Santai

Jangan Jadikan Perkahwinan Seperti Ranting, Bila Angin Datang Menyapa Mudah Patah.

Saya bukanlah orang yang layak nak bicara soal kahwin kerana saya belum pernah melaluinya. Hatta kalau saya dah kahwin sekalipun saya masih belum layak untuk bicara soal kahwin. Tapi tolonglah wahai lelaki dan perempuan.

Nak masuk ke alam rumah tangga ini perlu persiapan.

Dan persiapan itu bukan di bina selepas kita dah bernikah nanti. Saya masih ingat anologi tentang orang main bola yang di beri seorang ustaz yang ketika itu di kongsikan oleh Ustazah Fatimah Syarha dalam ceramahnya.

Kata beliau,

“Orang yang lawan bola, bila dia lawan bola dia akan menang ke tak menang kalau dia tak ada persiapan sebelum masuk ke padang? Ya, dia mungkin boleh lawan boleh main. Tapi, potensi untuk menang itu akan jadi rendah. Sebab persiapan tak cukup latihan tak cukup.”

Begitu juga kalau kita nak masuk ke alam perkahwinan, kahwin itu umpama medan perang yang kita sedang berjuang bermati-matian. Andai sewaktu tengah berjuang kita tak berwaspada potensi nak gugur di medan perang itu adalah mudah sekali.

Teman,

Sebelum nak masuk ke alam perkahwinan persiapkan dahulu diri kita.

Selagi belum menikah pergilah mengaji. Biar kita sampai betul-betul faham, bila dah ready nak menikah baru plan menikah. Bukan hanya tahu nak nikah muda tapi persiapan kita zero ibarat ranting tua yang bila di sapa angin akan patah.

Sebelum kahwin pasaklah ilmu agama dalam diri kita.

Biar kita serba serbi tahu selok-belok soal agama. Ingatlah matlamat utama kita kahwin kerana kita nak bina jiwa bertaqwa dalam diri. Kita kahwin kerana nak bina jiwa takutkan Allah dalam diri.

Wahai lelaki,

Saat kamu melafazkan aku terima nikahnya maka itu bermakna kamu menerima amanah dari Allah yang dahulunya dalam jagaan walinya. Kamu akan tanggung apa sahaja dosa yang si dia buat, baik dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya.

Saat kamu melafazkan aku terima nikahnya maka itu bermakna kamu akan menjaga dia seperti mana kamu menjaga diri kamu selama hidup ini. Kamu memberi keselamatan padanya, bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.

Saat kamu memilih dia menjadi yang halal dalam hidup kamu maka itu juga bermakna kamu menerima segala kekurangan dia. Kamu menerima seorang perempuan yang punya banyak kekurangan yang mungkin sekali-sekala akan menguji tahap kesabaran kamu.

Ingatlah wahai lelaki kamu akan di pertangungjawapkan atas amanah yang kamu ambil dari ayah si perempuan dan suatu saat nanti Allah akan bertanya tentang kepimpinan kamu.

Silakan di share tulisan ini andai bermanfaat, tag adik-beradik, kawan-kawan yang malamnya tidur jadi tak lena. Sampai ada yang jatuh dari katil sebab nak kahwin sangat.

Kepada yang sudah berkira-kira hari, menanti hari bahagia.

Selamat pengantin baru dan semoga Allah memberkati pernikahan kalian dengan Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah dan kepada yang masih single seperti saya selamat menikmati hidup single.

Sumber : Muhammad Shafri

Leave a Reply