Santai

Kalau Abang Nak Juga Kahwin Lagi, Tunggu Lepas Saya Bersalin. Kemudian Kita Berpisah..

Saya dan isteri sudah ada masalah sejak setahun lebih yang lalu. Semuanya gara-gara tekanan belum ada rezeki anak sejak berkahwin empat tahun lalu dan keluarga saya sendiri yang banyak memberi tekanan.

Disebabkan masalah ini, saya mahu berkenalan dengan perempuan lain dan memang ke arah nak berkahwin.

Disember tahun lalu selepas saya keluar dari rumah isteri dan berbincang dengan ibu bapa, saya ambil keputusan untuk berpisah dengan isteri.

Hujung bulan lalu saya pulang ke rumah isteri dan terkejut mendapat tahu yang isteri saya disahkan sudah mengandung 6 bulan sejak Disember lalu.

Dia tak pernah beritahu saya tentang hal ini dan saya dah jadi seperti polis menyoalnya dengan bermacam-macam soalan.

Saya sedar, walaupun kami bergaduh dan tak sehaluan, saya masih sentuh dia.

Isteri saya memang berbeza dengan perempuan yang saya kenal sekarang di mana perangainya degil, garang, tegas dan berdikari.

Mungkin sebab dia datang dari keluarga bpercah belah yang menjadikan dia seperti itu pada hari ini. Dan girlfriend saya yang sekarang ini, lembut, hati tisu sikit. ciri-ciri wanita terakhir.

Bila saya dapat tahu isteri saya mengandung, perasaan saya bercampur.

Jujur saya gembira bila mendapat tahu dia mengandung walaupun saya terkilan sangat dia tak beritahu saya. Sempatlah kami bergaduh sejam dua dan akhirnya saya tidur di depan dan dia tidur di dalam bilik.

Saya perasan banyak perubahan pada isteri semenjak dia mengandung.

Dia dah pakai tudung, sembahyang pun dia jaga. Kadang-kadang saya nampak dia baca surah. Saya pun perasan isteri dah montel.

Kejap-kejap makan, seluar jeans pun dah tak muat dan tak pakai. Berjalan pun perlahan saja. Cuma satu saja yang tak berubah. Mulut memang tak boleh kawal kalau menjawab.

Tapi ayah ada beritahu, isteri dengan saya seperti buku bertemu ruas.

Orang lain asyik kena beralah dengan saya. Tetapi isteri saya memang tak bagi peluang pada saya. Saya tak pasti apa maksud ayah. Kami tak sesuai ke bersama?

Saya beritahu keluarga tentang keadaan isteri, mak dan ayah terkejut terutamanya mak seperti tidak percaya. Tetapi ayah teruja dan nak jumpa isteri saya.

Sepanjang perkahwinan kami yang naik turun ini, ayah tak pernah komen atau berat sebelah.

Hanya diam sehaja. Saya jujur dengan girlfriend saya dan dia menangis dan kata isteri saya hanya nak menganiaya saya. Mula-mulanya memang saya nak percaya apa yang keluarga saya katakan.

Mak, adik dan girlfriend saya serang isteri saya semasa saya outstation ke Kedah awal bulan baru-baru ini. Mujur ayah saya ada dan tolong selamatkan keadaan.

Baru-baru ini saya berbincang dengan isteri.

Dia tanya apa yang saya mahu dan kenapa saya balik. Saya beritahu dia tentang keadaan saya sekarang, tentang girlfriend saya.

Isteri izinkan saya berkahwin lagi tetapi selepas dia sudah selamat bersalin. Selepas itu kami akan berpisah. Isteri kata, bawa saja surat permohonan kahwin lagi. Kalau perlukan tandatangan dia, dia akan tandatangan.

Saya dapat rasakan isteri saya menahan air mata dan hati dia.

Saya tak tahu dari mana dia dapat kekuatan setiap hari. Saya tanya dia, kenapa mudah sangat dia melepaskan saya? Dia kata, saya yang sudah lama melepaskan dia.

Sejak saya balik ke rumah isteri, bila tinggalkan dia seketika, saya asyik teringat pada dia.

Risau, dah makan ke? Baby okay ke? Boleh ke memandu? Saya cuba nak berbaik semula dengan isteri tetapi dia cuba menjauhkan diri.

Saya rasa macam dia sudah tiada hati pada saya. Salah ke saya cuba nak berbaik? Gagal ke saya sebagai seorang suami?

Saya beritahu girlfriend yang isteri benarkan saya berkahwin dengan dia.

Tetapi dia pula tidak mahu berkongsi dan meminta saya memilih dia atau isteri. Mak pun dah macam orang gila, tuduh isteri saya mengandung anak lelaki lain.

Ayah pula teruja sangat nak dapat cucu. Kalau jalan-jalan di mall dengna mak, singgah atau tengok-tengok/beli barang baby, mak marah-marah saya. Gagalkah saya?

Sumber : KRT

Comments 36

  1. Anonymous

    yg mak kau lebih2 meroyan tu apasal?

  2. Sue

    Kau tu yg bongok…ada isteri x hargai …mmg patutla dia tak bagi tau dia mengandung pada ko…pertama,sebab x dpt anak je semua dah masuk campur hal rumah tangga suruh kawin lain…kalo ko sayang sgt bini ko….ko terima je dia seadanya…ada anak atau tidak.usaha cara lain.tanpa menyakitkan hati dia..kalau aku pun aku xnak laki cm ko ni…tak setia…tak pandai jaga hati isteri ..ikut ckp mak…

  3. fusscent

    Perempuan ni lembut.tp bila dlalu disakiti hati dia akan jadi keras. Lelaki nmpak perempuan lemah tp seorg ibu akan kuat demi anaknya. Seorang perempuan yang baik tk akan rela bahagia di atas tangisan org lain. Ibarat mencari permata di celahan kaca. Klau dah tsalah pilih kaca jari sendiri yg luka

  4. Anonymous

    Ha a… Kau gagal..LOSER!!! .. Mak kau tu.. Melebih2.. Ntah pape..

  5. Mummy

    Cuba nasihatkan emak ko tu..bahawa menuduh perempuan yang suci itu berzina adalah salah satu daripada dosa besar. Bedok jawab la depan Allah.

  6. Anonymous

    Agree wit all those comments..n from ur story dah nmpk ur gf pun not really a good girl..perempuan melayu terakhir apa ke jadah mcm tu..hati busuk!

  7. Anon

    Agak2 knp hal yg bsr mcm tu, isteri kau x bgtau….sbb kau dh tinggalkn dia awal2 lg, smpaikn berita gmbira ttg kehamilan pun dia x nk kongsi dgn suami sendiri, mungkin dh lama dia memendam rasa, dgn cara layanan kau tu, lain lagi family kau, klu prpisahan jln trbaik, lepaskan jelah dia, jangan seksa hati dan perasaan dia, zalim namanya tu….kau move on jela dgn girlfriend kau tu ya, hrp2 lps khwin nnt dia trus mengandung, yela…takut2 nnt klu lama2, ko tinggal dia cari yg lain plak ye…

  8. Mkj

    Sorry to say la confessor u r too late to fixed the situation. Dah ko sakitkan hati bini ko mmg tak la dia nk meraikan berita gembira tu dgn ko. N ur mum hmm i just dont get it with this kind of mum. Y perlu masuk campur hal ur self n ur wife. As org tua she should bg nasihat tuk jernihkn apa yg keruh n i do salute ur dad action. U sendiri lagi la makan bulat2 hasutan org kenapa ya. U yg knl lebih with ur wife ke org2 lain tu. Istiqomah la if tertulis jodoh ko ng bini ko takat tu aja n make sure anak kau tu tak terabai even im sure yg ur wife more capable to prepare on her own.

  9. satu je nk cakap kat ko….kerugian.

  10. Pandora

    Yesss Kau memang lelaki looser..xde anak jer nak cari bini lain..boleh jalan la jantan mcm ni..ko xde pn xde bini ko herannya..perempuan ni boleh je nak memaafkn tapi belum tentu die melupakan apa yg ko buat kt die..so angkat kaki jer la

  11. Cikgu leeza

    Kau memang dah lama gagal!!

  12. Nj

    Ko ingat ko kawin ni bole terus comfem dpt anak… semua tu kerja tuhan… ada dpn mata jaga. Ubah perangai… tunjuk rasa sayang.. baru dpt hidup yg aman bahagia…

  13. Jujunbrar

    Elok ko lps je lah bini ko tu. Waktu x de ank senang2 je ko letak dia kat tepi. Mmg ko dah gagal.

  14. Ibu Aina

    Ko ni memang lembab & anak emak sungguh. Dok je la dlm kain mak ko tu.

  15. Dan

    Tragic betul hidup kau ni. Kau lupa anak tu rezeki daripada Dia? Kau tak reti bersabar dan terus berdoa? Dia ‘jentik’ kau sikit je bro. Lagi satu, aku confuse siapa sebenarnya kawin dengan wife kau, mak kau eh? Please, be a man. Buatlah solat taubat dan istikharah. semoga kau dpt petunjuk.

  16. Ummi amni

    Aku 6 thn kahwin baru peknen, suami aku x prnh cari lain, mil & fil pun x prnh tanya tkt sakitkan hati aku….ko baru diuji sikit dah gelabah..dulu ko dah pilih isteri ko utk di kahwini jd ko kena terimalh buruk baik perangai dia, cuba bentuk dan bimbing dia…isteri ko pun dah x sanggup hidup dgn ko yg xde pendirian…lbh baik hidup sendiri dr mkn hati selalu…

  17. Ticer Kay

    Sedihnya jd isteri yg mengandung tanpa suami ada di sisi.. hanya yg mengalami aje memahami… Lelaki di akhir zaman ni semuanya sama! Nak kahwin lebih konon ikut sunnah Nabi? Pada hal isteri yg satu dok ade pon x terjaga! Yg wajib diketepikan… Such a loser!!! Moga anak tu nnt x mengikut jejak ayahnya…

  18. Anonymous

    bodo

  19. Anonymous

    Bodoh la ko..mmg tak hargai…sllunya lelaki mcm ni mmg akan buat perangai yg sama…khawin la dgn sapa2 ttp sama perangai…takde pendirian…kesian bini ko…gf ko tu betul ke wanita melayu terakhir…setahu tahu aku la…wanita melayu terakhir TAK AKAN MENGAMBIL SUAMI ORANG… mak ko yg lebih2 dah kenapa…sllunya mak2 ni je lebih…aku kagum dgn bapa ko..seorg lelaki teragung…hargai menantu dan cucu…

  20. somebody

    Bodoh la ko..mmg tak hargai…sllunya lelaki mcm ni mmg akan buat perangai yg sama…khawin la dgn sapa2 ttp sama perangai…takde pendirian…kesian bini ko…gf ko tu betul ke wanita melayu terakhir…setahu tahu aku la…wanita melayu terakhir TAK AKAN MENGAMBIL SUAMI ORANG… mak ko yg lebih2 dah kenapa…sllunya mak2 ni je lebih…aku kagum dgn bapa ko..seorg lelaki teragung…hargai menantu dan cucu…

  21. else

    Perempuan melayu terakhir kepala otak ko…!!!
    Kalau aku jd bini ko. Mmg patut bini ko x hengen nak hidup dgn lelaki mcm ko nie. Baik bela anak dan bina hidup baru. Mana tahu ada sinar kebahagiaan akan dtg. Kalau dia terima ko. Sah2 mak ko akan sentiasa cerca anak bini ko. Ko plak akan teringat2 girlfriend akhir zaman taik ko tu.. X aman bro hidup mcm tu…

  22. AkuTAKbodoh

    Aku harap kau baca la ya.
    1-Bini ko tu dah lama sgt pendam dan simpan. Kau igt kau sorg je laaa yg sedih dah lama kawen tp lom dpt anak? Dah laa lambat rezeki dpt anak,laki plak buat perangai. So,mmg x heran dia kental macam tu. Mmg kau yang bodoh sbb tanya dan pelik kenapa dia boleh kental mcm tu
    2-Ko pernah main Lego tak? Ke puzzle? Kalau tak kena shape,ia xleh dilekatkan dgn elok,kan. Tu laa kurang lebih makna buku bertemu ruas yg bapak ko cakap. Ni point bodoh ko yg no 2.
    3-Ko suami dia,bapak pd baby tu. Tapi apsal kau lembik,biar bini kau kena buli,maki cerca oleh mak,adik dan gf kau? Ni point bodoh ko no 3 dan mnunjukkan ko dayus
    4-Ko igt ko kawen dgn gf ko tu,terus laa dia leh pregnant. Kau dh test drive ke apa ni? Anak kan Allah swt yg bagi. So aku rasa kot takdirnya mmg bini ko x mngandung n ko terus kawen dgn gf ko n gf ko x pregnant, so aku rasa ko mesti kawen lain lg. Point bodoh ko no 4.
    5-Kau mmg laki x guna,loser. Pe kejadah ko tinggalkan bini ko lebih 6bln? Eh,aku rasa kalau bkn sbb bini ko pregnant, aku rasa dia dh g mohon cerai taklik kot. Sbb ko tinggalkn dia lebih 3bln tnpa nafkah batin,zahir pn aku rasa iye gak. Bodoh taik bintang kelima.
    6-Well,pompuan kental mcm bini kau x perlu laki bodoh mcm kau. Kalau ko rasa kau tu hamba Allah,sila solat taubat,hajat pe smua,mohon petunjuk dr Dia. Yg psti,sila solat taubat. Ko dh abaikan isteri kau,dan secara tak langsung dah abaikan anak kau. Ko bkn suami yg baik utk bini dan anak kau. Unless kau btaubat dan betul2 mlindungi keluarga kau. Tp x tau ah kot ko mmg lembik dok bwh kain mak aje. Bodoh tingkat 6

    Eh,rumusannya,kau mmg bodoh. Ni balasan Allah swt kat ko. Allah seksa hati dan perasaan ko atas apa kau buat kat bini n anak kau selama ni. Dulu ko aniaya bini ko kan,sekarang ko hamek. Pastu,mmg padan sgt laa gf ko dgn ko. Sama-sama bodoh. Lemah lembut konon. Jadah pe lemah lembut p serang isteri ko yg sah.

  23. Anonymous

    Aku kalau jd bini laki ni. Aku ucapkan berbanyak2 terima kasih sbb nk lepaskn aku. Syukur x perlu lalui lg kehidupan yg x tentu bahagia tu. Elok lah bg je die kawen ngn perempuan tu. X hadap pon.

  24. Anonymous

    loser!

  25. Anonymous

    Kau ckp girlfred kau lemah lembut hati mcm tisu…tpi siap blh p serang lg isteri kau..mcm tu ke perangai org lemah lembut berhati tisu..alahai…tisu plastik kot…yg mak kau tu meroyan x tentu pasal knpa plk..ish mcm2 hal..

  26. Sedih

    Perempuan, klau dah tawar hati.. kau huat la apa pon.. dia akan nekad dgn keputusan dia.
    Kalau aku jd isteri pon, aku akan kecewa dpt suami mcm ni.. lebih baik hidup sendiri drpada hidup dgn insan curang dan tak pandai menghargai.

  27. Jejaka_profesor

    Yang comment kt sini semua perempuan… semua comment ikut perasaan. Sebenarnya cerita ini sengaja diada-adakn utk tgk feedback para pembaca. Ternyata semua yg comment perempuan, comment ikut perasaan plak tu. Hahaha…

  28. ANITA SARAWAK

    Ko confirm ke kalau ko kawen ngan girlfriend ko tu dia bole mengandung?ko tu yg bermasalah agaknya.kahkah

  29. nona

    Ko tau tak yang ko pukimak. Bodoh punya laki. Bodoh tak habis2.

  30. MalaikaMikail

    bodoh,perempuan mcm gf ko tuh,ko kte prempuan mlayu trakhir?! da la rmpas laki org pastu senang2 gi serang wife ko sbb dia mgndungkn ank ko n tduh wife ko mcm2. Hanya prempuan x bermaruah jer buat mcm tuh! lpas tuh suka2 hati xnk bmadu nk laki org kat dia sorg. heran aku,llaki x bkualiti mcm ko pom nk bolot.Da la llaki mcm ko ni gagal mjalankn tnggungjwp,kalu btul bmasalah dlm rumah tngga,jgn sskali tnggalkn isteri,slesaikn dlu.Mcmner wife ko nk bgtahu dia mgndung sdgkn ko da buang dia dlu n sbuk cri yg lain yg blum tntu lgi mmpu atau x mlahir n mjge zuriat ko.ko xprnh nk ambl thu pomn psl dia slama dtnggalkn n enjoy dgn ppuan lain yg bruk n mgada2 prngainya.ko mmg suami yg gagal.spatutnya mak ko tuh x pyh nk mroyan lbih2.lps bsalin buat dna klu de ptikaian.Ada mnantu yg baik dfitnah plak.Ish,llaki mcm ko ni rse nk bgi kaki jer…. geram aku!

  31. Anon

    Sila meninggal bro termasuklah mak, kakak and gf kau. Bodoh betul keluarga kau ni. Nasib baik ada bapak yg waras lagi. Bini kau tu adalah manusia plg lucky xyah nak terjebak dgn kebodohan kau sekeluarga.

  32. Anonymous

    Sejujurnya lelaki mcm ko x layak dpt bini sehebat isteri ko tu

  33. SOFI

    Salam, rasanye baik la awak layan isteri buat sementara waktu sehingga isteri habis pantang.. isteri tu amanah Allah, sila jaga walupun sekejab.. pasal girlfriend tu layan seperti biasa, klu GF buat perangai ajar cara hormat sesame manusia.. mmg ikutkan hati marah akan binasa badan. Isteri tu dah redha dgn ketentuan Allah, terima sahaja ketentuan Allah.. Ingat selagi Isterimu masih isterimu apa sahaja doanya pada Allah insyaallah dimakbulkan dan saya pasti isteri sentiasa berDoa buat Suaminya.

  34. akuperempuan

    Wahai suami ngape susah sangat nak buat keputusan…dulu point kau nak berpisah sebb nakkan zuriat. Sekarang Allah dah bagi zuriat buatlah pusingan U balik ke isteri semula. Tackle lh smula hatinya sebagaimana kamu mengoratnya semasa bercinta dahulu..Memang hati perempuan payah nak diubati bila selalu disakiti, lukanya dalam amik masa nak pulih. Tapi dgn keazaman semua pasti boleh. GF tu tinggalkan je.. dah kuar true color bila serang bini yang sah dan tamak tak nak berkongsi. Mulakan hidup baru dgn isteri dan anak yg bakal lahir… Jauhkan diri dari keluarga buat sementara waktu sehingga keadaan kembali tenang… In Sha Allah kamu suami adalah khalifah di muka bumi ini yg Allah kurniakan kebolehan untuk mengawal situasi..Yakin dengan diri sendiri, betulkan kesilapan lama sama-sama berubah suami isteri ke arah yg lebih baik demi utk anak..

  35. stress

    Perangai macam ni memang macam lembu la.. nafsu gajah.. ntah pape.. nak isteri susah sama-sama, bila isteri yang susah tinggal macam tu je..

  36. ROYANESS

    kesian hidup ko ni..hidup sebagai jantan dayus…Menjawab la mak ko tu nnt dgn yg atas..meruntuhkan masjid!!!to GF ko yg sok suci dlm debu tu,KAU MMG SESUAI NGAN JANTAN DAYUS!!!s\jantan lembik vs betina melayu terakhir..berdoa la semoga bila ko kawin ngan GF ko tu GF KO TU BUNTING PELAMIN!!!if 4 thn xpreggy2 suh MAK ko crkan calon lain plak..sampai la ko mati ketandusan!!!Dasar manusai xpercaya pada QADA’ n Qadar.

Leave a Reply