Automotive, Filem, Info Semasa, Inspirasi, kagum, Kreatif, menarik, Video

Jesse Dari ‘The Fast And The Furious’ Disatukan Semula Dengan VW Jetta Miliknya 16 Tahun Kemudian

Jesse boleh dikatakan karakter yang sangat ‘underrated’ dalam filem Fast & Furious, menghemburkan kata-kata indah seperti “overnight parts from Japan” dan doa beliau kepada Tuhan kereta.

Sedihnya, karakter beliau tidak bertahan lama dalam sekuel filem ini. Tetapi satu kedai ubahsuai kereta di Kanada mengambil keputusan untuk mencipta semula kereta Jesse dan ianya penuh dengan nostalgia.

Pelakon untuk karakter Jesse, Chad Lindberg, dilihat datang ke kedai tersebut dengan stail yang sama seperti lakonan beliau ketika tahun 2001; tidak pasti untuk menghidupkan nostalgia filem tersebut atau memang gaya beliau seperti itu.

Tetapi agak cool untuk melihat beliau dengan pakaian seperti itu dan pengilat kuku berwarna hitam – gaya tersendiri pada tahun 2000-an ketika filem itu baru dikeluarkan dan kereta Volkswagen Jetta MKIII menjadi kegilaan orang ramai.

Kedai ubahsuai GAB Eurosport membangunkan semula replika kereta VW Jetta ini yang mirip dengan dalam filem tersebut. Pereka bentuk kereta filem Fast & Furious, Dominic Dubreuil menerangkan bahawa dia dan Scott Centra yang membangunkan kereta asal untuk filem tersebut mencari setiap bahagian kereta tersebut dan garaj GAB Eurosport yang memasang semua bahagian ini.

Dubreuil turut mengatakan misi projek ini adalah untuk meletakkan semula karakter Jesse dalam radar peminat filem Fast & Furious dan berharap agar karakter beliau dihidupkan semula dalam francais filem tersebut.

Nampak ketara Chad Lindberg sudah tua dan memang apabila melihat beliau dengan kereta VW Jetta MKIII ini, membibit semula zaman kegemilangan filem Fast & Furious pada tahun 2000-an dulu.

Leave a Reply