana sini. Malam pula kena operasi sana sini. Bila masa nak dapat belaian seorang suami, saya pendam seorang diri.

Saya buat segalanya sendiri

Awak tak pernah marah bila saya periksa telefon awak, tetapi bila saya bagi telefon saya, awak tak nak pun tengok. Kemudian disebabkan satu panggilan dari lelaki itu, awak mengamuk marah-marah saya. Bila saya luahkan isi hati, awak macam terpinga-pinga. Tak sedarkah awak selama ini awak begitu sambil lewa, biarkan saya uruskan semua benda seorang diri?

Keluarga awak, walaupun dekat pun tak ambil tahu sangat pasal saya. Setiap minggu saya datang jumpa mereka pun macam kunjungan tak diundang. Tetapi saya tetap datang setiap Jumaat dan tak pernah ketinggalan bawa buah tangan!

Saya bagi duit belanja pada mak, pak dan adik-adik (bukan ungkit tetapi saja nak cerita). Bila ajak balik Johor, macam-macam alasan awak. Saya nak pergi naik bas awak kata tak manis, malu dekat papa saya.

Masa mengandung, saya menangis setiap malam, saya muntah morning sickness seorang diri. Tayar kereta pancit, saya pam sendiri. Mentol terbakar, saya ambil tangga panjat dan tukar sendiri. Saya tak harapkan ehsan jiran, walaupun jiran saya sangat baik.

Saya pergi check-up seorang diri. Lepas balik check-up awak tak tanya keadaan baby. Saya scan gender seorang diri. Bila beritahu awak it’s a girl, awak ucap syukur pun dah buat saya happy nak melompat-lompat.

Bila kaki makin bengkak, saya urut kaki sendiri. Apa-apa yang saya nak makan, saya pergi cari sendiri. Cuma saya tak dapat Laksa Johor ( tetapi Alhamdulillah, Allah mudahkan saya bersalin secara normal tanpa koyak dan jahit dengan berat baby 3.25 kg (entah-entah berat baby pun awak tak tahu) hanya dalam masa sejam di labour room.

Mungkin ini balasan Allah sebab dia tahu betapa sengsaranya saya bawa perut uruskan macam-macam seorang diri.

Awak tak baca pun post Facebook yang saya tag?

Oh, rupanya yang selama ni saya tag-tag awak di Facebook awak langsung tak baca hanya like. Awak tahu tak betapa happynya saya bila dapat like dari awak. Nak tunggu awak komen? Memang harapanlah. Tetapi hampeh awak tak baca!

Patutlah saya ada tag satu post pasal “apa yang suami perlu lakukan ketika isteri mengandung” saya tunggu malam itu untuk awak urut kaki saya tetapi tak ada. Saya pun pelik, saya fikir mungkin awak tak ingat awak like post tersebut. Saya tag “cara nak hidup bahagia” pun tak ada apa-apa perubahan dari awak, walaupun awak dah like. Saya biarkan sebab saya bukan jenis meminta.

Lepas awak habis training dan awak makin sibuk. Saya pulak makin sarat lapan bulan lebih. Tetapi awak langsung tak tanya pasal persediaan barang baby. Allahu, sedihnya masa tu. Bila saya minta izin nak pergi shopping barang baby awak izinkan. Tetapi sebenarnya saya nak pergi dengan awak.

Saya gagahkan juga seorang diri walaupun kaki tengah bengkak. Kebetulan, saya terjumpa lelaki yang tolong saya masa kereta rosak. Dia tanya pasal awak, saya cakap awak outstation. Saya langsung tak pernah burukkan awak, apatah lagi cerita kesedihan saya pada dia. Dia yang tolong angkut beg-beg shopping ke/dalam kereta.

Balik shopping, awak tak tengok pun barang-barang yang saya beli. Hampeh (pembaca KRT, tolong jangan fitnah saya curang lagi sebab saya tak pernah jumpa lelaki itu selepas pertemuan ini)!

Saya sedar saya isteri orang

Dia pun nampak perut saya memboyot, walaupun saya cantik (suami yang cakap, kan?) takkanlah saya sampai tak tahu hukum menduakan suami. Saya sangat menjaga maruah saya sebagai seorang isteri. Pergaulan di pejabat pun saya jaga.

Lepas bersalin, saya berpantang dengan mak saya pun awak jarang datang tengok (rasanya dua kali saja! Pertama masa hantar balik kampung, kedua masa ambil nak start work!) Nasib saya tak meroyan. Hihi!

Tetapi bila saya dah start work. Again, saya uruskan baby kita seorang diri. Pegi cucuk baby pun seorang diri. Hantar pada babysitter seorang diri, sampai babysitter tertanya tanya, tak pernah nampak pun daddy Saffiya ni (malunya saya!).

So, semakin hari, saya rasa tak perlukan awak lagi. Awak tolonglah faham dan jangan tuduh-tuduh lagi saya curang. Sepanjang di kampung ni, saya tak pernah contact mana-mana lelaki.

Saya tak sunyi, saya tak perlukan simpati lelaki, saya tak desperate untuk cari lelaki lain. Saya kan wanita besi, apa ada hal! (tetapi saya tak suka title ni!)

Dulu, saya perlukan kasih sayang awak. Duit nafkah RM 400 awak tu saya simpan untuk anak kita (pembaca KRT tolongla jangan pertikaikan duit nafkah tu. Saya betul tak kisah, sebab saya hanya harapkan belaian, kasih sayang seorang suami yang tiada nilainya) sebab saya pun ada gaji sendiri.

Tetapi awak langsung tak peduli, awak kira nafkah duit tu dah memadai. Silap saya tak reti meminta itu ini. Tetapi itu yang awak suka sebab awak cakap saya bukan jenis mengikis. Sampai nak minta kasih sayang sedikit pun saya tak reti.

Saya tak suka anggap diri saya wanita besi, yes, memang saya boleh buat sendiri. Tetapi saya nak sangat buat sama-sama dengan awak. Hari minggu, nak juga saya, awak dan Safiyya jalan-jalan. Tak shopping pun tak apa asalkan jalan sebelah awak.


Saya tidak pernah abaikan tanggungjawab pada awak

Ni saya juga yang tolak stroller seorang diri pergi beli barang dapur. Tetapi saya tak pernah abaikan tanggungjawab saya.

Saya sediakan pakaian, makan minum awak. Saya sentiasa persiapkan diri untuk bagi nafkah batin setiap kali awak meminta dan tak pernah pun saya menolak bukan?

Tetapi awak tak pernah nampak apatah lagi hargai semua itu.

Jalan untuk kembali pada awak…

Sekarang, saya sangat perlukan masa untuk kembali pada awak. Biarkan saya buat solat istikharah dulu ya. Awak pergila operasi awak tu.

Saya okay saja di kampung ni. Saya rasa nak berhenti keja dan duduk di Johor saja. Saving saya pun banyak, bolehlah buat modal untuk buat bisnes kecil-kecil.

Ala, beritahu awak bukannya awak hirau pun. Hihi.. tetapi saya yakin, awak pun boleh hidup tanpa saya di sisi. Kehidupan awak pun tak ubah macam orang bujang walaupun awak tiada mana-mana skandal sebab saya memang selalu periksa telefon awak. (itu saya salute juga. Tabik Tuan!) Hihi.

Okaylah, Safiyya dah menangis ni. Awak jaga diri tahu, jangan lupa makan vitamin setiap pagi! Jangan tinggal solat lima waktu. Buatlah solat hajat kalau betul-betul nak saya dan Safiyya kembali pada awak.

Dahlah, jangan nak meroyan lagi di FACEBOOK/KRT. Carilah cara lain untuk menangi hati saya. Itupun kalau Allah tetapkan jodohkan masih panjang.

Thanks semua pembaca KRT. Ramai yang tag husband masing-masing. Happy saya baca, husband kamu semua tak macam husband saya =p Tolong jangan kecam dia dan saya lagi . Doakan yang baik-baik, okay? Assalamualaikum.

Membaca kisah mereka umpama satu kisah drama, tetapi bukan seperti drama yang diadaptasi dari novel cinta yang penuh imaginasi, dan fantasi dan bunga-bunga kerana inilah satu realiti kehidupan masyarakat.

Anda boleh idamkan suami kacak dan kaya raya, tetapi setelah anda berdepan realiti, anda sebenarnya hanya mahukan seseorang yang mengambil berat dan memberi perhatian pada anda, yang selalu ada untuk anda.

Jadi, ‘ada’kan diri anda untuk pasangan. Mungkin bukan sepanjang waktu, tetapi sebolehnya.-amazingnara.com

Sumber: Kisah Rumah Tangga


Comments 12

  1. irsan pahang

    tugas sbg suami bkn setakat mmberi nafkah..sptutnya bantu isteri dlm segala hal sebaik mgkin..dlu sy tak fikir utk bntu istri,xde mase dgn kluarge..tp masuk anak kdue bru sy nmpak yg mjge ank dan uruskn sgle hal bkn mudah..jd suami msti bantu isteri dlm sgale hal rumhtgga..bykkan mase dgn isteri dan ank..byakkan bsabar..dugaan sentiasa ada dlm rmhtgga..

  2. Wan

    Maff mncelah…hrap hbungan korang kekal.. Perbaikilahh mna yg slah silap di dlm rmah tngga korang.. Jangan mncri yg lin.. Llki kna mngalah ngan sifat ego yg ada pda dri…kalu masi sygkn istri? Pjoklahh ngan apa cra sklipon… mnangi aty nya tuk kdua kli…istri pon janlah ego lgi 🙂 istri lyak lgi mmbri pluang kdua kli nya… hope korang bersatu smula, xslah kalu d antra 2 saling bermaaf2an.. fkirlahh tntang aty sorang anak..

  3. Cik midah

    sama je..dh trjd pd sy..suami mengutuk ..mghina.memfitnah dlm fb..meroyan lah katakn..sbb sy memg x lyn sebesar kuman pun dgn perangai dia tu..selama hidup 26thn hbis diungkitnya…8bln ditinggalkn tnpa nafkah…siap dtg rmh sy amuk lg..hbis semua brg dipecahkn smpi pihak polis dtg membantu..suka2 dia je nk ambil anak sy yg kecil 5thn..last x kesdh dtg balik merayu rayu ingin kembali hidup bersama sy..egois nya di letak tepi..asalkn sy terima dia balik..

  4. Ibu

    susah nak kata, org [email protected] selalunya bukan tak merayu, bukan tak memujuk , bukan tak berusaha, bukan tak nasihat, bukan tak becakap meluahkan tapi bila tak Nampak perubahan dan kesungguhan daripada pihak [email protected] lelama dia bole jadi tawar hati, hilang perasaan kasihan, hilang rasa kasih sayang, hilang rasa rindu, hilang rasa hormat sebaliknya bertukar kpd semangat utk diri sendiri dan anak2, masa diperlukan sedikit perhatian & belaian tidak diperlukan malah diendahkan, bila nak kembali tu bukan mudah nak mengubat hati yg terluka, bukan tak ingat Tuhan bukan tak bersyukur tapi itulah susah nak dijelaskan, hanya yg mengalaminya sahaja memahami

  5. Isteri Polis

    AWAK memang isteri trbaik…cuma suami terlepas pandang utk isteri seperti awak…doakan awak kembali kepada suami

  6. Anonymous

    Lelaki ni pantang besar bila ada lelaki lain cal bini dia.dia xkan puas ati apapun alasan dia dpat

  7. Zul

    Saya doakan suami awak berubah dan awak berdua hidup bersama semula. Sama2 saling memahami dan memperbaiki kesilapan masing2.
    Penting untuk berkomunikasi secara lisan (sangat penting sebenarnya) apabila sama2 di rumah. Inilah yg saya dan isteri praktikkan sejak awal perkahwinan hingga kini tahun ke 18. Mmg ada lelaki yg perlu diberitahu secara lisan kerana sifat leka dan sambil lewa.
    Semoga perkahwinan puan dan suami kekal bahagia hingga ke jannah…
    …insya Allah…

  8. Wan

    Semoga dipermudahkan urusan kalian berdua..Aamiin.
    Sayang Saffiya.

  9. Anonymous

    Bertabah la sis.. Situasi saya pun lebih kurang sama.. tapi..kene kuat..bila lebih tempoh masih diabaikan Jumpalah Pegawai Agama dan minta lah Nasihat dr yg Berpengalaman dan lebih tahu erti DIABAIKAN SUAMI.. sbb dalam perkahwinan ISTERI juga BERHAK!

  10. Anonymous

    Ceraikan jela si isteri ni..sah2 dia xblh terima life sbg isteri polis/tentera.
    Cerita ni jd bahan gelak bg kami isteri2 askar yg dah 9bln xjmpa husband masing2.

  11. Anonymous

    Jangan cepat nk jd bahan gelak kamu isteri2 askar.. kamu tidak merasainya. 9 bulan x jumpa husband kamu tu belum tentu lg kamu itu setia x layan mana2 jantan lain sepanjang husband kamu operasi.. fikiran tu biar matang sikit malu dengan isteri2 askar lain..

  12. Anonymous

    Sembang la btine ni smua

Leave a Reply