Viral

“Kakak Ipar Patut Layan Saya Seperti Mana Dia Layan Abang Saya”

Saya nak cerita tentang kakak ipar saya yang kerek dan hipokrit. Sebelum itu, saya berusia 29 tahun, masih bujang, ada degree m CGPA above 3.0, sudah bekerja, gred 41.

Di tempat kerja, saya ini kira level bos (junior). Kalau dah nama bos (even junior), faham-fahamlah kan, kerja banyak dan kadang-kadang stress.

Kebaikan saya, saya jenis yang tak berkira duit. Kalau ada orang nak pinjam duit, saya okay. Orang nak minta tolong bawa ke mana-mana pun saya tak kisah. Saya juga utamakan mak dan keluarga saya. Kelemahan saya, saya tak suka buat kerja rumah, tak suka memasak, tak suka kemas rumah. Nobody is perfect.

Abang saya seorang businessman, kakak ipar pula kerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta.

Semenjak sudah bekerja, saya tinggal dengan abang saya dan dia okay sahaja tetapi kakak ipar macam tak suka saya.

Buktinya? Setiap kali masak pagi, petang atau malam (dia suka masak dan mengemas sampai saya naik rimas), dia jarang nak panggil makan sekali walaupun dia memang masak lebih untuk saya. Tetapi berat mulutnya nak memanggil saya untuk makan. Abang saya juga yang panggil.

Hari itu, abang saya tegur yang saya tak basuh pinggan. Alah, 1-2 pinggan saja pun nak berkira. Ini mesti kakak ipar yang bawa mulut. Kakak ipar juga jarang nak bersapa dengan saya di rumah. Kalau dia rasa nak tegur, dia tegur. Kalau tak, dia diam saja.

Saya tertanya-tanya, apa salah saya? Sebab saya tak tolong dia memasak ke? Atau sebab saya tak tolong buat kerja rumah ke? Sebab saya bangun lambat hujung minggu ke?

Semua ini bukan saja-saja sebab saya rasa dia tak suka saya. Sebab itu saya elakkan diri dari berjumpa dengan dia. Selepas mereka dah siap makan, barulah saya makan. Baik kan, saya? Tak ganggu privasi rumah tangga abang saya walaupun kakak ipar sangat kerek.

Satu lagi, kerja saya di pejabat banyak. Hujung minggulah peluang untuk saya nak berehat ke apa. Lagipun kakak ipar saya ini level kerani saja. Kerja mudah, susun fail, ikut arahan bos. Lain tahap stress dan beban otak berbanding saya.

Dia perlu faham perkara ini. Bagi peluang saya untuk release stress di rumah. Ini tidak, di pejabat stress, di rumah pun stress dengan sikap kakak ipar yang tidak menentu itu.

GERAM AKU!!!!

Saya ini siapa? Saya kan adik ipar dia? Layanlah saya seperti mana dia melayan abang saya. Dah kahwin, jangan terima lelaki itu sahaja tetapi terima juga keluarga dia.

Kakak ipar saya ini, di depan abang dia baik saja. Pagi petang malam dia masak dan buat air untuk abang saya. Saya tengok abang saya langsung tak buat kerja rumah.

Masak pun macam-macam tapi itu dengan abang saya. Dengan saya? Jangan harap dia nak buatkan air untuk saya. Saya tak basuh pinggan pun dia buat muka. Baju saya bukan dia nak angkatkan. Dah abang saya letak cawan semua merata, boleh pula dia terima.

Maaf, sekadar nak meluah rasa. Buat wanita di luar sana, kalau kahwin itu terimalah kelebihan dan kekurangan keluarga suami awak. Jangan nak berkira sangat dengan ipar duai. Sekian terima kasih.

P/s : Memanglah ipar perlu menerima kelebihan dan kekurangan keluarga pasangannya, namun bukan meminta layanan melampau dan tidak sedar diri seperti ini. Wanita yang dikatanya kerek itu adalah kakak ipar, bukannya orang gaji yang perlu memberi layanan diraja pada individu ini.

Sumber : KRT

Comments 40

  1. Anonymous

    Eh buruknya perangai pompuan ni,baru takat pangkat camtu dah rs hebat,klu aku jd kakak ipar ko pun aku x suka la klu camtu perangai kerek ko…

  2. Anonymous

    Kerek la ko ni,klu rs byk duit sgt ko pg la menyewa sendr x pun beli rumah sendr xkan pangkat tggi x mampu nak beli rumah kot kahkahkah….

  3. Anonymous

    Ini punya orang pun ada ke…ape ko ingat gred 41 tu dh bapak besar. Klu ko rasa stress n mls buat keje umah,gaji ko besar kan,kata gred 41, ko hire lah maid sorg jadi balaci ko.klu aku mmg dah mendapat dah suruh ko angkat kaki lambung dgn baju baju kau sekali lambung jauh2..puiii

  4. Amiera

    ko ingat kakak ipar ko tu bibik ke nk kena layan ko mcm puteri bagai!!!! kata pangkat tinggi tp x mampu nk sewa rumah lain, duk menumpang jgk kt rumah abg….sian btl kt ko kan…dh le pemalas…poyo la

  5. [email protected]

    Patutlah kakak ipar tak suka..perangai mcm raja..kat rumahpun nak jadi bos..ish2..aku pulak yg geram kat dia nih..no wonder kakak iparpun tak tahan ngan perangai dia..nak suruh org ubah perangai tapi dia sendiri taknak ubah..at least cuba2lah rajinkan diri nak kemas,tolong masak ke..

  6. Put

    Memang tak la nak backing ko dik. Dah la menumpang, ada hati nak layanan best2. Wat kerja rumah pun malas..hmmm tak kuasa nak layan…laki dia malas mungkin genetik la tu…tapi kakak ipar ko tak kesah sebab tu laki dia…tanggungjawab dia nak layan suami dia…dia terpaksa la redha jer….kesimpulannya sila kuar dari umah tu…ko dah bagi stress kat kakak ipar ko…i feel her…period!

  7. Anonymous

    Buat awak y bajet good2 ni (dlm cerita diatas).. Semoga 1 hari nnti awk akan layan ipar awak bak permaisuri ye dik.. What goes around, comes around.. Duduk rumah sendiri.. Baru la awak tau pnt x pnt.. Good luck!!!!!!!

  8. alim

    dia tu kawin dengan abang ko ke atau dengan ko ….aduhai

  9. Anonymous

    Allah kurniakan akal, maka fikirlah…kakak tu pun kerja, sama2 la bantu….dah namanya tumpang, belajar la ringan tulang…kakak tu kena kerja, balik kena masak, kemas rumah, jaga anak dan lain2, jadila manusia tu yang berbakti kepada org lain.

  10. Rahsia

    Mmg ade org mcm ni tp kes sy dgn keluarga suami plk..buat mcm hamba dlm rmh pinggan mangkuk sume nk basuhkn smpi time sy mngandung pon abg ipar marah xbuat keje sbb morning sickness tahap gaban teruk tiap2 mggu masuk ward dia blh kate org lain pon ngndung jgk blh je buat kje tp dia ckp dgn suami la..padahal dia ofis kat rmh je blh je buat sndr bini pon ade..ade ke patut nk suh basuh baju dia pasal bini dia keje sy xkije duk rmh..sblm ngndung mmg sy buat time ngndung tu je yg sy blackout abis smpi terkencing tercirit dlm seluar sy punye teruk muntah2 tu..biarlah allah yg balas org2 mcm ni

  11. Astacious

    Heloo. Yg kawin ng akak ipar ko abg ko..bukan ko memang la org kata kalo kawin ngan ahli keluarga mean dgn fmly sekali kwin nya tp doesn’t mean akak ipa ko boleh ko jdkan sampai mcm tu. Syurga dia bwh kaki abg ko bukan ko. Pls la ko tu dah dibagi menumpang umah dia pun patot ko bersyukur bukan mintak lebih2. Apa bingai la kehendak ko tu. Kalo dah rasa hidup tu mcm boss sgt duduk sendiri sudah. Berdikari ja kata kejer bagus.. ada jugak manusia macm ko ni kat dunia ni. Astaga!!!

  12. No name

    Ni siapa yg kerek? Kakak ipar ko or ko yg kerek?
    Ko bangga dgn taraf education n pangkat ko, tapi perangai ko x mcm org yg sekolah pn. Sedih!!!!

  13. whatever

    nak bangun lambat ke..
    nak hilang kan stress ke..
    taknak basuh pinggan ke..
    tak nak angkat baju ke..
    apa2 la yg ko rasa tak nak buat..SEMUA BOLEH..asalkan duduk sendiri jgn menyemak kat umah org..ada paham?
    ini klu dpt mak mertua nnt mmg kena tendang la ko..PEMALAS DAN BERLAGAK!!

  14. NGAH

    Ko pemalas mmgle kakak ipor ko getik nengok ko. Mmgle die lyn laki die bagus sbb syurge bwh tapak kaki suami die bkn kaki ko. Ko mmg patut dikaki je. Pi le dok tpt lain sibuk watpe rmh abg n akak ipor ang kate gred 41 mampu kot sewe kondo. Poyo xleh wat bini?

  15. Nofilter

    Klu aku bkn setakat tak bertegur sape dgn kau!Sila lah angkut kain baju dan beg kau luar pagar ye sial!

  16. puteri

    Perhhhh nak basuh pinggan pun malas…x payah nak jadi raja sangat lah….ishhh menyampah jek.

  17. NA

    Kakak ipar tu mgkn nak dia belajar urus diri sendiri demi masa depan perempuan tu sendiri. Umur 29 thn dan educate with CGPA abv 3.0, spttnye boleh ‘read between lines’. Nampak gayanya walaupun kakak ipar hanya seorg kerani, tahap ilmu hidupnya jauh lebih tinggi dari perempuan pekerja gred 41 ni..sindrom anak manja berbibik dari kecik kot. Conclusionnya, tak semesti belajar tinggi menjadikan seseorg tu bijak. Peringatan untuk diri sy juga supaya didik anak utk berdikari selain dpt A dlm pelajaran..

  18. Angry neighbour

    Kalo kat tempat kerja… Ko Bos… tapi only at work… keluar tempat kerja mana mana.. ko jangan lagak macam boss… Allah is boss… kau Seorang Hamba Sahaja… ud 41 ke ud 53… ko Hamba…

    Ko menompang rumah orang… ko jadi tetamu… Dia Adalah TUAN RUMAH… kalo kat rumah… dia dinding atap bumbung tu hak milik dia… ko takde harta lansung… ade ud41… tak pakai…

    Ko nak suruh TUAN RUMAH JADI KULI KAU? dia dah masak untuk kau… kemas rumah untuk kau.. ko nak dia angkat baju kau ngan basuh pinggan kau?

    Cgpa 3.0 sahaje… nak lagak macam orang kaya… rumah pun takde..belum kaya lagi dah bodoh sombong… cam mane nak kaya dik… ko dengan keluarga ko dah sekat pintu rezeki. orang lain cgpa 3.8 at least tahu kedudukan dia depan Allah…

  19. ....

    ikut gaya gred 41 PTD. hanya mereka mcm ni je yang selalu gaya dan kaedah ckp mcm tu

  20. lol

    gred 41 bukan tahap bos. itu kuli saja.
    kalu bos ko dah duduk rumah sendiri. ade maid. ni keje menumpang. kekeke.

    p/s: mengalami nasib sama cuma beza aku abg ipar tuan rumah. adik ipar menumpang. kita pulak jadi kuli kena kemas, buang sampah. dia reti longgok ja. gaji da 2.5k lebih xda nak tolong byr pape kat rumah. tv nak, internet nak, dok bilik siap beli perabot sendiri. kita punya berjimat beli baju pun rm50 dapat 3 helai sebab living cost tinggi nk bayar itu ini, dia satu sen xkeluar nk tolong, duduk free. lagi menyirap dok kepoh beli baju ratus2 sana sini, semua branded2.

    haish. penat hidup nak menyenangkan orang lain.

    sekian

  21. syafina

    perlu ke mention kakak ipar keje apa, ko keje apa… sbnrnya yg bodoh sombong tu ko… kalaupun rumah tu rumah abg ko, kakak ipar ko tu lg berhak. dah ler menumpang, x sedar diri pulak… memang ramai pegawai gred 41, fresh graduate ada SINDROM mcm ko ni. tetiba jadi bos, tu rasa pangkat dah besar sgt… dlm kubur, ko 41 ke, 17 ke… x ada layanan ikut grednye dah…

  22. Tinggi Pelajaran Tp Bodoh

    Lebih mulia keje kerani dari Gred 41 ko yang perasan bagus. Dah menumpang rumah org berlagak pulak tu. Tu suami kakak ipar ko mmg tugas dia sebagai isteri bukannya tugas terhadap ko. Ko sendiri perempuan kan. Jenis pemalas suka menyuruh je kan. Hey baik ko pegi mati la

  23. dasar bengap

    Saya harap nanti kamu sudah berumahtangga dan kamu dapat lebih teruk dari kamu buat kat kakak ipar kamu. Baru tau camne

  24. Kakak Hangin

    Inilah contoh cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar… memang malang lah nasib lelaki yang kawin ngan kau ni… pinggan sebijik dua pun tak boleh tolong basuh.. dah lah menumpang kat rumah orang, tak sedar diri pulak tu…
    Kalau aku jadi kakak ipar kau, memang aku dah humban semua kain baju kau ke luar rumah… kalau parents kau tanya, aku jawab kau ni belajar je tinggi, tapi akal buat aksesori kat kepala otak…

  25. annoyed reader

    mla kemas rumah, masak and etc… nobody is perfect??
    ni bukan psl ko perfect ke x.. ni psl ko mls je
    ko xde common sense ke??

  26. massa

    sorry lah yeee… kalau aku kakak ipar dia dah lama I kunci bilik dia tak boleh masuk. apa dia ingat kakak ipar dia tu orang gaji kah? dah lah menumpang berlagak macam boss pulak. tak sedar diri orang kalau dah menumpang ambil lah hati dengan tolong-tolong kerja rumah jangan menunggu dan dilayan seperti puteri. apalah salahnya bantu membantu dah lah tumpang makan dan tinggal free…. apa lagi mau??? sedarlah diri dek oooiii… bersyukur lah ada tempat menumpang. dan jangan lupa berterima kasih dengan membantu kerja-kerja rumah kakak ipar awak tu.

  27. yana

    Kalau aku jadi kakak ipar ko lagi teruk nasib ko.. Silap2 aku maki ko berbakul-bakul lagi.. Ko nak bezakan keje kerani ngan gred 41 ko tu..? Siallah.. Ko ingat ko hebat sangat ker..? Nak suh kakak ipar ko buatkan air untuk ko.. Dia tak de kepeluan pun nak layan ko sebab dia hanya wajib layan suami dia jer.. Ko kate CGPA 3.0.. Tapi kenapa otak ko bodoh ekk..?? Dahlah menumpang rumah orang lagi nak berlagak.. Perangai cam ko ni kalau duduk rumah sewa ngan kengkawan pun kena halau tau tak..??!! Lain kali nodoh dan bangang ko tu simpan sikit untuk hari tua..

  28. Triple XXX

    Aku tak tau nak ckp apa cuma satu jer aku nak bagi kat muka betina ni kalau jumpa iaitu PENYEPAK!

  29. Anonymous

    Hahahaaha..nnti klau ko kawin ngan abang ak..
    Ko lyan ak macam abang ak k..
    Ni lah kalau dah tlampau pandai ada degree tp realitiny sangat bodoh!!
    Buang duit je ko ni bljar tinggi2..patot la x kawin2 lgi..

  30. Xxx

    Hahahaaha..nnti klau ko kawin ngan abang ak..
    Ko lyan ak macam abang ak k..
    Ni lah kalau dah tlampau pandai ada degree tp realitiny sangat bodoh!!
    Buang duit je ko ni bljar tinggi2..patot la x kawin2 lgi..

  31. Anonymous

    Patutlah tak nikah umur dah 29

  32. Nn

    This kind of mentality of a human being should stop to exsist because they are rubbish to the society.

  33. Fiza

    Wah, saya ada adik ipar serupa awak dan saya memang layan adik ipar saya seperti kakak ipar awak layan awak. Dan saya tetap bersabar sebab dia adik kepada suami saya. Dah tu, apa nak buat? Nak ngadu dengan suami cakap ‘adik awak ni pemalas, bla..bla..blaa’. Penat ja ngadu. Fuh. Tu belum masuk ipar2 lain pula datang rumah tinggal selama mana yang dorang suka. Hmm

  34. Babe

    Ni nama adik ipar x sedar diri. Perasan bagus. Ada lg teruk adik ipar wat fitnah kat kakak ipar bila tembelang dh pecah boleh xngaku pusing sana sini. Kutuk2 anak org last2 diri sendiri x ada anak smpai skrg. Adik ipar akhir zaman….lagak bagus. Dia boleh x fikir knapa kakak ipar dia x suka dia…tentulah x suka sebab pemalas. Klu lelaki boleh lg lah tp ni pompuan mesti kena rajin wat keje rumah. X der alasan suka ke x suka. Nnti kawin boleh ckp ngn suami x suka wat keje rumah? Nak jadi apa?

  35. Fareast

    Bodoh punya adik ipar.. kakak ko layan abg ko sbb nk dptkn pahala.. dh jga ko bgi ko makan pn cukup.. xbersyukur langsung…

  36. CONFESSOR NI MEMANG JENIS POMPUAN YANG BODO.

    hangen pulak aku rasa. aku baru baca first paragraph terus aku skipped sampai last paragraph. apa punya bongkak la pompuan ni ? dah nama pun duduk menumpang, buat cara menumpang la. kau dah duit berkepuk gred 41 lagi, takkan tak mampu nak sewa rumah asing ? tak pun beli rumah sendiri – kata BOS kan, takkan xmampu ?

    Kau patut bersyukur kakak ipar kau tak halau kau keluar. tu rumah kelamin dia. suka hati dia la nak buat apa pun. walaupun rumah tu abang kau yang beli, kau ingat kak ipar kau tu orang gaji kau ? mentang2 la dia kerani je, punyalah kerek kau yang berpangkat nak meminta2 suruh dia layan makan-minum kau semua ???

    HEY POMPUAN TAK SEDAR DIRI ! kak ipar kau dah cukup baik mengemas rumah, jaga makan minum abang kau. siap masak lebih kat kau lagi. kalau satu hari dia buat tak nampak ja kat engkau, makan pun dia buat cukup2 dengan laki dia, waktu tu jangan pulak kau meroyan buat confession pasal kak ipar kau tak masak kat kau. eiiii, kalau aku kenal kau ni dah lama aku cabai2 kan muka kau !

  37. Untuk adik ipar haram jadah

    Ini lah cerita luahan perasaan yang PALING BODOH yang pernah aku baca. Nak tergelak pun ada! Ko tengah bukak aib ko ke dik?? Kesiannya lahai.. Maaf cakap , bodoh sebodoh bodoh nya la ko nie dik.. Dah la menumpang, tolong masak, kemas malas! Ada hati nak layanan istimewa dari kakak ipar?! Wtf??!!? Aku nasihatkan better ko berambus dik.. Kalau aku jadi kakak ipar kau, jangan kata nak sediakan makan, nak tengok muka kau pun aku tak lalu! PERANGAI HARAM JADAH! Sedar la dik, ko tu adik ipar, bukan SUAMI dia! Menumpang pulak tu! Aku nak habis baca cerita nie pun tak sanggup dik.. Panas je hati aku nih. Akhir kata dari aku, SILA MENINGGAL!

  38. Ikazalikha

    Haha huntungla kakak ipar kau nak masakkan. Kalau aku dh lama aku bg makan taik, pastu aku halau berambus keluar muka tak sedar diri pemalas. Orang dah tolong kau nak merungut pulak. Lantakla kalau keje kerani pun. Kau bos sgt gaji gred 41 pergila upah orang gaji sorang layan makan minum kau sorang. Eh sakit pulak hati aku baca. Pastu pandai pulak nak nasihat suh layan mcm mana layan abg dia. Tunggula kau kawin sendiri nanti, aku doakan kau dapat adik ipar perangai lahanat sebijik mcm kau.

  39. Anonymous

    Kalau ye pun bodoh…
    Simpan sikit la utk anak cucu masa depan…
    Kalau ko tak suka akak ipar ko, blah la dr rumah tu.
    Ko tu pun duduk menumpang kat rumah dia..
    Kata keje boss..tak kan tak leh sewa rumah sendiri?

  40. Anonymous

    pundek..kalo depan aku..dapat penampar seliang..

Leave a Reply