Sekarang nie sibuk semua orang nak jadi kaya dengan MLM. Tak payah jual barang cuma cari downline je dah boleh jadi jutawan. Kaya raya. Duit pakai sampai ke anak cucu pun tak habis. Tapi kami dah jumpa satu MLM yang paling hebat. Tak perlu cari downline, tak perlu jual produk. Dalam masa sebulan kami guarantee anda akan jadi jutawan.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui rahsia menjadi jutawan MLM dalam masa sebulan. Jangan bagitau orang lain. Rahsia pembaca AmazingNara je nie. Thanks buat Aries yang hantar email ini.

Hari minggu tu hari, aku diajak mendengar satu presentation MLM. Apa yang aku agak berlaku, biasalah MLM ..tepuk! tepuk! Anda Hebat! Jadi Kali ini tawaran di Bulan Ramadhan lagi hebat! Tidak perlu push orang, tak perlu cari kaki downline, tak perlu networking marketing, tak perlu maintain bulanan kerana peluang untuk menjadi ‘jutawan kekal’ ni datang sekali dalam sebulan.
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala
Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!
Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00
Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari Sahaja!!!!
Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?
Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.
Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?
Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?
Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!
Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.
Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?
Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.
Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!
*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.
Wallahu’alam.
Selamat berpuasa,
Selamat beramal,

[...] yang singkat.Pening kepala dengan si Roslin nie. Memang pelik bin ajaib nie. Roslin oh Roslin.P.S: Rahsia jadi jutawan MLM dalam masa sebulan TERBONGKAR!!!Yang Ini Pun Best Jugak:- nuffnang_bid = "51ffa0ccc026bc248afacfe2b811a90e"; Tags: kes cerai kedua [...]
saya suka…. selamat beramal..
selamat beramal di bulan mulia ini…
=)
betul2…ni lah bulan nak kutip pahala..wow..cantiklah amazing nara yang baru ni…
nk tambah sikit. utk mlm lailatul-qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan.. magrib & isyak insyallah dpt kat. 1000bulan x 30 hari x (rm1+rm1(magrib&isyak)) x 27(jemaah) x 70(bulan ramadhan) = rm113,400,000.00 peh kaya2… tu belum campur dengan terawikh & ibadat2 lain.. ape2 pun just nk bg pendorong. byk ganjarannye, rugi xbuat.. selamat beramal, ikhlas & niat hanya kerana Allah taala.. pahala & ganjaran yg sebenar-nya Wallahualm, dan yg pasti ia berbaloi.
alhamdulillah……marilah kita sama-sama jadi jutawan
dh dpt email ni smlm..
mmg kaya kan klua kta iikt…
brtapa indhnya islam
kaya yg akan kekal selamanya
Salam abg Nara…
Saya dh baca dah posting ni.. memang best.. Sebenarnya memang juga tidak terfikir dek akal pasal benda tu.. Kalau rajin meneliti kekuasaan Allah.. pastinya boleh kita lihat benda yang tersembunyi namun tertinggi rahmatNya ini.. Tq abang Nara..
selamat beramal..
woww amazingnara berwajah baru..well done!u did a gud job!!
INSYAALLAH…REBUT PELUANG BULAN RAMADHAN…
ya allah..nikmat x terkira….ya,sama2 kita selamat beramal…insyallah.. =D
EH BETUL LAH…
NASIB BAIK DAH START DAH HARI TU..
NI YG BSEMANGAT NAK JOIN NI.
KONFEM TAK RUGI..
KALO RUGI PUN BOLEH TOP UP BALIK SEMENTARA STOK MASIH ADA..
insyaallah, akan dipertingktkn lg amalan di dunia ni semasa masih ada peluang….
terima kasih atas info ini.
Nak kaya juga lah. Harta dunia susah sangat nak cari
Bagus-bagus… Marilah sama-sama beribadah… Kumpul “harta” banyak-banyak buat bekal akhirat nanti…
seronok baca post ni,rase bersemangat nak buat ibdah.smoga mnjadi pendorong kpada org lain.
=)
two thumbs up !!!
ko keje nk senang jk..xde bende yg mudah la..kalo senang sgt jd kaya apsal ramai org malaysia golongan sederhana even dh ader degree pon xkaya2..jgn mgarut la weh..duit ko tu sumber dr halal haram pon ko xtau..nie nk ajak org..duit tu dr jual babi ke..bunuh org ke..merompak ke..duit anak yatim ke..yg tahu ko nk downline so ko dpt achieve sale bulan nie so boleh naik..kepala bapak hang..sampai bila mlm nk byr gaji ko yg 5-6 angka tu?2 tahun?3tahun/10tahun?skim penipu menipu penipu yg tertipu nnt makcik2 pakcik2 yg kat kg tu..mak bapak hang yg kat kg tu..keja la weh MELAYU sampai bila ko nk makan kene suap?tu kat luar peluang niaga byk la wahai MELAYU sekalian..dr ko baca page bodoh nie..ya allah ya tuhan ku selamat kan la kaum ku MELAYU yg sikit nie..dh la sikit pondan byk..pengkid byk..melatah xsudah2
@moquarachie, mesti x baca abis kan artikel ni? sebelum nak mengata macam2, baik tau hingga ke akhirnya..mesti pernah terkena dengan MLM ni..
wahhh hebatlah MLM ni,x mcm MLM lain sbb MLM lain ganjaranye xleh bawak ke akhirat tapi MLM ni lain sbb boleh jadi kaya raya bukan aje sampai ke anak cucu tapi SAMPAI BILA2