Santai

Isteri Mungkin Tidak Bekerja, Tapi Jangan Layan Dia Macam Orang Gaji!

Ketika isteri sedang menyediakan sarapan di dapur, tiba-tiba anak nombor 2 menangis. Rupa-rupanya anak kencing di atas katil.

Lagi sakit, anak nombor 4 minta dibuatkan susu. Alahaaiii, terkejar-kejar isteri nak buat dua benda!

Dari bilik tidur ke dapur, suami ada hanya duduk bersandar sambil menonton televisyen. Langsung tidak diendahkan apatah lagi untuk membantu isteri.

Senang ayat suami selalu guna, ‘isteri kan tak kerja, dialah yang kena uruskan hal-hal kat rumah…’

Dalam situasi ini, bagaimana pula jika isteri bekerja dan terpaksa buat perkara yang sama di rumah. Kalau suami anda seorang yang ringan tulang, tak salah rasanya sama-sama membantu. Isteri kerja pun untuk tolong suami juga.

Suami sudah tentu ada egonya sendiri dan mungkin anggap kerja-kerja rumah ini hanya boleh dilakukan oleh isteri sahaja. Suami hanya cari nafkah.

Tak salah, suami ringankan kerja isteri di rumah, barulah hidup harmoni dan saling tolong-menolong.

Kalau nak harapkan isteri seorang yang buat kerja rumah, lama-kelamaan, boleh memberi tekanan pada isteri sehingga menimbulkan leteran dan bebelan.

Dikatakan, suami yang tidak mahu membantu bukan akan hilang hormat dan kasih sayang dari seorang isteri. Isteri akan merasakan dirinya diperlakukan sebagai orang gaji untuk kesenangan suami dan keluarga.

Jangan sampai jadi kes perang dingin, anda boleh rujuk beberapa tip oleh Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand Master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat ini.

Tip Untuk Suami

1. Tak payahlah berkira sangat, cuba bantu buat kerja rumah demi meringankan tugas isteri anda.

Contohnya mengemop lantai, sapu sampah atau kerja paling mudah bila tengok sampah penuh dalam tong, buanglah.

2. Berilah kata-kata membina dan memberangsangkan kepada isteri. Jika ada teguran, pastikan bukan teguran yang menyakitkan hati isteri.

Ciri-ciri Suami Idaman

1. Sedap mata memandang

2. Menjaga solat lima waktu

3. Berkemampuan dalam menjaga keluarga

4. Bukan kaki pukul

5. Tidak panas baran

6. Bertanggungjawab

7. Penyabar

Sumber

Comments 3

  1. Yun

    Budaya melayu mmg cmtu…x kongsi tanggungjwb urus rmh dn besarkn anak…beza kaum lain apalagi western…turun temurun ego dn bangga diri wlu dibantu kewangan.bab lain ikut sunnah nabi…hukum2 agama halal haram banyak diceramahkn pada wanita walhal lelaki itu adalah khalifah yg amat patut disedarkan tanggungjawab dunia akhiratnya yg amat besar..

  2. oppsss

    rasanya bukan melayu sahaja..budaya mengagungkan anak lelaki merentas budaya di asia. dari kecil anak lelaki dimanja dan disediakan semua keperluan hingga nasi pun dicedok dan habis makan pinggan diangkat oleh adik/kakak untuk dibasuh..jadi tak heranla dah besar panjang jd bapak pun perangai camtu..kesian ngan bini..dah ler letih mengandung, beranak ,,layan dia mlm hari..tolong isteri jaga anak pun tak nak..kalau aku pun hangin

  3. Segalanya bermula dari cara didikan anak lelaki sejak kecil lagi. Kebiasaanya, anak lelaki yang dimanjakan sejak kecil lagi, cenderung untuk berkelakuan sebegitu. Manja di sini bermaksud, anak lelaki tidak di ajar atau kurang berdikari, semuanya ibu atau mak mereka yang lakukan. Jadi pada pandangan mereka itu dah terbiasa dan terbawa-bawa sampai dah berumah tangga. Tapi yang peliknya, kalau duduuk ‘single’ boleh pula buat sendiri. hmm

Leave a Reply