Viral

“Jangan Mesej Saya Tanya Tentang Produk Jika Masih Belum Cukup Duit Untuk Beli” – Peniaga

Seorang wanita melalui Facebook telah menulis mengenai layanan biadap seorang penjual dalam talian kepada ibunya, hanya kerana ibunya bertanya kepada penjual tersebut melalui aplikasi Whatsapp tetapi masih belum mempunyai dana untuk membeli produk itu.
SellerbiadapAN
Menurut Nurul Nadhirah ibunya bercadang membeli produk tersebut tetapi pada satu tarikh terkemudian. Namun penjual itu menyuruh ibunya cermin diri dan jangan buang masa bertanya jika masih belum mahu membeli.


Cerita Nurul Nadhirah:

Pagi ni dapat mesej dari ibu Nad. Sedih barangkali bila dapat maklum balas dari seorang SELLER untuk bertanyakan tentang produk yang ibu Nad ingin beli dengan beliau.

Memang ibu Nad ingin membeli dengan SELLER tersebut tapi berjanji untuk buat bayaran pada sekian tarikh. Tapi HAMPA sangat bila dapat feedback PEDAS lagi MENUSUK HATI. Sampai terguris terobek hati ibu nad sebagai PEMBELI. Allah.

Mai la Nad nak cerita bab ADAB PEMBELI dan PENJUAL. Supaya kita sebagai SELLER menjaga ETIKA sebagai PENJUAL.

Sebagai PENIAGA ONLINE. Kita juga adalah sebagai PEMBELI juga. Betul?

Memang tugas sebagai PEMBELI kita AKAN SURVEY banyak kedai untuk membuat perbandingan harga. Memang LUMRAH jika terdapat banyak lambakan produk dan harga yang berlainan.

Sebagai PENJUAL kena tahu HUKUM ALAM. Jika rajin USAHA, pulangan inshaAllah akan nampak HASIL. Tapi kena juga belajar REZEKI setiap manusia tidak akan sama. Ada yang lambat dan cepat. Disini kita belajar dengan ERTI KATA serahkan pada Allah selepas kita berusaha.

Bukan tugas kita untuk GERTAK PEMBELI dengan kata-kata PEDAS. HATI manusia ni Allah yang Jaga. Jika Allah telah mengizinkan PEMBELI untuk menjadi pelanggan kita juga semuanya kerana DIA. JIKA TIDAK bukan TUGAS KITA UNTUK MENILAI.

Pengguna dan pembeli ada HAK untuk BERTANYA. Dan PENJUAL juga ada hak untuk menghormati keputusan PEMBELI.

Dan ini juga Nad hadapi kepada semua yang pernah bertanya HARGA dengan Nad. Nad tak pernah berburuk sangka kepada mereka. Kerana Allah dah tetapkan rezeki setiap makhluk. Jika tidak DIIZINKAN mereka jadi PEMBELI NAD. Nad redha kerana itu bukan rezeki kita.

Jika ada masanya, Allah dah TULIS. Rezeki kita pula ada pada pelanggan yang lain janganlah pula kita RIAK dan SOMBONG pula. Syukur kerana Allah telah membuka HATI MEREKA setelah kita bersangka baik, redha, tawakal dan usaha kita akhirnya membuahkan hasil.

Sekian dari nad sebagai seorang penjual dan juga seorang pembeli.

– customer is always right ada juga benarnya. Biar kalah tapi jangan mengalah. Tak nampak hasil bila awal-awal lagi dah buruk sangka pada pelanggan. Husnudzon wahai penjual. Kalau nak rezeki datang tanpa disangka-sangka. #selfnote

Nurul Nadhirah telah mengongsi screenshot perbualan ibunya dengan penjual tersebut yang didapati membebel di aplikasi WhatsApp kerana ibu Nadhirah masih belum mempunyai wang untuk membeli produknya.
1
2
3
Penulis berpendapat untuk menjimatkan masa, peniaga tersebut sepatutnya meletakkan terus harga produk untuk mengelakkan pembeli dari membuat pertanyaan.

Jika tidak mahu letak harga, maka siapa pun bebas untuk bertanya harga produk, tidak kisahlah sama ada dia punya wang mencukupi untuk membeli produk itu atau tidak. Agak memeranjatkan, anda berhajat menjual barangan tetapi langsung tiada skil perhubungan awam dan perkhidmatan pelanggan.

Belajarlah cara berniaga dengan beretika dan bersopan, jika tidak, mudah saja anda akan kehilangan pelanggan. Seorang peniaga yang memahami mengenai untung rugi perniagaan takkan merisikokan kehilangan pelanggan hanya kerana malas menjawab pertanyaan.-amazingnara.com

Sumber: Nurul Nadhirah


Comments 5

  1. beruang

    kau tu pun kene cermin diri dulu jugak…rezeki tu bukan datang dari customer…tp dari Allah…sombong bongkak dan biadap lah orang macam nih…

  2. lil

    entahnya, letak je la harga kat iklan. ni suruh PM harga. Bila PM, bukan nak layan elok². aduh la manusia..

  3. Lily

    Bongkaknya seller.. siap carutkan customer pulak tu! Klu camni la cara dia berniaga, tak ke mana la bisnes dia tu..

  4. Saya

    dedahkan aje siapa, bisnes apa… supaya org lain tak kena kebiadapan dia yang x sedar diri tu… nak beniaga kenala beradap dgn org, kalau macam ni mmg kejap je tu… kami doakan semoga mak nad dimurahkan rezeki supaya boleh beli brg online kat tauke lain….

  5. Anonymous

    mashaAllah..pedasnya ayat dia.. knp ckp mcmtu sekali?? astagfirullah..masih xdpt terima knp perlu ckp mcmtu.. ??

Leave a Reply