Info Semasa

Kafe Hidang Sosej Babi Pada Pelanggan Berhijab,”Kami Tidak Pernah Undang Pelanggan Muslim”

Seorang pengguna Facebook, Ferrand Esme, mendakwa sebuah kedai bakeri di Pasaraya Hock Choon, Ampang menggunakan sosej daging babi untuk menghidangkan menu sarapan sosej Vienna.
ANApa yang menarik perhatian, beliau mendakwa Vienna Sausage daging babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan Muslim dan ada antaranya pelanggan yang memakai tudung.


Ferrand telah menulis dalam bahasa Inggeris:

Kawan-kawan, terutamanya Muslim. Saya sering minum kopi di sebuah kedai bakeri kecil dalam Pasaraya Hock Choon, Ampang. Saya sering pesan pakej sarapan, namanya sosej Vienna.

Satu pagi, saya pesan sosej Vienna, tapi sosej mereka dah habis.

Kemudian, pekerja mereka, seorang warga Filipina, bergegas ke pasaraya berdekatan dan beli sosej mentah. Apa yang mengejutkan saya, sosej yang diambil pekerja tersebut ialah sosej babi.

Saya perasan ada ramai pelanggan Muslim (kerana mereka bertudung) yang pesan menu sosej yang sama. Jelasnya, mereka tak sedar mereka telah dihidangkan sosej babi.

Apabila saya beritahu pada pemilik bakeri tersebut, seorang lelaki bangsa Cina, dia berkata dengan sombong bahawa bakeri miliknya tidak mengundang pelanggan Muslim, jadi bukan tanggungjawabnya untuk memastikan daging babi tidak dihidangkan.

Bongkak betul lelaki Cina itu. Selama ini, pelanggan Muslim (bangsa Arab dan Melayu) telah menyokong perniagaannya.

Saya rasa simpati dengan rakan-rakan Muslim saya yang telah makan babi selama ini di situ. Tolong sebarkan mesej ini.

1ba39971-d070-4612-a661-75ea68b7cc39

Tinjauan penulis mendapati kafe kecil tersebut memang menyenaraikan menu sosej Jerman yang tulen sebagai hidangan sarapan, berharga RM 26.80 dan pelanggan boleh memilijh sosej Vienna atau Bratwurst.

29214123

Dengan ini diharap pelanggan Muslim yang makan di kafe bakeri itu berhati-hati selepas ini. Pastikan anda makan hanya di tempat yang dapat anda pastikan telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).-amazingnara.com

Sumber: Ferrand Esme


Comments 58

  1. LiK

    Senang je..elakkan le g mkn kedai mkn non muslim. Selamat..insyaAllah

  2. Anonymous

    Ya lah…nama kedai pun Hock Choon Bakeri, jika tiada dipamerkan sijil halal, jgnlah masuk langsung…

  3. lola cep

    vienna and bratwurst sausage ni mmg mengandungi pork. and as a muslim, if dengar nama sausage yang agak fancy mungkin blh tanya owner kedai or google dulu ke before order. jangan amalkan konsep, eh, ada org islam makan mst halal. sbb org tu pun mungkin tgk ada org muslim makan dia pun assume halal and etc. and better check dulu ada sijil halal ke tak. even certain outlet dia tulis no pork or lard, tak bermaksud kedai tu halal. halal tu bukan bermaksud takde pork or lard sahaja. dari segi kebersihan etc. pun kena amik kira gk.

  4. Abet kahar

    Masalahnya sikap orang Islam yang tak usul periksa main redah aje. ..bukan salah pemilik kedai atau staff kedai tu…mereka hanya menjual apa yang tertera di Menu saja..Maka kita sebagai orang Islam yang mematuhi hukum hakam agama harus lebih berhati hati dalam memilih makanan yang mau kita makan…dan pastikan ianya Halal dan suci lagi bersih…tidak timbul persoalan untuk menyalahkan tuan kedai…ianya berpunca kerana keangkuhan pelanggan muslim yang gagal untuk membuka mulut dan bertanya. ..itu lah sikap tidak ambil kesah…akhirnya terjebak…wallahua’lam

  5. NoOne

    Walau dikatakan sombong, pemilik kedai tidak boleh disalahkan. Tanggung jaeab kita sebagai umat islam untuk lebih prihatin.

  6. Anonymous

    Janji untung, buat bodoh je

  7. Anonymous

    Yea. Sikap me mencari yg halal dan toyyiba tu yg perlu ada dlm setiap umat islam. Kena peka apa yg nak kita makan. D KL saya dapati mmg terlalu ramai org islam yg kurang peka atau senang cakap tidak menjaga apa yg mereka makan terutamanya org melayu islam.

  8. Zila

    Org lslam/Melayu la yg salah main belasah je. They dont bother to check if the restaurant did display the halal logo or not. Bila org nmpk org bertudung mkn they follow suit assuming that the eatery is halal. Its happening everywhere..

  9. halaliah

    Kesalahan itu terletak pada pelanggan sendiri. Ini kerana nama produk sendiri pun jelas memaparkan sosej Jerman asli yang pada kebiasaaannya memang menggunakan babi. Tu kedai yang kecil, cuba kita cek sosej di kedai lain atau meatball di IKEA. hahahaha

  10. Rohana Baba

    Silap org melayu Islsm juga. Ada yg tidak prihatin. Org berniaga mmg tak peduli asalkan dapat duit.

  11. Anonymous

    Yang penting di sini ramai yang tak kisah ianya halal atau tidak. Bila ada je orang complaint baru lah nak menyalahkan yang bukan Islam tu. Salah siapa

  12. nationalistpunk

    cina pendatang sohai.apsal melayu semua baik nak mampos?klau cina sohai ni buat perangai sama dekat afghanistan,pakistan.emirates,saudi arabia dah lama kena potong kepala.cibai punya melayu baik sangat.zaman komunis cina yang racist kalau melayu tak hormat dorang pasti satu keluarga kena bunuh.

  13. Ummu syafiq

    Betul kata tokey tu..dah pun nampak tokey cina..lagi mahu masuk n makan..tepuk dada tanya iman..agak2 kedai mamak tu semua tokeynye Islam ke..ada yg Hindu..jgn jd kes mcm ni baru nak melompat..salahkn diri sendiri.. Maaf teguran agak kasar..

  14. Shahdan

    Yg hang kebulur sgt (maaf) masuk kedai yg tak tentu arah tu kenapa… Carilah kedai Islam… Dah nama kedai pun meragukan. . Tak kesah dgn jenis kedai tu kenapa.. . Lepas ni dah dicakapkan pun masih lagi nak ke situ.. . Termakan bagi ke, daging anjing ke… Memang tak boleh nak marah… Ok

  15. Shahdan

    Pas ni gi kedai Bak Kut Teh, oder teh o… Tak makan babi atau minum Bak kut teh…. Apa hukumnya..? Sama je gi kedai Jerman tu…!

  16. Itsme

    Pompuan melayu selam pakai tudung ikut pesen….ada mrk kisah halal haram….jk brhijab krn ALLAH….pasti makan pakai cakap akan jd lebih prihatin

  17. Mahadzir Ahmad

    Saya pun selalu juga ternampak orang Muslim yang suka masuk kedai bateri yang non Muslim ni. Sedangkan kedai orang Muslim pun ada. Kita tidak bolah nak salahkan peniaga non Muslim ni. Kita yang patut salahkan diri sendiri. Kenapa perlu pergi ke kedai yang non Muslim dan tiada tanda logo halal.

  18. Peggy

    Memang salah Muslim sebab ramai xpeka main aci redah. Tapi owner pun xde sivik langsung. Nampak Muslim nk makan, at least kau bg tau la benda tu pork. Even kat Singapore yg majority non Muslim pun sentiasa alert dengan halal haram, siap bg tau apa yg kita order tu sebenarnya haram utk dimakan. Common la, ni negara berbilang bangsa, agama, xkan tak boleh saling mengingati antara kaum?

  19. sah

    In the 70’s kedai makan ‘berbabi’ di Kota Bharu ada signboard kedain makanan bukan untuk orang islam’…patut pehak majlis bandaran menjadikan syarat mendapat lesen kedai makan…

  20. Hamba Allah

    Muslim nowdays dont really care. They feed themselves and their kids with ‘non halal’ things and later blame the system, reason for kids now days being ‘babiing’

  21. Nik

    Mmg betul..ramai org islam yg jenis tak peduli tempat makan mereka tu halal atau haram…asal kan takde dengan jelas dan terang tulis babi atau arak…mereka redah aje!

  22. Mawar

    Salah Muslim.. Ambil mudah sangat. Saya xbeli sosej atau fishball tepi jalan, walaupun dijual Melayu Muslim. Belum tentu bahan mentah yg dibeli adalah dari pembekal Muslim. Sesetengahnya belivyg Cina non Muslim pun…

  23. Anonymous

    yang salah tu pelanggan main makan ja…banyak lg kedai Melayu Muslim yg pasti halal tp tak mau sokong. salah sendiri tak boleh salahkan tauke kedai seratus peratus

  24. nuri

    Delifrance tu ke??

  25. Saya

    Pasaraya tu namanya hock choon.. cuba zoom ade kedai bakeri apa… deli france tuhhh…..

  26. azman

    Melayu kita ambil mudah sangat dlm hal makan minum.check betul2 dulu sblm beli.jgn hentam saja.terutama sosej dan fishball dll yg seumpamanya.kena sokong la kedai Muslim kita.siapa lagi yg nak bantu ekonomi kita, jika Melayu sendiri pun rabun dan celik buta pula.

  27. Apis weh

    Manusia ni degil. Lebih2 lagi melayu. Bila dah jadi hamba tekak, semua jadi halal. Asal suka je semua jadi halal. Bila disekat, alasan biasa digunakan “melayu tolong melayu”. Malas dah nak cakap. Tepuk dada tanyalah iman

  28. SUHAIMI

    Makan di mana2 restoran halal pun … utk dhaurat saja. Tak ada berkat & kesucian nya & keseharian nya pun perlu di semak

  29. Anonymous

    Pemilik kafe pun sepatutnya beritahu pelanggan muslim yg apa dihidangkan tu adalah sosej babi… takkan lah duduk di malaysia begitu lama masih x faham konsep halal walaupun bukan tanggungjawab… dari segi moral dab sensitiviti kena jaga la… nmpak sgt dgn bangga dan sengaja nk nayakan org islam…

  30. NOCI

    Dah nama kedai pun Hock Chun Supermarket, yg gatal pi makan kat sana saper suruh…
    Tak bole nak salahkan owner kedai tu pun, yg namanya Muslim ni pun, xder mulut ke nak tanya samada yg dihidangkan di restoran tu halal ke tak?
    Sebabnya Allah dah tarik salah satu nikmat pada org2 muslim akhir zaman ni iaitu gerak hati (instinct). Utk org yg selalu jaga pemakanannya, Allah akan beri gerak hati/instinct utk rasa ingin tahu dan bertanya apa yg dijual di restoran2 di mana2 sahaja hatta yg namanya muslim pun..
    Kita mintalah dengan Allah supaya diberi petunjuk dlm setiap apa yg dilakukan.
    Jangan terus nak melantak apa2 sahaja makanan yg dijual dikedai bkn muslim mentang2 ada org pki tudung makan kat situ..
    Semoga jadi pengajaran kepada semua..

  31. Lain kali ingat

    Kedai muslim bersepah yg hang pi kedai non muslim tu wat pe??

  32. Hock seng

    Kau tunggu hock choon… ptg ni kitorang nak p tgk … aku tanya apa khabar… aku tanya apa khabar…

  33. Anonymous

    Kedua-dua pihak pun silap. Sebagai peniaga perlu prihatin akan sensitiviti pelanggan, bukan sahaja soal halal-haram tetapi juga dari segi allergy dan sebagainya. Sebagai pelanggan pula ada tanggungjawab sendiri untuk memastikan benda itu suitable for consumption. Contohnya orang yang ada allergy makanan, mereka sendiri ambil langkah berjaga-jaga. Tanya sepuluh kali sebelum order apa-apa yang baru atau tak pasti.

    Tapi yang pastinya saya kurang setuju dengan nada artikel dan komen-komen di sini. Bukan semua peniaga non-Muslim yang tidak prihatin dan sengaja menganiya orang Islam, dan bukan semua pelanggan Muslim yang tak peduli dan ambil mudah. Kita perlu bersangka baik pada semua orang. Segilintir sahaja orang yang tidak bertanggungjawab atau lalai tidak menggambarkan keseluruhan 50% orang Melayu atau 20% orang Cina di Malaysia.

  34. Mus

    Thnak you Ferrand. Semoga Allah memberi kamu hidayahnya. Aaminn…

  35. Mus

    Thank you Ferrand. Semoga Allah memberi hidayah kpd kamu dan semua. Aaminn..

  36. Anonymous

    Tuan Kedai should letakkan notice saying that foods are ” NOT HALAL”.

  37. Anonymous

    Thank u Ferrand sebb buka mata org Muslim yg masih tak reti mana kedai halal

  38. malasnaklayan

    Bukan nak kata sosej babi je, kadang yang ayam or lembu sos or whatsoever pun belum tentu halal kedai mcm ni… Melayu zaman skang makan nk kdai fancy je tulis “free pork” halal haram pun tak peduli. Tokey cina, hire indon n filipin nak mengaburi orang islam. Bakery pakai berus bulu babi pun kita tak tau. Susah sgt ke kalau bahan, peralatan dah memang halal nak dapatkan sijil. Pastu salahkan Jakim?

  39. Anonymous

    Dah ada restoran halal..seeloknya makan la di restoran yang diyakini halal..kita ada pilihan yang lebih baik..kenapa restoran yang belum pasti halal jugak yg perlu dipilih..

  40. Anonymous

    Hahahahahahhahahahahahahahhahahahahahahahhahahahahahahahhahahah

  41. OthmanlatifF

    Mlyu ni nk blagak je.mkn pon main bdal je.knon nmpk klas klu mkn tmpt cmtu.klu bab blagak ni bngsa mlyu no 1 hlal hram tolak tepi

  42. nyom

    Terimakasih Ferrand..maybe u bkn islam, but u so kind. Hope my god will bless u and ease what ever difficulty faced by u n yr family…

  43. nonama

    delifrance tu ke..mujur lh xpernah lg mkn..

  44. Azimah Mohd Othman

    Tuan badan sepatutnya lebi berhati2 apa yg mrk makan. Tak kan org lain pulak nak jaga apa yg kita makan. Nama kat luar tu pun dah sepatutnya membuatkan kita berfikir apatah lagi jika tiada logo halal JAKIM. Jgn sebab ramai Melayu masuk, kita pun masuk. Atau sebab sedap je, semua bedal! Apa lah nak jadi dgn umat Islam akhir zaman. Agama ikut2 org je, mungkin akibat kejahilan

  45. AAAK

    Malaysia ni agama rasmi pun Islam.. kalau kat Singapore ke Thailand ke kita faham la kena baca semua details dlm menu tp kat Msia sepatutnya nyatakan la makanan tu dr jenis apa sbb penduduknya ramai Muslim.. KPDNKK pun satu hal, suka pandang remeh perkara mcm ni. Cuba la pantau penjualan makanan haram mesti ada tanda Non Halal..

  46. Anonymous

    Thank you Ferrand Esme

  47. Sayelah

    Ilmu makin kurang, makan tempat sbrg….ringkasnya hidup cincai, padanlah. Tak perlu salahkan org.

  48. Noname

    Hahahaha aku tgk melayu islam skg mmg men blasah ke mkn.. kt klcc chills tu tentu2 serve arak..

  49. Resmi fatriani

    Ampunkan kami YA RABB ,sesungguhnya sahabat satu akidah ,kita semua kena peka dgn makan minum haruslah drpd sumber yg halal bukan shj drpd sudut syarak bahkan sebagai seorg mukmin yg baik juga makanan yg di konsumsi pun harus mengikut kaedah Rasulullah ( sedihnya masih ramai org mukmin mengabaikan makanan sunnah) terutamanya makanan yg dimakan itu akan memjadi darah daging seterusnya akan membentuk hati nurani yg akan menjadikan kita insan mukmin yg kamil dan berpribadi dan ahklak yg Agung ,wasalam

  50. Spy 007

    Yg bodo sgt tu pi makan kat kedai cina tu buat apa… Dah tahu cina suka babi maka makanan dia babi lah…. Yg melayu bodo pi makan kat kedai cina yg makan babi tu buat apa….kedai melayu tak mau lak Depa nak bantu pi makan…memang melayu babi la korang ni

  51. Anonymous

    Delifrance serve sosej babi?
    Omg! Terang² tak boleh makan situ dah

  52. serenity

    Bukan Delifrance.

  53. Pak Raden

    Sekarang ini pun ramai Muslim terutama yang bertudung selamba rock sahaja makan di kedai2 tanpa tetera sijil halal.. contoh cuba lihat dikedai Johhny (Jusco bukit raja)

  54. Anonymous

    Sekarang ini pun ramai Muslim terutama yang bertudung selamba rock sahaja makan di kedai2 tanpa tetera sijil halal.. contoh cuba lihat dikedai Johhny (Jusco bukit raja). Dah 5 tahun tanya mana sijil halal? Belum dapat!!!

  55. Prihatin

    Sekarang ini menjadi jadi orang2 Muslim yg makan di restaurant2 yg terang2 tanpa logo halal. Selamba Rock aje. Contoh di Johnny Jusco Bukit Raja. Dah bertahun tanya mana Sijil Halal? Belum dapat..dalam peroses. Hmmmm

  56. antishowoff

    Haa..tulah bahananya nak show off, kate aku makan makanan mahal, rgupe rgupe nye..non halal..alahaii..
    Boleh makan kat kedai apek tapi cari chinese moslim.. asik nak belagak makan sarapan om putih ala ala barat, haa..ko jga yg sentap..melayu makan nasi lemak ngan kopi hitam udah la..

  57. Syed zulkafli

    Mencari yg Halal itu fardhu iaitu wajib bg umat Islam..Jd jgn amik ringan perkara ini sbb ianya akn jadi darah daging kita..secara logik nama restauran tu dah menunjukan bkn muslim punya…mmg perlu di elakkan masuk apa lg beli n mkn ..
    Mmg bkn salah pemilik restauran itu…cuma jika dia seorg warga msia yg perihatin dia akan iklan bgtau berkenaan kandungan mkn nan yg di jual nya or paling mudah bgvtau NON ISLAM/MUSLIM ONLY…

    Pd rakan yg mendedahkan perkara ini di ucapkan jutaan yerima kaseh kerana selain dpt menyelamat diri sendiri dpt jg menyelamat saudara Islam yg lain…
    Sama2 kita igt mengingati dan saling tegur menegur demi kebaikan sume sbb Islam adalah agama utk semua manusia…
    In sya Allah…Hidayah milik Allah

  58. aku

    Ada otak guna,ada akal pakai,jgn mkn ikut pelahap.

Leave a Reply