kagum, Kreatif, Macam-Macam, Manusia, menarik, Video

[Kagum] Aksi Menarik Lelaki Dari Brazil Untuk Menyelamatkan Barangan Belian Daripada Jatuh Ke Tanah (Video)

Kalau kita ke pasaraya, kadang-kala ada juga kita dapat lihat gelagat pelanggan yang tidak sengaja terjatuhkan barang yang dibeli. Ada yang cuba untuk sedaya upaya untuk menangkap semula barang yang agar tidak jatuh ke lantai dan ada juga yang selamba biarkan sahaja barang itu terjatuh.

Di bawah ini admin nak kongsikan aksi seorang lelaki dari Brazil yang dirakam oleh litar tertutup sebuah pasaraya yang berusaha gigih untuk menyelamatkan barang yang dibelinya di pasaraya tersebut. Aksinya itu telah mendapat banyak perhatian netizen dari luar negara kerana aksinya yang selamba sahaja ketika itu.

Seperti dapat di lihat di dalam video di atas, lelaki yang tidak dikenali nama itu berjaya menyelamatkan barang yang baru sahaja selesai dibayar itu dengan aksi menimbang seperti menimbang bola. Mungkin lelaki ini merupakan seorang pemain bola sepak kerana gayanya tidak gelabah untuk menimbang barang daripada jatuh ke tanah.

Leave a Reply