Santai

Isteri Dicurangi Ketika Sarat Mengandung, Suami Main Cinta Dengan Janda Anak Satu.

Saya mewakili kakak ipar saya yang sekarang ini sedang menghadapi masalah rumah tangga bersama suaminya. Mereka sudah berkahwin selama lima tahun, dikurniakan dua orang anak. Seorang anak perempuan berusia tiga tahun dan seorang lagi anak lelaki yang baru berusia tiga bulan.

Isteri mendapat tahu bahawa suaminya berlaku curang ketika dia sedang mengandung anak kedua pada bulan Januari.

Suami menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan janda anak satu. Sudah lama suami tidak pulang ke rumah. Jangankan nak menjenguk anak-anak, bertanya khabar anak-anak pun tidak.

Tempoh hari, suami ada bank in duit untuk anak-anak, itu pun dalam RM100 sahaja. Mana cukup nak beli pampers, susu dan barang-barang keperluan yang lain?

Bila isteri hantar mesej WhatsApp pada suami, langsung tidak dibalas. Bila dihubungi, langsung tidak dijawab. Macam mana lagi si isteri nak mencari suaminya?

Di sini saya sertakan screenshot perbualan di antara kakak ipar saya dengan betina berkenaan. Dan kakak ipar saya minta jangan dikaburkan nombor telefon betina itu.

Sumber

Comments 1

  1. hanky panky

    Satu hari nanti..pompuan tu akan rasa. Allah ada. Pihak yg tertindas tu rilek2 je sudah. Toksah la harap duit jantan mcm tu. Buang masa. And..to cik puan yg tertindas ni..jgn lower your level mcm diorg2.

Leave a Reply