Kiriman Pembaca

“Jika Menghantar Benda Bukan-bukan Pada Ibu Saya, Tolong Tarik Balik Saya Merayu”

Seringkali kita dengar mengenai cabaran dalam perniagaan di negara ini terutamanya di kalangan masyarakat Melayu.
untitled-1Persaingan sengit dalam perniagaan itu perkara biasa, tetapi yang tak sedap bila ada yang mengamalkan kepercayaan khurafat untuk ‘membunuh’ persaingan dalam perniagaan.


Kali ini kami siarkan nukilan seorang pembaca mengenai cabaran yang dihadapi oleh ibunya dalam perniagaan makanan kerana sikap dengki. Terpulang kepada anda untuk membuat penilaian mengenai situasi yang dihadapi oleh ibunya setelah membaca cerita ini.

Ayah dah meninggal enam tahun lepas. Saya anak sulung daripada dua-beradik dibesarkan oleh ibu tunggal dengan pendapatan jual goreng pisang, minuman dan kadang-kadang kalau musim buah, ibu akan pergi ke kebun untuk tambah pendapatan.

Untuk pengetahuan, buah-buah itu semua orang punya dan ibu tolong jual ambil untung sedikit saja.

Bayangkanlah ibu saya yang dah cecah akhir 40-an, pagi buta masa kita tidur, pukul 3 pagi dia bangun buat kuih, siapkan barang untuk goreng pisang sampai pukul enam pagi dia pergi ke tempat niaga di Klinik Kesihatan Semenyih, (kalau pembaca salah seorang staf atau doktor di sana pasti kenal dengan Cik Ina).

Pukul 9.00 pagi dia pergi ke kebun untuk ambil buah, semua dia buat sendiri. Nasib baik ibu mampu nak upah seorang pembantu untuk jaga gerai dia yang usang itu untuk jual makanan yang dia dah siapkan.

Nak dijadikan cerita, di kawasan yang sama ada satu kedai makan yang lebih besar dan jauh lebih kuat kalau nak dibandingkan dengan gerai usang ibu saya.

Pada mulanya ibu tak mahu niaga disana kerana takut nanti orang mengata tapi tuan punya kedai, ‘Mak’ (nama panggilan) bersimpati dengan keadaan ibu yang baru kehilangan suami dan membenarkan ibu saya berniaga di depan kedai dia pada mulanya.

Saya ingat lagi, pada awal tahun 2012, ibu meniaga nasi lemak kecil-kecil saja tapi orang kawasan taman perumahan sendiri dengki dan menyebabkan ibu saya hilang punca pendapatan yang sedikit itu.

Ibu tak ada tempat mengadu, dia pergi kepada ‘Mak’, niat nak meluahkan rasa hati, tapi bila orang dah berikan peluang untuk kita nk cari duit sedikit tak kan kita nak menolak pula, kan?

Ibu pun terima dan mula niaga buah (waktu itu musim durian). Alhamdulillah rezeki, orang datang tak putus tapi musim durian bukan selamanya kan? Habis saja musim buah, ibu mula jual goreng-goreng.

Mula daripada situ, ‘Mak’ macam tak berapa nak suka. Berapa kali dia sakat ibu saya untuk kahwin lain supaya dah tak niaga kat situ. Katanya dia tak suka tengok ibu susah macm itu, kononnyalah, itu pun semasa kubur arwah ayah masih merah lagi.

Saya fikirkan dia orang tua saja, saya tak buat perangai kurang ajar. Untuk pengetahuan, ‘Mak’ dah naik haji berulang kali ya daripada apa yang saya dengarlah. Kami maafkan perangai mulut lepas dia itu.

Kemudian jadi makin teruk bila dia rugi sikit, dia salahkan ibu niaga depan kedai dia dan tak benarkan dia niaga di situ lagi.

Kami maafkan lagi, ibu beralah dan pindah daripada depan kedai dia dan ke seberang jalan, buat gerai kecil saja di bucu jalan. Ibu pun niaga macam biasa dengan goreng-goreng, tapi ada tambah jual nasi lemak dia yang dulu, buah dengan air sedikit.

‘Mak’ tak puas hati lagi, dia pergi ke gerai ibu dan suruh ibu jangan jual nasi lemak dan air. Ibu beralah lagi, dia pun berhenti jual nasi lemak dengan air waktu itu juga.

Sejak daripada itu, ada saja yang ‘Mak’ tak puas hati dengan ibu, ada saja yang salah di mata ‘Mak’ ni. Itu tak boleh jual, ini tak boleh jual.

Tapi ibu fikirkan saya dan adik yang kena diberi makan, dia tahan kena maki dan terus jual. Apa ‘Mak’ nak cakap, cakaplah.

Bila ‘Mak’ dengar khabar angin ibu untung RM 800 sehari (lol goreng pisang boleh untung RM 800 sehari) terus hebat angin dia naik, payung yang buat tahan panas untuk ibu dia kata dia punya. Punya meroyan suami ‘Mak’ datang ke gerai kecil ibu kata payung itu dia punya walhal payung itu ibu beli dengan saya.

Ibu jelaskan itu payung ibu, payung yang pernah dia pinjamkan dulu pada tahun 2012 itu dah kena curi. ‘Mak’ pun tahu benda ni tapi dia tak bagi tahu suami dia. Dah si suami ni nak juga payung itu, ibu beralah lagi.

Bagi payung itu dan beli baru. Macam-macam kalau nak diceritakan dia buat kat ibu daripada 2012 sampai sekarang.

Yang terbaru pada tahun 2016 ni, ‘Mak’ baru balik dari kampung dan tiba-tiba dia berbaik, beri ibu makan keropok yang susah nak dapat. Ibu cakap keropok kulit lembu. Ibu tak syak apa-apa, dia makan keropok itu mcm biasa.

Punya excited sebab keropok kegemaran. Malam dia makan keropok itu terus muntah darah, separuh mati ibu saya di buatnya dan kena admitted tapi ibu tak mampu bayar sebab ibu bukan orang sini dan minta untuk dilepaskan.

Dulu ibu boleh berharap pada arwah ayah saja. Saya pun tak tahu berkenaan hal ni pada mulanya sebab saya kerja di KL. Syif tak tentu. Sebaik saja saya tahu, saya terus balik ke Kajang dan temankan dia buat check-up semua tapi doktor kata tak ada apa-apa.

Sepanjang kami pergi check-up untuk rawat ibu, ‘Mak’ ambil bekas pekerja ibu kerja dengan dia. Disuruh goreng pisang dan buat semua makanan persis macam ibu buat sebab dia dah tahu resepi ibu ajar dulu.

Tak cukup dengan itu ada lagi khabar angin yang sampai ke telinga staf dan doktor mengatakan ada anjing selalu naik meja ibu dan tidur di situ.
Sepanjang saya tolong ibu, tak pernah ada anjing yang naik atas meja. Nak dekat pun anjing tak berani sebab tempat itu banyak orang lalu lalang.

Hilang pelanggan ibu, hanya mapu harapkan orang asing yang tak kenal dia. Di sini saya nak tekankan, tiada anjing yang naik di meja gerai ibu saya. Itu Cuma khabar angin yang nak jatuhkan ibu saya shaja.

Khamis 24/11/2016 23:00. Tadi ibu call saya. Menangis dia, sayu hati saya tak terkata. Dia kata “Along, kenapa banyak sangat orang nak aniaya mama? Mama tak pernah buat musuh pun. Mama cuma nak cari duit untuk adik kau, untuk mama makan sikit.”

Saya hanya mampu tanya kenapa. Rupa-rupanya dua biji tong gas ibu kena curi, kepit goreng pisang pun semua habis dia kebas.

Dah enam tahun kenapa baru curi sekarang? Itu persoalan saya pada diri saya sendiri. Ibu cakap “tak apalah Along. Biarlah dia curi. Kalau dia curi mama boleh beli, tapi kalau dia bakar gerai itu mama nak niaga kat mana?

Tadi pun dia buat cerita lagi kat pelanggan kata nugget mama rosak dan suruh pulangkan padahal mama goreng depan mata pelanggan itu tapi tak apalah, mama pulangkan saja…. Duit mama simpan untuk umrah dah habis pakai, Mungkin Allah belum nak panggil mama pergi sana lagi”

Ya Allah, hati saya hancur dengar ibu saya mengadu pada saya tapi saya tak mampu buat apa-apa. Lebih sedih bila saya fikirkan yang saya tak mampu nak sara ibu lagi buat masa ni, nak hantar dia pergi haji.

“Sejak mama sakit itu tak ada org datang beli lagi dengan mama, Along. Tapi kenapa diorang kena datang kat tempat mama, gelakkan mama?”

Ya Allah, kenapa kejam sangat kamu buat begini pada ibu?

Niat saya hantarkan luahan ni bukan untuk memburukkan sesiapa atau untuk menagih simpati atau pun nak minta bantuan yang bukan-bukan. Niat mula-mula nak bersihkan nama ibu sahaja sebab khabar angin pasal anjing ni, tapi hati saya tak tahan nak cerita benda ini.

Ibu saya pesakit kencing manis, darah tinggi dan sekarang umur dia dah akhir 40-an tambahan lagi dia bukan orang sini jadi semua kos rawatan akan jadi berlipat kali ganda berbanding dengan kita orang Malaysia.

Benda-benda macam ni buat dia stres. berita dia muntah darah lagi. Astaghfirullahalazim, kadang-kadang terfikir hidup tanpa ibu saya jadi tak mampu sebab saya hanya ada ibu. Dialah ibu, dialah kawan dan dialah segalanya untuk saya.

Kalau benda ni sampai ke telinga ‘Mak’ tolong sampaikan pada dia “lebih baik kamu bunuh orang tersebut daripada kamu menabur fitnah. Dosanya sama besar.”

Kamu kuat agama orangnya, ‘Mak’. Berbanding kami orang biasa ni. Tapi tolonglah terapkan ilmu yang kamu terima itu dalam kehidupan seharian kamu dan anak-anak. Jika ada yang menghantar benda bukan-bukan pada ibu saya, tolong tarik balik saya merayu sangat.

Dia tak ada kudrat nak lawan. Kalau nak hantar, hantarkan saja pada saya, sekurang-kurangnya saya ada kudrat sikit untuk melawan. Untuk apa kamu saling mendengki lagi-lagi pada orang yang tak punya apa-apa.

Janganlah nanti kamu meninggalkan dunia tanpa membawa sedikit pun bekalan kerana setompok dosa. Tolong doakan untuk kesihatan ibu saya ya. Terima kasih kerana sudi baca luahan saya.

FRI 8:01AM

Anak Mama

***

Ingin hantar cerita pada kami? Sebarang kisah kehidupan, atau pendapat, mesej kami di Facebook BeautifulNara.com


Comments 1

  1. mawar putih

    Bagi famili adik yang teraniaya berdoalah. Allah ada. Doa orang yang teraniaya itu makbul walaupun dia bukan islam . Doalah biar Allah beri petunjuk agar dia insaf.

Leave a Reply