Cool, fesyen, Info Semasa, Inspirasi, kagum, menarik

Juruterbang Wanita AirAsia Pasti Nampak Lebih Bergaya Dengan Naelofar Hijab Lepas Ini!

Pelakon, hos dan maestro perniagaan, Neelofa, menguruskan satu empayar fesyen yang dikenali oleh rakyat Malaysia – Naelofar Hijab. Dan projek terbarunya dengan satu lagi nama besar di Malaysia membuktikan bahawa perniagaannya semakin berjaya!

Semalam didedahkan bahawa satu kolaborasi antara AirAsia dan Naelofar Hijab membuatkan hasil dengan penghasilan hijab eksklusif dicipta khas untuk juruterbang wanita beragama Islam AirAsia.

Jenama hijab popular itu sudah mula bekerjasama dengan beberapa juruterbang wanita untuk menghasilkan tudung yang berfungsi dan selesa untuk kegunaan harian mereka. Naelofar juga turut menyediakan beberapa prototaip untuk membantu menguji keberkesanan hijab mereka.

Bermula Jun 2017, hanya juruterbang wanita beragama Islam dari AirAsia dan AirAsia X akan menggunakan hijab Naelofar secara rasmi ketika menjalankan tugas penerbangan mereka.

AirAsia juga turut mengeluarkan satu kenyataan bahawa mereka sedang ‘mengkaji reka bentuk hijab’ untuk kakitangan lapangan terbang mereka juga.

Tahniah diucapkan kepada Neelofa kerana berjaya menembusi pasaran AirAsia. Harap-harap lebih ramai yang ayu manis dipandang sungguh suci sungguh murni memikat kalbu staf-staf AirAsia semua! Hiks!

Leave a Reply