Automotive, Cool, Info Semasa, Inspirasi, kagum, Kreatif, menarik, Tips, Video

Jom Pulang Ke Kampung Halaman Dengan Menggunakan Suara Altimet Dalam Waze!

Aplikasi navigasi telefon pintar Waze memang sinonim dengan menggunakan suara selebriti popular. Sebelum ini, Waze pernah menggunakan suara Yuna sebagai suara navigasi ke atas aplikasi penunjuk jalan ini.

Baru-baru ini, Liberty Insurance Malaysia dan Waze memperkenalkan satu lagi suara baru daripada seorang penyanyi rap terkemuka di Malaysia, Altimet! Jadi, untuk pulang ke kampung halaman di musim perayaan ini, anda bolehlah mendengar suara Altimet memberikan anda petunjuk jalan ketika menggunakan aplikasi Waze.

Suara Altimet didatangkan dengan dwibahasa, jadi anda hanya perlu ke Settings > Sound > Voice Directions dan pilih Altimet!

Altimet juga tidak lupa untuk turut memasukkan fasa dan perkataan yang popular digunakan beliau seperti ‘amboi amboi amboi!’ dan juga sebutan jenama Liberty Malaysia. Jom kita cuba!

Leave a Reply